Thursday, March 24, 2011

Gempur Kawasan Melayu !

MEMANG betul PAS tumpas di Dun Galas. Tetapi PAS juga tidak menang di Dun Tenang, Kerdau dan Merlimau. Galas telah PAS rampas daripada BN dalam PRU -12. Tetapi Tenang, Kerdau dan Merlimau memang milik BN dan kembali kepada BN.

Bukanlah mengejutkan BN menang di semua PRK ini. Malah tidak siapa terperanjat BN mendapat majoriti undi lebih besar. Bukan salah pengundi. Tetapi pemerdayaan jentera kerajaan telah meletakkan BN menjadi pukat yang menangguk hasil.

PAS bukan berentap dengan BN sebenarnya. Tetapi BN menanipulasi seluruh jentera kerajaan untuk membenamkan PAS di dalam lumpur. SPR yang dikatakan bebas hanya butakan mata dan pekakkan telinga sahaja.

Bukan rakyat yang menuduh SPR tidak bebas tetapi SPR sendiri mengistiharkan ia badan yang tidak bebas melalui tindak-tanduknya dalam semua PRK.

Umum tahu, serangan dan strategi yang digunakan Umno-BN terhadap PAS tidak kurang tajamnya seperti dilakukan ke atas KeADILan.

Retorik seperti "perpecahan Melayu", "PAS diperkudakan", "derhaka", "bersubahat dengan DAP" dan sebagainya, terus diulangi dalam media arus perdana, dan kelihatan telah berkesan terhadap Melayu yang hanya boleh menerima maklumat daripada media arus perdana.

Dalam situasi ini, PAS diharap tidak mengubat penyakitnya dengan ubat sembarangan, dengan kembali kepada jalan lamanya yang konservatif.

Kalah menang sudah jadi cicah belacan dengan ulaman. Menang bersyukur, kalah kita muhasabah. Mengharungi keadaan merudum ini, PAS perlu berpegang kepada prinsip dan semangat perjuangannya.

Kita semua berbangga, PAS kini telah pun berada di landasan dengan hala tuju yang menunjukkan keterbukaannya. Pengundi Melayu barangkali belum bersedia menerima konsep yang lebih progresif, maka PAS mungkin perlu menahan kepahitan di mana sokongan terhadapnya akan merudum buat sementara.

Seandainya PAS berpaling dan kembali ke pangkalnya, maka cukup cukup dibimbangi imej positif yang dibina sepanjang era keterbukaan ini akan terkubur.

PAS akan kehilangan sokongan pengundi Cina yang bukan senang untuk diperolehi sebelum ini. Dan Dewan Himpunan Penyokong PAS pun boleh terbalik dibuatnya!

Terdapat banyak faktor undi majoriti BN meningkat. Sumber BN lebih tertumpu ketika PRK. Kecondongan pengundian Melayu bukan sesuatu yang tidak berasas. Ada kemungkinan mereka mirip untuk kembali kepada BN - jika diambil kira prestasi BN di kawasan desa Melayu dalam beberapa PRK yang terkini.

Kedua-dua PRK Merlimau dan Kerdau mencatat peratusan pengundian yang lebih tinggi berbanding PRU ke-12, dengan 79 peratus di Merlimau dan 83 peratus di Kerdau.

Agak menghairankan, pengundi kampung baik di Kerdau mahupun Merlimau begitu aktif keluar mengundi. Kenapa? Sememangnya sikap yang positif ini (keluar mengundi) sesuatu yang baik untuk proses pendemokrasian, tetapi apakah peratusan pengundian yang tinggi dalam kedua-dua PRK ini betul dijuruskan atas kesedaran demokrasi?

Kalau bukan kerana kesedaran demokrasi, apakah pula yang mengaktifkan mereka untuk keluar mengundi?

Tidak mungkin keaktifan pengundi didorong atas rasa sedar dengan demokrasi. Atau ada kejadian "beli undi" dan "pengundi hantu". Barangkali faktor jaringan hubungan tempatan begitu kukuh antara Umno-BN dengan orang kampung.

Ini tentu sukar dilakukan oleh PAS di Merlimau dan Kerdau. Walaupun Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim cuba merendahkan suhu penyokong Pakatan Rakyat dengan mendakwa PRK Ijok yang disertai Tan Sri Khalid Ibrahim (KeADILan) tewas tertiarap awalnya, tetapi dalam PRU berikutnya, beliau menang besar dan menjadi Menteri Besar di Selangor.

Soalnya, apakah kemenangan Merlimau dan Kerdau serta Tenang itu akan melekakan BN untuk hadapi PRU ke-13? Paling penting, agenda setting untuk gempur kawasan Melayu patut bermula esok!

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.