Monday, March 28, 2011

Umpan politik Umno di Bazar Tok Guru

KOTA BHARU: Seorang peniaga di Bazar MPKB yang mahu dikenali sebagai Mohamad mendakwa masalah saiz lot ruang niaga di Bazar Tok Guru dengan keluasan 6 x 8 inci tidak dipertikaikan.

Sebaliknya, lorong di antara lot-lot dianggap sempit menjadi persoalan. Beliau juga mendakwa lorong di hujung di tingkat bawah lagi sempit.Mohamad turut memberitahu lot kedai di Bazar Tok Guru kalau hendak dijual tidak laku pada masa akan datang.

Manakala pengerusi persatuan di pasar berkenaan, Abdul Salim Ahmad pula pula acap mendakwa harga ditawarkan kepada peniaga mahal antara RM80,000 hingga RM90,000.

Sejauh mana realiti segala dakwaan mereka. Sedangkan saiz setiap lot di Bazar Tok Guru juga sama dengan setiap lot Bazar MPKB iaitu 6 x 8 kaki persegi.

Setiap petak di Bazar MPKB dibuat daripada kayu dan ada yang sudah berlumut dan comot akibat dibasahi hujan memandangkan bahagian atap pasar bocor.

Di Bazar Tok Guru keluasan lorong pula 5 kaki dan lorong di bahagian belakang berhampiran lif agak kecil sebelum ini kerana kedudukannya berhampiran lif.

Namun empat lot kedai di situ akan dipecahkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi membesarkan lorong berjalan kaki di kawasan berkenaan.

Manakala harga yang didakwa mahal ternyata tersasar jauh kerana ditawarkan PMBK hanya RM63,000 di tingkat bawah yang dikhaskan untuk peniaga Arked Uda dan Bazar MPKB.

Harga lot di tingkat 1 dan tingkat 2 pula dengan keluasan 8 x 10 kaki persegi ditawarkan dengan harga lebih mahal kepada peniaga lain yang berminat.

Tingkat 1 harganya RM92,000 dan tingkat dua (RM88,000). Jelas di sini peniaga dari Bazar MPKB dan Arked Uda mendapat banyak keistimewaan berbanding dengan peniaga lain.

Malangnya segala tawaran diberi diperlekehkan pengerusi kedua-dua persatuan tersebut sehingga dianggap banyak pihak seperti berbaur unsur politik.

Merungkai isu tersebut Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, saiz lot di tingkat bawah telah dipersetujui bersama wakil-wakil persatuan pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini.

”Pada pertemuan yang diadakan wakil persatuan menyatakan masalah saiz tidak timbul asalkan semua peniaga dari kedua-dua pasar mempunyai tempat untuk berniaga.

”Mereka mahu kesemua 415 peniaga diberi ruang untuk berniaga di tingkat bawah. Kita sudah beritahu apabila kesemua peniaga mahu lot di bawah menyebabkan ruang menjadi sempit,” katanya di sini.

Menurutnya mesyuarat mengenai perkara itu turut dihadiri pegawai kanan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, dua Adun dan wakil-wakil persatuan.

Namun anehnya masalah sempit pula ditimbulkan sekarang sehingga mereka lupa segala persetujuan dibuat sebelum ini.

Malah kata Timbalan Menteri Besar kerajaan negeri banyak bertolak ansur dengan memberi peluang kepada mereka berniaga secara percuma dalam tempoh setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat atas.

Begitu juga dengan harga ditawarkan pula RM63,000 jauh lebih rendah berbanding apa yang mereka gembar gembur sebelum ini.

Ditanya dakwaan mengatakan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian RM50 juta daripada pembinaan Bazar Tok Guru, katanya dakwaan itu tidak berasas.

Sementara itu jurucakap PMBK berkata, jumlah ruang niaga di Bazar Tok Guru sebanyak 883 lot terletak di tingkat bawah, satu dan dua.

Katanya, jumlah lot yang disediakan untuk peniaga di kedua-dua pasar itu iaitu 368 lot di tingkat bawah dan 58 lot di tingkat satu.

Manakala lot-lot lain dijual dengan harga semasa dan sudah ramai pembeli yang berminat.

”Tawaran yang diberi kepada peniaga kedua-dua pasar itu hanya sah sehingga 31 Mei depan. Dan selepas tarikh tersebut tawaran percuma tidak lagi disambung,” katanya.

Isu Bazar Tok Guru kelihatan agak kelam kabut apabila pemimpin Umno dan seorang penulis blog cuba mempengaruhi peniaga menolak segala tawaran dibuat kerajaan negeri.

Blogger tersebut juga difahamkan mengedar buku tulisannya secara percuma di kaki lima di Medan Ilmu pada pagi Jumaat lepas. Bukunya bertajuk ’Dari Bazar MPKB ke lubang kubur’.

Seorang peniaga, Musa Amin mencadangkan kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis buku itu kerana jelas berunsur fitnah.

Sumber PMBK juga mendakwa apa yang diungkit sebagai janji menjelang pilihan raya umum lalu hanya sekadar disebut peniaga akan diberi tempat niaga yang selesa di Bazar Tok Guru.

”Tidak pernah dijelaskan mengenai saiz lot seperti diungkit-ungkit pengerusi persatuan terbabit sekarang,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.