Wednesday, September 29, 2010

Pemilihan PKR: Azmin Presiden,Zaid Timbalan

Oleh: anak_muar

"Image Hosted by ImageShack.usPKR bakal mengadakan proses demokrasi dalam parti untuk memilih semula seluruh barisan kepimpinan PKR diperingkat pusat pada November 2010 ini. Dalam menghadapi serangan bertali arus oleh kerajaan UMNO-BN,PKR perlu dipimpin oleh pemimpin dan barisan kepimpinan yang benar-benar berkaliber dan mempunyai daya tahan yang kental dalam menghadapi kerenah UMNO-BN yang semakin tidak terkawal bagi memusnahkan parti yang paling muda dalam PR.

Kita ketahui musuh utama UMNO adalah PKR berbanding PAS dan DAP kerana sedia maklum PKR dikemudi oleh bekas pemimpin tertinggi UMNO dan BN iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.

UMNO sememangnya amat memusuhi Anwar kerana bimbang dengan kebangkitan dan pengaruh beliau yang semakin meningkat hari demi hari walaupun berbagai tuduhan dan tomahan dilemparkan terhadap Anwar.Anwar adalah pemain utama dan harapan bagi pihak PR dalam menghadapi serangan UMNO-BN.Kekentalan semangat yang ada pada Anwar membuatkan UMNOtidak senang duduk dan sentiasa dalam kedudukan cemas terutamanya untuk menghadapi PRU-13.Oleh itu parti yang dikemudi oleh Anwar selaku penasihat umum PKR perlu dikucarkacirkan bagi menghalang kebangkitn Anwar dan juga PR.

PKR perlu mempunyai barisan kepimpinan yang mempunyai semangat kental seperti Anwar dalam membawa harapan baru dalam melakukan perubahan drastik terhadap negara.

Azmin dan Zaid tidak perlu ditemukan dalam pertandingan pemilihan jawatan tertinggi parti kerana kedua mereka ini amat diperlukan dalam barisan kepimpinan parti.Tokoh lama dalam PKR seperti Azmin perlu digandingkan dengan Zaid walaupun baru dalam parti tetapi kesetiaan dan kemampuan beliau dalam parti telah pun teruji.Jika dibiarkan pertembungan Azmin-Zaid berlaku secara tidak langsung bakal mengundang perpecahan di dalam PKR dan akhirnya parti sendiri yang lemah dan akan berlaku konflik yang berpanjangan diantara penyokong kedua belah pihak.

Dato Seri Wan Azizah seharusnya dikembalikan kepada keluarga kerana sudah tiba masanya beliau rehat dari politik setelah 12 tahun berjuang untuk suami tercinta.Kemasukan mengejut Wan Azizah dalam dunia politik berikutan tragedi pemecatan suami tercinta 12 tahun yang lalu.Wan Azizah sepanjang 12 tahun ini melalui saat-saat yang sukar sepanjang suami diperjara dan diaibkan.Sudah tiba masanya beliau dipulangkan ke pangkuan keluarga kerana cabaran PKR semakin hebat dengan serangan bertali arus oleh pihak UMNO yang tidak henti-henti melakukan serangan yang semakin hebat.

Sebagai seorang wanita amat terhad bagi diri beliau untuk terus menghadapi situasi politik yang semakin mencabar ini.Azmin selaku orang lama dan begitu setia dalam perjuangan parti sejak dari awal penubuhan lagi sudah layak diangkat sebagai calon presiden PKR.Azmin mempunyai keberanian dan ketahanan yang kuat dalam berhadapan dengan kerenah pihak musuh.Jadi beliau selaku diantara tokoh PKR yang berpengalaman dalam gerakan reformasi 1998 elok diberi penghormatan bagi jawatan tersebut.

Bagi Zaid pula walaupun beliau dikategorikan orang baru namun kemampuan dan ketokohan juga beliau tidak boleh dinafikan.bekas pemimpin UMNO dan bekas menteri ini mempunyai kemampuan dan ketokohan yang tersendiri. Jika kita amati UMNO sememangnya amat bimbang dengan apabila bekas pemimpin atau menteri merekamenyertai pembangkang dan individu tersebutlah akan menjadi sasaran mereka kerana rahsia dan penyelewengan UMNO begitu banyak diketahui olehindividu tersebut seperti DSAI yang terus menjadi sasaran UMNO bagi menghalang kebangkitan beliau.

Zaid mampu menyumbang sesuatu membanggakan terhadap PKR.Pengalaman dan kemampuan beliau perlu dimanfaatkan oleh seluruh warga PKR.Walaupun orang baru dalam parti kesungguhan beliau dalam PKR amat dikagumi.Oleh sebab itu beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR.Sudah tentu beliau mempunyai misi dan visi bagi memperkasakan PKR dalam menghadapi serangan pihak musuh dan persediaan PRU-13 yang akan datang.

Mengapa dua tokoh ini tidak digandingkan untuk jawatan Presiden(Azmin) dan timbalan Presiden(Zaid Ibrahim.Tidakkah itu satu gandingan yang kuat dan mantap dalam menerajui PKR.Jika mereka dipertembungkan sekiranya salah seorang dari mereka tewas pasti ada konflik kecil atau besar yang berpanjangan yang boleh menggugat kestabilan parti dan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh pihak musuh dalam mengkucar-kacirkan parti dan memperbasar-besarkan isu dalaman PKR.Namun semuanya sudah terlepas hanya menunggu hari pemilihan yang mendebarkan PKR mahupun pihak lawan kerana pemilihan bakal menentukan masa depan PKR-PR.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.