Dalam harapan kadang-kadang kita mencipta angan-angan. Allah telah memprasyaratkan bahawa kejayaan mesti dimulai dengan usaha dan disertai dengan tawakkal. Apabila ramai daripada kita lebih banyak bertawakkal daripada usaha maka terjadilah masalah gerakerja yang terbengkalai kerana tidak cukup kaki tangan atau tenaga kerja. Usaha-usaha membersih daftar pemilih, culaan pengundi, pendaftaran pengundi baru, program bersama pemuda dan seumpamanya tidak mencapai tahap yang memuaskan.
Kita perlu sedari bahawa penyokong PAS terbahagi kepada dua kategori iaitu, ahli dan bukan ahli. Berdasarkan jumlah undi yang diperoleh PAS dalam setiap pilihanraya, jelas bahawa penyokong yang bukan ahli lebih ramai daripada ahli. Dalam kalangan ahli sendiri kedapatan ahli yang tidak aktif. Ini adalah fenomena biasa dalam mana-mana parti politik. Dari satu aspek kepimpinan PAS perlu mengkaji dan bertindak untuk mengatasi fenomena negatif ini.Masa untuk bersedia menghadapi PRU13 kian suntuk. Gerakerja perlu dilaksanakan sebaik mungkin tanpa kekangan baik dari aspek material dan tenaga kerja. Ramai pelajar-pelajaran lepasan IPT dan para pemuda yang menyokong perjuangan PAS walaupun mereka belum mendaftar sebagai ahli. Kita dapati apabila tiba pilihanraya, ramai dari kalangan penyokong yang bukan ahli datang membantu di unit-unit peti undi. Mereka tahu ada kerja yang perlu dibuat. Ada ruang untuk mereka bantu sama ada menampal poster, menyusun bahan kempen, membina markaz dan sebagainya.
Di luar musim pilihanraya mereka ini tidak datang untuk membantu. Antaranya mungkin demam pilihanraya tidak terasa dan mereka tidak tahu bahawa PAS memerlukan bantuan mereka. Ini berlaku kerana biasanya ahli cawangan sahaja yang tahu perancangan program dan gerakerja melalui mesyuarat dan pertemuan; sebaliknya penyokong di luar parti tidak mengetahui apa-apa perkembangan yang berlaku.
Justeru adalah lebih baik sekiranya, PAS mengiklankan keperluan tenaga kerja sukarela melalui pelbagai cara yang sesuai. Namun sukarelawan yang dipilih hendaklah dipastikan sebagai penyokong PAS jati. Kita tidak mahu berlaku sabotaj dan penyamaran atau manusia seperti Saiful Sodomi yang bekerja di pejabat Anwar dengan sesuatu tujuan yang amat jahat.
Di samping itu, amat molek markaz-markaz PAS dihidupkan dari sekarang tanpa menunggu parlimen dibubarkan. Bukankah PAS sendiri menjangkakan pilihanraya umum ke-12 akan diadakan sekitar April2011? Masa tujuh bulan bukanlah suatu masa yang lama dalam gerakerja pilihanraya. Lebih-lebih lagi kita perlu merancakkan usaha mendaftar pemilih baru yang terdiri daripada anak-anak muda. Sebahagian mereka malas dan berlengah untuk mendaftar sebagai pengundi di pejabat pos. Manakala pendaftaran melalui agen agak berisiko kerana terdapat kes sabatoj apabila pihak pendaftar melihat agen parti yang berjanggut, berkopiah dan nampak islamik. Ini antara maklumat yang penulis dapat melalui beberapa cawangan. Jika ini berlaku, agen mesti membawa kes ini ke pihak atasan parti dengan bukti-bukti agar tindakan susulan boleh dilakukan. Jangan kita ternanti-nanti pendaftaran kita diterima dari sehari ke sehari dan dari bulan ke bulan. Akhirnya tak sempat lagi pengundi berpotensi kita mengundi dalam PRU13 nanti.
Ramai penganalisis politik malah Mahathir sendiri melalui apa yang tersirat melalui ucapannya meramalkan PRU13 nanti anti hukum pendulum iaitu Pakatan Rakyat akan sekali lagi menghayun ke kanan dengan kemenangan dramatik menumbangkan BN. Dalam sejarah PRU sentiasa berlaku giliran turun-naik prestasi antara BN dan pembangkang. Namun kali ini sejarah akan tercatat dengan izin Allah. Allah berkuasa menganugerahkan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang diingini-Nya dan menjatuhkan sesuatu kerajaan. Justeru itu setiap penyokong dan pendokong PAS hendaklah melaksanakan persediaan terbaik ke arah pilihanraya umum dan ke arah pemerintahan yang adil dan berkebajikan. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk kemenangan Islam ini.
No comments:
Post a Comment