Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Kutipan wang zakat di Malaysia saban tahun mencecah jutaan ringgit, namun masih ramai lagi golongan fakir miskin tidak mendapat pembelaan sewajarnya.Malah terdapat kritikan kesukaran golongan miskin untuk mendapat wang zakat dan bantuan ini hanya kerana karenah birokrasi yang tinggi di peringkat pengurusan dan pentadbiran wang zakat
Demikian kata Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat kepada Harakah mengulas isu wang zakat pada 8 Ogos lalu.
Mengulas lanjut menyatakan, masalah masih ramai golongan miskin yang sangat memerlukan tidak menerima wang zakat banyak berkisarkan kepada kegagalan sistem penyampaian (delivery system).
Malah, ada pihak yang tidak layak untuk mendapat wang zakat, akhirnya menerima kerana adanya campur tangan politik di peringkat tertentu yang menyebabkan hal tersebut Mudahkan birokrasi dalam agihan zakat berlaku, katanya.
“Orang miskin ini, ramai yang saya temui ikut pengalaman saya ialah mereka ini tidak mahu meminta, tetapi ada pihak yang ambil kesempatan (yang kaya), mereka minta dan dapat kepada mereka,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai sama ada wang zakat yang dikutip boleh digunakan bagi tujuan pembangunan dan ehwal lain, Nasir berkata, keutamaannya ialah wang tersebut perlu sampai kepada golongan sasaran iaitu lapan asnaf yang ditetapkan dalam zakat.
Beliau merujuk kepada satu kes dalam jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Dr Mashitah Ibrahim pada Jun lalu di Parlimen yang mana adanya penggunaan wang zakat dalam menanggung pengurusan kes qazaf membabitkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mashitah dalam jawapannya menyatakan boleh, dan namun bagi Nasir mungkin ada pandangan yang menyatakan demikian, namun apa yang jauh lebih penting, golongan sasaran harus mendapat hak mereka.
Nasir memetik firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 30 bermaksud: “Sesungguhnya zakatzakat itu, hanyalah untuk orangorang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orangorang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
Beliau mencadangkan agar kelemahan yang ada di peringkat pengurusan, pentadbiran wang zakat dapat diatasi agar konsep sebenar wang zakat yang diwajibkan dalam Islam ini dapat dilaksanakan sebaiknya.
Sebelum ini, pada Jun lalu Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail ada mempersoalkan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000.
Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Dato’ Che Mat Ali.
Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mashitah di Parlimen mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.
Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang
No comments:
Post a Comment