Sunday, February 27, 2011

Umno letak calon 'berimej' agama, tetapi terus amal rasuah politik

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Pemilihan lulusan Universiti Al-Azhar, Syed Ibrahim Syed Ahmad selaku calon Umno-BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, dilihat ramai sebagai 'pilihan terdesak' Umno membayangi imej calon-calon PAS.

Trend memilih calon berimej agama bermula sejak Umno-Bn di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi dimana nama-nama seperti Dato' Abdullah Mat Zin (Besut); pendakwah bebas, Dato' Dr Mashitah Ibrahim (Baling) dan mantan Imam Besar Masjid Negara, Dato' Pirdaus Abdullah dicalonkan pada tahun 2004 dan hampir kesemua menang kecuali Pirdaus yang kalah kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Dr wan Azizah Wan Ismail

Kali ini, Umno-BN melakukannya sekali lagi walaupun parti itu bukan lagi dibawah telunjuk kuasa Abdullah sebagai Presiden berwatak Islamik, tetapi di bawah Dato' Seri Najib Tun Razak yang dikenali dengan imej 'sosial'.

Mungkin kerana faktor Syed brahim selaku Naib ketua Umno Bahagian, selain hubungan rapat dengan Menteri Besar Pahang, beliau dipilih sebagai calon BN bagi menentang calon PAS.

Kerdau sebuah kawasan yang memiliki jaluran pengundi Melayu yang agak besar.Mengikut rekod, Kerdau mempunyai jumlah pengundi seramai 9,082.Daripada jumlah tersebut terdapat 8,182 orang pengundi Melayu (90.09 peratus), Cina 466 orang (5.13 peratus), India 166 (1.82 peratus) dan Orang Asli 268 (2.95 peratus).

Terdapat 13 Unit Pusat Mengundi di Kerdau yang meliputipinggir bandar, kampung tradisional Melayu, estet, pekan lama serta tiga Tanah Rancangan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25.

Pada pilihan raya umum 2008 BN menang dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN mendapat 4,135 undi berbanding calon PAS Hasanuddin yang memperoleh 2,520 undi.

Begitupun keputusan tersebut dilihat satu kejayaan buat PAS kerana merendahkan undi BN sebanyak 950 undi daripada majoriti 2,565 undi yang diperolehi BN pada 2004.

Dalam menghadapi situasi ini, Kerdau sebenarnya mempunyai potensi sangat baik kepada PAS untuk melaksanakan misi tersebut berbanding Merlimau yang dikatakan lebih sukar untuk PAS membuat kejutan dalam tempoh dua minggu sahaja lagi.

Dun Kerdau wujud hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR pada tahun 2003.

Jika sebelum ini Kerdau dalam Parlimen Temerloh, kini di bawah Parlimen Kuala Krau. Istimewanya Dun Kerdau ialah kerana kawasannya meliputi kedua-dua belah tebing Sungai Pahang.

Di sebelah pekan Kerdau kawasan mengundi menjajar sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari Desa Murni hingga ke Kuala Tekal. Sementara di seberang sebelah lagi Sungai Pahang, kawasannya menganjur dari Kampung Badok hingga ke Rumpun Makmur di seberang pekan Kuala Krau.

Umno-BN mungkin merasakan, kemerosotan undi pada pilihan raya umum lalu di Dun Tenang yang dihadapi parti itu perlu dikembalikan dengan mencari faktor penambah bagi menang dengan lebih besar.

Disebabkan itu juga mungkin secara kebetulan Syed Ibrahim yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau dipilih untuk mengisi nilai tambah itu.

Sementara PAS pula sentiasa menampilkan wajah-wajah calon yang berimej agama selaras dengan dasar parti itu yang meletakkan Islam sebagai tunggak perlembagaan parti.

Namun, sebagaimana beberapa pimpinan utama PAS di Pahang menyuarakan pandangan, walaupun calon Umno berimejkan agama, dan memiliki kelulusan daripada Al-Azhar, namun imej rasuah dan penyelewengan yang lekat diwajah Umno sukar untuk diatasi.

Lihat sahaja tindakan Umno menyediakan projek 'mee segera' di Kerdau sebelum bermulanya kempen di sana sudah membuktikan Umno-BN adalah parti yang tidak lekang dengan elemen rasuah lebih-lebih lagi di musim pilihan raya.

Atas nama pembangunan 'segera', pengundi terus diumpan dengan lauk-lauk enak di musim pilihan raya menyebabkan terkadang pengundi menjadi keliru untuk membuat keputusan.

Seperti kata seorang peguam, Abdullah Abdul Karim, walaupun menampilkan calon berwajah agama, Umno tidak terlepas dari meneruskan khurafatnya dengan merasuah pengundi bagi menyokong mereka.

Agensi kerajaan akan terus dipergunakan untuk menidakkan suara pembangkang, sambil pihak berkuasa akan terus menutup kesalahan Umno-BN walaupun bertentangan dengan Akta Pilihan Raya.

Apa-apa pun, penyokong Umno begitu seronok dengan pemilihan Syed Ibrahim yang juga Penasihat Agama Kepada Menteri Besar Pahang,

Ada yang menyifatkan kononnya pemilihan tersebut amat bertepatan sekali untuk membuktikan Umno pun tidak ketandusan pemimpin agama yang berkaliber untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Malah mereka berbangga kerana Syed Ibrahim katanya seorang tokoh agama yang cukup disegani dan sering menyampaikan ceramah agama serta tazkirah di beberapa buah masjid sekitar DUN Kerdau sebelum ini.

Beliau juga dikatakan sering muncul dalam rancangan-rancangan agama di RTM Pahang sebelum ini. Malah, kata mereka calon tersebut adalah lulusan Al-Azhar Mesir yang sudah pasti mempunyai pengetahuan agama Islam yang cukup tinggi.

Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan bagaimana Syed Ibrahim boleh terjerumus ke dalam parti yang ternyata berfahaman nasionalisme dan sekular seperti Umno-BN.

Inilah yang perlu dikaji dan difikirkan oleh rakyat terutamanya pengundi Islam di pilihan raya kecil DUN Kerdau sebenarnya kerana Syed Ibrahim mungkin tidak mampu untuk menentang pemimpin partinya yang meneruskan amalan rasuah yang nyata bertentangan dengan agama.

Jika menang sekalipun, pengetahuan agama yang tinggi yang ada Syed Ibrahim seperti yang difikirkan pengundi Kerdau tidak mampu untuk menentang fahaman sekular yang membenarkan rasuah oleh kerajaan Umno-BN!

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.