Thursday, March 24, 2011

Aura Anwar sebenarnya menakutkan pemimpin Umno

Oleh Kassim Muhammad.

Dalangnya, maha dalang

Tayangan perdana untuk kelompok ekslusif di Carcosa Seri Negara yang diikuti pula dengan pelbagai peristiwa hiliran, seperti kemunculan YB Johari Abdul dari Sungai Petani dengan pendedahan penglibatan mantan tokoh-tokoh Umno seperti Rahim Thamby dan Datuk Eskay, menunjukkan betapa jauh orang-orang politik kita (Melayu, Umno dan katanya ― Islam) telah dan mampu meredah lautan tengik kencing, nanah dan darah kebobrokan demi untuk mencapai SATU misi maha besar mereka: Memusnahkan seorang musuh yang begitu mereka takuti, Anwar Ibrahim.

Namun apa yang belum dibentangkan kepada umum dengan jelas dan terbuka ― tanpa sebarang lambang, simbol atau pun bahasa yang bermain aci ialah MAHA dalangnya. Orang-orang yang sangat berkepentingan yang TIDAK sama sekali mahu melihat Anwar Ibrahim itu muncul sebagai pemimpin politik di negara ini. Dalang-dalang yang selama ini menjadi ikutan@budak-budak suruhan, Trio T itu.

Untuk yang mengetahui latar yang terperinci, mereka tahu apakah yang terdapat di dalam cvnya ― kelayakannya salah seorang daripada bintang Trio T itu: Mantan guru besar, mantan Ketua Bahagian Umno, bapa mertua menteri, ‘ahli perniagaan’ dan tukang angkat beg mantan seorang menteri.

Itulah secebis profilnya bintang Trio T: Hamba-hamba suruhan ini yang makan minum, tidur dan beraknya dijaga oleh para dalang maha-maha itu. Orang-orang Melayu alias budak suruhan yang begitu dihormati kerana telah menjadi kaya raya, hasil program besar melahirkan para jutawaan Melayu.

Untuk orang-orang Melayu yang masih begitu kental Umnonya, itulah yang kamu semua perolehi hasil otak besarnya kepimpinan besar Umno, kira-kira 30 tahun yang telah lalu.

ii.

Dalam suasana penuh duka dan sarat keaiban ini, kita terima pesanan ringkas kawan-kawan. Di antaranya termasuklah:

“Dahsyat haram jadah X punya peranan. Pembongkaran Johari Abdul, rupanya si bangkrap Z dengan Siam belaan X cukup licik.”

“Aura Anwar sebenarnya menakutkan pemimpin Umno.”

“MasyaAllah apa nak jadi politik Malaysia nih...”

Ya, sebahagian daripada episod ‘apa nak jadi’ itu telahpun terjadi.

Sejauh manakah kita mahu membiarkannya berterusan?

Yang jelas, kita tidak boleh ― terus-terusan menjadi penonton di luar gelanggang.

http://barabarajiwa.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.