Saturday, March 10, 2012

"Anggap saya artis", Tn Guru Nik Aziz

ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU – "Anggap saya artis". Demikian kata-kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak masyarakat terutama yang beragama Islam menganggapnya sebagai artis supaya dakwah disampai lebih mudah difahami.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam itu sendiri adalah seni dan penyusunan perkataan di dalam al-Quran itu juga berseni sehingga dapat menarik perhatian tokoh-tokoh ternama.

“Artis sebenarnya perkara baik, iaitu orang yang menggunakan seni.

Alangkah seronoknya jika saya juga dianggap sebagai artis.

Saya seorang pendakwah, saya juga menggunakan seni iaitu seni pemikiran untuk memperkembangkan ajaran Islam.

“Mengajak orang untuk mendekati Islam terutamanya kepada umat Islam itu sendiri yang mungkin terlupa dengan ajaran agamanya,” katanya pada Sidang Media Selebriti Hari Hiburan Islam (Hai) di kediaman rasminya di sini, semalam.

Beliau turut melahirkan rasa kekecewaannya terhadap segelintir artis yang banyak dikaitkan dengan pakaian yang tidak menutup aurat serta terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah.

“Saya sangat dukacita apabila ‘kurniaan’ artis ini disalahgunakan sehingga dikait dengan banyak perkara maksiat.

Hal ini disebabkan dunia diperintah dan dikuasai barat yang menjadikan pengertian artis ini lebih sempit dari sebenarnya.

“Seperi perkataan maksiat di tempat kita yang hanya diertikan sebagai perbuatan zina sedangkan maksud maksiat itu ialah menderhaka kepada Allah termasuk zina, tidak sembahyang, berjudi malah rasuah pun adalah maksiat,” katanya.

Sidang media itu diadakan sempena penganjuran sambutan Hai siri keempat oleh Kerajaan Negeri dengan menampilkan beberapa artis terkenal tempatan dan antarabangsa termasuk heroin filem Indonesia, Oki Setiana Dewi.

Oki berada di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC) di sini untuk program Bicara Selebriti bersama beberapa artis lain, antaranya Pendakwah, Kapten Hafiz Firdaus Abdullah dan Selebriti TV Al-Hijrah, Amin Idris semalam.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.