ROSNANI SAADALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah menerima surat dari Pas Pusat yang memaklumkan nama dua Exco yang perlu dilantik semula sebagai jalan penyelesaian kemelut yang berlaku sebelum ini.Difahamkan, surat itu diterima oleh Azizan semalam. Azizan juga sudah menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah petang semalam, beberapa jam selepas keluar dari wad Hospital Sultanah Bahiyah berikutan menerima rawatan matanya di situ sejak beberapa hari lalu.Sementara itu, jawatan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai Exco Kerajaan Negeri tamat kelmarin, namun sehingga semalam, kedua-duanya belum menerima surat lantikan semula.Ismail ketika dihubungi Sinar Harian, berkata, beliau sendiri belum mendapat maklumat mengenai majlis angkat sumpah."Saya sekarang berada di Pulau Pinang, hari ini (semalam) saya tak masuk pejabat sebab jawatan saya sebagai Exco sudah tamat tempoh."Saya pun tak tahu bila majlis angkat sumpah akan diadakan," katanya.Sementara itu, Phahrolrazi berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang surat namun sehingga kelmarin, masih masuk ke pejabatnya di Wisma Darul Aman."Kita tengok dulu perkembangannya macam mana," katanya.Sinar Harian difahamkan, kebanyakan barang-barang milik Ismail masih berada di pejabatnya namun pejabat Phahrolrazi didakwa sudah dikosongkan selepas desas-desus mengenai tindakannya menghantar surat menolak lantikan semula sebagai Exco.
'Seketul Jorjet Myla' Anak Peneroka Felda Jengka 7 'Kedua' Yang Telah
Ditahan Bawah Akta Hasutan 1948 Selepas Saya
-
'Hak bersuara di Malaysia dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan
Persekutuan, yang memberi hak kepada setiap warganegara untuk bercakap dan
menge...
4 days ago

No comments:
Post a Comment