Thursday, March 8, 2012

Bekas tentera hulur RM5,000 untuk adik Suhaila

WARTAWAN SINAR HARIAN

SHAH ALAM – Harapan Nur Suhaila Tujikan, 15, untuk menjalani rawatan penyakit “Congenital Disorder” kian cerah, apabila Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) tampil menyumbang RM5,000.

Presiden BPTM, Datuk Mohamad Abdul Ghani berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga Nur Suhaila dalam mengumpul dana bagi membiayai kos rawatan pembedahannya.

“Kami amat bersimpati terhadap nasib yang menimpanya, yang juga merupakan cucu kepada bekas tentera.

Sehubungan itu, kami berharap lebih banyak pihak akan tampil membantu Nur Suhaila,” katanya.

Sehingga petang semalam, sumbangan orang ramai meningkat kepada RM14,500 dan Nur Suhaila masih memerlukan dana untuk menampung kos rawatan pembedahannya.

Nur Suhaila, pelajar tingkatan tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, di sini mempunyai dua rahim, dengan salah satunya tidak berfungsi, tetapi terus membengkak.

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Maybank Hanita: 112101581281.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.