Thursday, October 27, 2011

Tunisia sudah adakan pilihan raya

Oleh Subky Latif

Tunisia, negara Arab yang pertama bangkit menumbangkan pemerintahan diktator sepuluh bulan lalu sudah mengadakan pilihan raya bebas mulai Ahad 23 Ohttp://latimesblogs.latimes.com/.a/6a00d8341c630a53ef0148c82a07c9970c-600wiktober lalu sedang Libya baru selesai berperang manakala Yaman dan Syria belum selesai berarak.

Laporan dari Tunis menyebut bahawa pilihan raya bebas yang pertama itu mendapat sambutan luar biasa dari pengundi, berbeza sangat dengan pilihan raya terkongkong di zaman kuku besi dulu.

Lebih 80 parti politik bertanding.

Semua ramalan menjangka parti Ennahda yang diharamkan semasa pemerintahan Zene el Abidine ben Ali dulu akan mendapat majoriti. Kita lihat apa keputusannya nanti.

Ennahda di Tunisia itu adalah sekutu PAS di Malaysia ini.

Pemimpinnya Raceid Ghanouce – sebutan dalam ejaan Melayunya Rasyid Ghanusi – yang baru pulang dari buangan di England, mempunyai hubungan baik dengan pimpinan PAS, Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor dan Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Malah beliau lebih rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara sumbangannya kepada PAS, beliau memberi sokongan kuat kepada PAS kira-kira sepuluh tahun lalu supaya membuka pintu kepada bukan Islam untuk menyertai PAS.

Semasa rombongan pimpinan ulama di bawah Ustaz Fadzil ke London meninjau pandangan rakan-rakan parti Islam dari beberapa negara, pimpinan Ennahda itu menyokong pendapat bahawa membuka keahlian PAS kepada orang bukan Islam adalah harus.

Langkah bertahap-tahap yang diambil oleh PAS membuka penyertaan bukan Islam dalam politik PAS adalah dipercayai dari pandangan sahabat gerakan Islam anatara bangsa itu.

Ennahda dalam pilihan raya itu mengambil pendekatan bagi membentuk pemerintahan demokrasi yang berpandu kepada nilai-nilai Islam, malah ia meraikan fahaman sekular menjadi pegangan ramai penduduknya.

Sejak Tunisia dijajah Perancis dan sepanjang zaman merdekanya lebih separuh abad negara dan rakyat diasuh dengan kehidupan dan pemerintahan sekular.

Ennahda tentunya memahami pandangan dunia tentang politik Islam, sebaik mana pun cita-citanya mahu membawa nilai kehidupan Islam ke dalam masyarakatnya, ia dicurigai oleh dunia sekular.

Mereka telah belajar dari perkembangan di Aljeria hampir 15 tahun lalu, majoriti besar rakyatnya memilih Fiz, parti Islam melalui pilihan raya bebas dan demokratik, tetapi tentera atas sokongan kuasa barat merampas kemenangan itu, mengharamkan parti itu dan menahan semua pemimpinnya.

Dan tentu mereka juga belajar dari perkembangan di Turki yang pernah memberi peluang kepada parti Islam – Refah Partisi – pimpinan Perdana Menteri Necmettin Erbakan dan Recep Tayyip Erdogan sebagai Datuk Bandar Istambulnya.

Tentera yang sekular memaksa kerajaan Erbakan dibubarkan, parti Refah diharamkan dan Erdogan diseret ke mahkamah hingga tidak boleh memegang jawatan awam untuk beberapa tahun.

Bagaimana pun Erdogan membentuk parti baru AK – keadilan dan pembangunan – meraikan kehidupan sekular yang berakar umbi dalam masyarakat Turki, berjaya pemimpin kemenangan sudah tiga kali berturut-turut. Kerajaannya demokrasi yang berasaskan Islam, berjaya mengekang rasuah dan kehancuran ekonominya.

Atas keruntuhan ekonomi dan akhlak yang teruk itu Erdogan menengakkan pemerintahan yang kuat dan ekonomi kukuh.

Dipercayai Ennahdah mengambil perkembangan di Turki sebagai model dan sesungguhnya pemimpin Ennahdah itu adalah rakan Erbakan dan Erdogan yang lama. Pemerintahan Turki adalah dihormati di semua negara Islam sekarang.

Rakyat Tunisia yang memulakan kebangkitan dalam dunia Arab sejak sepuluh bulan lalu tentunya melihat perkembangan dan pembaharuan di Turki yang dikira berjaya itu.

Keputusan pilihan raya Tunisia ini menjadi perhatian kepada seluruh dunia dan ia mempengaruhi semua negara Arab yang sedang bergolak itu. Apakah Tunisia sekali lagi mendahului dunia Arab mengisi revolusinya dengan demokrasi yang berasaskan Islam?

Jika yang diramalkan di Tunisia itu tetap, ia adalah satu isyarat yang menarik bagi pengundi di Malaysia yang berada di ambang pilihan raya sekarang.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.