Monday, September 20, 2010

Hantu Pocong Rembau, Pontianak Pilah, Api Terbang Banting

Oleh: rozmal

"Image Hosted by ImageShack.usBeberapa bulan lepas saya bertemu dengan Ustaz Zakaria Talib http://ibnuzakirin.blogspot.com yang juga merupakan ayah saudara kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Ustaz Zakaria mengatakan di Malaysia sekarang ini semakin banyak kekacauan, antara punca katanya ialah terlalu banyak aktiviti sihir dan pemujaan. Beliau berpesan kepada saya dan minta sampaikan kepada semua sahabat agar banyakkan beramal, solat, baca al Quran di masjid, markas dan rumah.

Ustaz Zakaria Talib juga adalah merupakan anak murid Sheikh Mahmud al Mazjub dari Madrasah Nurul Iman , Hulu Langat http://www.nuruliman.com.my/versi_melayu/

Semakin lama saya perhatikan semakin banyak kekacauan yang berlaku di Malaysia sekarang ini, tiada noktahnya.


Semalam 18 September 2010 saya sekeluarga menziarahi datuk dan nenek serta saudara mara di Kg Tanjong, Kota, Rembau. Dalam perbualan saya bersama adik sepupu saya, dia menceritakan kecoh sekarang ini di kampung ialah kemunculan hantu pocong dan beberapa hantu lain sekitar Kg Tanjong dan Kg Gadong (kampong Khairy Jamaluddin).

Hantu pocong katanya dah ramai orang kampung lihat di jambatan yang menghubungkan Kg Kota Pulau dan Kg Tanjung. Hantu pocong ini akan muncul lepas tengah malam hingga awal pagi. Beberapa penduduk kampung cuba mengambil gambar pocong ini tetapi tidak berjaya. Pocong ini katanya tidak lari, sebaliknya hanya duduk merenung sahaja. Kalau lampu kereta terang tak nampak katanya, lampu kereta pasang yang kecil, barulah nampak pocong ini, dan kedengaran pelbagai bunyi pelik dan binatang pelik seperti katak panjang katanya.


Di Kg Gadong pula katanya ada 2 hantu yang bongkok bertelinga besar.Orang Melayu perlu kepada ajaran Islam secara keseluruhannya. Masjid dan surau perlu dihidupkan. Surau di Kg Kota Pulau dah lama tak didirikan solat jemaah, begitu juga banyak masjid di sini yang mati. Di Kg Penajis jiran saya kata solat Tarawih hanya satu saf, solat raya pun tak penuh.


Tidak hairanlah sekarang semakin banyak pembunuhan, pesakit mental, kes perceraian, masalah sosial dan macam-macam lagi. Apabila surau dan masjid semakin mati, semua masalah ini , semakin hari akan semakin serius dan membarah. Buatlah macam-macam kertas kerja dan seminar sekalipun, selagi masjid, surau dan rumah sunyi dari amal ibadah, zikir, majlis ilmu dan bacaan Quran ianya tidak akan ke mana-mana. Sihir yang paling banyak didunia ialah sihir yang memisahkan suami dan isteri, anak dengan emak, anak dengan ayah, rakan seperjuangan dalam parti dan sebagainya, kerana ini ialah sihir yang mula-mula manusia belajar.


Sedikit maklumat berkaitan Sheikh Mahmud al Mazjub. Juga berita lain mengenai kelibat pontianak di Kuala Pilah, lembaga hitam di Lebuhraya Utara Selatan dan bola api di Banting.


*******************

(Kata-kata dari laman web Sheikh Mahmud al Mazjub : Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.)Sementara itu, Perdana Menteri turut ditanya mengenai satu lagi laporan portal berita bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa makan tengah hari di Madrasah Nurul Iman di Hulu Langat, Selangor semalam. Perdana Menteri berkata, beliau mengenali tokoh agama, SHEIKH MAHMUD AL-MAZJUB dan menerima jemputan makan tengah hari sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran madrasah itu.

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2004&y=2009&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


JENIS-JENIS SIHIR TERLALU BANYAK, antaranya;

1-Sihir pisah, sihir yang pertama sekali wujud yang dipelajari oleh penduduk Babil seperti menceraikan suami isteri, ayah dan bapa dan sebagainya.

http://muallij-islamiah.blogspot.com/2010/08/alam-jin-dan-sihir.html


Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hantu_bungkus


ISTERI DAKWA NAMPAK OBJEK HITAM SEBELUM KEMALANGAN

TAMPIN 13 Sept. - Isteri kepada anggota polis yang maut bersama anaknya dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pedas hari ini berkata, dia dan suaminya ternampak satu objek hitam berada di laluan kanan lebuh raya itu sebelum kereta dinaiki mereka merempuh objek tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

PONTIANAK DI KUALA PILAH


Kisah ni berlaku masa raya ke dua hari Sabtu lepas. Hari Raya kedua aku beraya di Kuala Pilah di Rembang Panas. Seharian aku di situ beraya. Semasa on the way balik, ada satu simpang di mana kalau ke kanan akan kuar di Pekan Pilah melalui depan Pejabat Daerah nanti tapi aku tak amek simpang ke kanan, aku terus saja, nanti akan kuar di belakang Pejabat Daerah melalui pejabat Risda dan sapa yang tau belah kiri nanti ada Restoran D Rimba. Di simpang tu...ada wayar letrik yang melintang.


Ok..terus terang aku cakap..kat wayar melingtang tu ada lembaga berkain putih dengan rambut hitam yang amat panjang.

http://mrchentasprofile.blogspot.com/2010/09/pontianak-di-kuala-pilah.html

CERITA API TERBANG DI SUNGAI KANCHONG LAUT MULAI HEBOH!!

Malam tadi saya sempat meninjau-ninjau sekitar Banting, Morib dan Tanjung Sepat. Nampaknya bukan saya seorang sahaja berminat untuk mendengar cerita tentang api terbang yang kedengaran sejak tiga hari lalu.


Berbalik kepada certa api terbang di tepi-tepi sungai, memang pelbagai versi didengar. Ada mengatakan kejadian itu bukan berlaku sekarang, tetapi sejak beberapa tahun lalu dan ada cerita pula terdengar mengatakan seorang pekerja kilang kelapa sawit yang pulang waktu malam menunggang motosikal, terjatuh kerana mendakwa terkejut nampak segumpal api terbang tidak tinggi dari kepalanya melintasi jalan.


http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/cerita-api-terbang-di-sungai-kanchong.html

Rozmal bin Malakan

http://waghih.blogspot.com

2 comments:

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.