Oleh Mohd Sayuti Omar
SYABAS Akademik Pak Sako Universiti Malaya kerana mengambil inisiatif untuk menjadi penganjur kepada debat Bajet di antara Menteri Kewangan, Najib Razak dengan bekas Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim. Menurut laporan, akademik berkenaan akan menguruskan jemputan kepada kedua-dua pihak untuk tujuan itu, Jumaat ini.
Tempat yang dicadangkan ialah di Dewan Tunku Cencelor UM. Molek benar, dewan itu banyak mencatat sejarah dalam menganjurkan debat.
Zaman UM terkenal dengan Debat Agung yang mengundang pelbagai tokoh parti politik, setiap kali diadakan debat agung dewan itu penuh melimpah ke luar.
Saya masih ingat sekitar tahun 1980-an sewaktu menjadi wartawan kecil telah berlangsung debat agung politik yang turut mengundang bekas Naib Presiden Pas, Nakhae Ahmad, manakala wakil daripada parti UBN pula ialah Allahyarham Ikhwan Nasir. Nakhae adalah tokoh Pas yang sering dihantar ke dedabat-debat seperti itu kerana kehandalan dan ilmu agama yang ada kepadan.
Malam debat itu dewan itu penuh sesak. Sejak dari petang lagi orang ramai dan mahasiswa memenuhi dewan itu sehingga melimpah ke luar.
Era itu program debat agung itu menjadi acara tahunan di universiti tersebut. Ia banyak memberi ilmu dan mendedahkan perihal politik kepada mahasiswa. Dengan adanya majlis ilmiah seperti itu telah berlaku pencerahan politik di negara ini. Ia menunjukkan ahli politik kita sedia untuk berdepan secara langsung sambil menjawab dan membalas hujah yang dilemparkan di antara satu sama lain.
Bagaimana pun acara yang saya kira teragung bagi UM yang melibatkan orang luar dihentikan apabila kerajaan gerun dan takut dengan perkembangan serta pengaruh pembangkang yang meluas di kampus universiti. Pemberhentian program itu dikira satu tindakan yang surut ke belakang. Kesurutan itu membawa sampai ke harei ini apabila Menteri Pengajian tinggi yang menjadi kampus tidak berani membuka balik tirai debat berkenaan.
Apabila Akdemik Pak Soko mengajukan itu, saya benar berharap Najib akan sedia menerima undangan Akademik Pak Sako itu. Kalau Pak Sako (Ishak Hj Muhammad) masih ada, beliau pun akan hadir, tersenyum simpul mengikut perdebatan itu. Najib boleh mempertahankan kritikan mengenai Bajet yang dibentangnya baru ini dan dalam masa sama Najib juga boleh menempelak Bajet Pakatan Rakyat yang dibentangkan oleh Anwar. Berbahaslah sepenuh hati dengan mengemukakan fakta dan hujah.
Hanya dengan cara berdepan di pentas saling jawab menjawab hujah masing-masing memberi peluang kepada umum untuk melihat siapa lebih tokoh, lebih berwibawa dan petah dalam berpidato. Serangan secara gelap kepada mana-mana pemimpin baik ke atas Najib maupun Anwar bukan boleh diambil kira dan dijadikan ukuran. Serangan ke ata speribadi secara gelap adalah sikap orang penakut.
Najib ada hujan dan sandarannya kenapa beliau membentang Bajet bernilai RM232.8 billion itu. Manakala Anwar juga ada hujahnya dengan apa yang dikemukakan dalam Buku Jingga dan juga Bajet yang dibentangkan sehari sebelum Najub bentang Bajet negara itu.
Nah berbahaslah dengan profesional dan biarkan orang ramai terutamanya mahasiswa dari jurusan ekonomi, politik dan sebagainya membuat penilaian. Kepada saya kemampuan berfikir, menyelesaikan masalah dan menguruskan negara lebih penting daripada soal moral yang dibangkitkan ke atas kedua pemimpin berkenaan. Apa lagi segala yang dibangkitkan itu mislanya mengenai liwat, pembabitan dalam pembunuhan Altantuya masih bersifat fantasia dan berbau politik hampak.
Apakah Najib bersedia? Saya kira Anwar bila-bila masa untuk berdebat kerana cabaran itu muncul darinya. Najib tidak perlu takut dan gentar. Kalau Ahmad Shabery Chik boleh berbueh mulut berdebat dengan Anwar apalah hendak ditakutkan. Lagipun Najib perdana menteri bukan menteri kontoi seperti Ahmad Shabery.
Kalau Najib menolak dengan berbagai alasan, malulah Najib kepada Ahmad Shabery. Kalau perdebatan itu diambil kira untuk menentukan siapa berhak menjadi Perdana Menteri, ini bermakna Ahmad Shabery masih berkelayakan berbanding dengan Najib.
Beranikah Najib? Tentu takut punya. Saya akan sms Mat Maslan menanyai hal ini.
No comments:
Post a Comment