Wednesday, October 19, 2011

‘Masih ramai boleh berfikir’

Oleh Abd Shukur Harun

Usah panik dengan bajet “gula-gula politik pilihan raya”; terus dekati rakyat, rasai denyhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAoaPoz9VoC3LJ6st0EdM0AnzSxnzpJgsjeLjUYRmjt3dgJ72tgMpnfATPjonvrzaNZ1or8WV2Xcj45fKcnSimRpfJvtSSeWloI-nWfeg8jbPt5ryBsmHhwcBrenR9F1U8DKTuGfqqdjk/s400/images.jpgut nadi dan santuni mereka, serta eratkan hubungan dengan pengundi

TIDAK perlu ada sebarang kebimbangan bahawa Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh PM Dato’ Seri Najib Tun Razak konon akan menarik kira-kira 1.6 juta kakitangan kerajaan, para pesara, warga Felda dan sebagainya untuk menyokong BN dalam pilihan raya akan datang.

Ini nasihat seorang sahabat, pegawai tinggi kerajaan yang telah bersara beberapa tahun lalu. Katanya, tidak semua mereka itu menyokong atau akan menyokong kerajaan kerana masih ramai yang boleh berfikir jauh.
Katanya, walaupun mereka ini menerima pelbagai wang imbuhan daripada belanjawan tersebut, beliau percaya tidak semua yang akan menyokong BN apabila tiba pilihan raya.

Kata sahabat itu lagi, masih tetap ada orang yang boleh berfikir, melihat kelemahan, penyelewengan dan berleluasanya rasuah serta monopoli kroni yang dilakukan oleh kerajaan “Kesannya mungkin ada sedikit sebanyak, iaitu mereka yang mudah terngiur dengan pelbagai pemberian dalam belanjawan kerajaan itu. Tetapi golongan ini tidak menyeluruh,” kata sahabat itu lagi.

Menurutnya, apa yang lebih penting ialah negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menunjukkan kesungguhan berterusan untuk menolong rakyat, di samping menstabilkan kedudukan ekonomi negeri tersebut.

Ini seperi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang telah mampu meningkatkan wang simpanan negeri itu lebih satu bilion ringgit walaupun baru tiga tahun lebih memerintah Selangor.

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan Belanjawan 2012 dengan memperuntukkan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan.

Najib sewaktu mengumumkan belanjawan tersebut menjelaskan bahawa daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakkan bagi perbelanjaan pembangunan.

Memanglah ada kebimbangan sesetengah pihak bahawa pemberian wang dan intensif pelbagai bentuk oleh kerajaan kepada kakitangan kerajaan, termasuk para pesara tentera, pasukan polis, peneroka Felda akan mengurangkan peluang kemenangan bagi Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13.

Perlu diingat, pengundi di Malaysia melebihi 12 juta orang, bermakna mereka yang menerima habuan ‘durian runtuh’ daripada Najib ini hanya kira-kira dua juta orang, iaitu termasuk keluarga mereka.

Bermakna masih ada 10 juta pengundi, atau kurang daripada itu, yang boleh diharapkan atau dijangkakan belum tentu pengundi BN.

Sekali lagi saya bersetuju dengan pandangan bekas pegawai tinggi kerajaan itu supapa kita jangan terlalu bimbang. Ertinya pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan pembangkang sama sekali tidak boleh merasa cemas akan kesan pemberian ‘hadiah’ dalam belanjawan pilihan raya itu.

Satu hal yang perlu difikirkan ialah kesan inflasi yang akan menimpa rakyat di mana harga barangan keperluan asas akan meningkat dan meningkat.

Dengan adanya kedai 1-Malaysia pula, dikhuatiri kedai-kedai runcit, mini market akan terancam, justeru tidak mampu bersaing dengan harga kedai 1-Malaysia.

Inflasi sangat menggigit darah dan daging rakyat dan perlu diingat bahawa kesannya sangat menyeluruh. Katakanlah, kakitangan kerajaan dan pesara telah mendapat pelbagai imbuhan, tetapi dengan harga barang yang begitu melambung, apa maknanya kenaikan gaji dan elaun pesara itu?

Saya memetik ulasan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang menjelaskan bahawa belanjawan Najib adalah lebih terjurus kepada ‘gula-gula politik pilihan raya’.

Secara jelas, katanya, Najib berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

Dr Dzulkefly berkata tekanan yang dihadapi oleh Najib itu apabila melihat belanjawan Pakatab yang lebih tertumpu kepada pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat.

Bagi saya, walau apapun keadaan, Pakatan Rakyat masih mempunyai harapan untuk memenangi hati rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Untuk itu saya tertarik dengan pandangan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abd Halim Abd Rahman yang memberitahu saya baru-baru ini bahawa yang penting ialah layanan baik dan hubungan kita sentiasa mesra dengan rakyat.

“Ini penting dikekalkan, jika wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat mahu menang dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau yang mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun sebagai wakil rakyat PAS dan belum pernah kalah, menggunakan formula kekal iaitu mengadakan hubungan baik dengan pengundinya secara berterusan.

“Rakyat tidak akan melupakan kita kalau mempunyai hubungan baik dengan mereka, datanglah apa pun habuan daripada luar, mereka tetap menyokong kita,” kata Halim.

Pengalaman PAS Kelantan dalam pelbagai pilihan raya termasuk pada 2008 memang sesuatu yang luar biasa.

Umapamanya, dalam pilihan raya tersebut, ketika serangan hebat bertalu-talu dengan lambakan wang dan pelbagai ganjaran daripada Umno-BN untuk memancing undi rakyat, menyebabkan ramai yang merasa cemas.

Rakyat Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat mengadakan solat hajat dan munajat beramai-ramai di Stadium Sultan Muhamad.

Dengan doa dan air mata, Tuan Guru mengadu kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang bagaimana musuh hendak merampas Kelantan dalam pilihan raya tersebut.

Air mata Tuan Guru dan pimpinan Kelantan menjadi senjata ampuh, lalu Allah menerima doa mereka di mana akhirnya PAS menang gilang gemilang dalam pilihan raya tahun itu.

Ini contoh terbaik bahawa dalam apa keadaanpun dan betapapun usaha Umno-BN, dengan belanjawan pilihan raya yang demikian rupa, umpamanya, serta pelbagai tipu helah, namun warga Pakatan Rakyat masih tetap boleh mengadu kepada Ilahi.

Sesungguhnya, Allahlah yang menggerakkan hati pengundi untuk memangkah siapa dan parti mana yang hendak mereka pilih. Walapun pengundi dapat habuan naik gaji, pelbagai elaun dan intensif lain, Allahlah yang menentukan jalan hati mereka.

Belanjawan pilihan raya Najib ini bukan segala-galanya. Ia hanya secebis tawaran seperti gula-gula atau coklat. Tidak semua rakyat termakan dengan gula-gula itu.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.