Tuesday, September 6, 2011

Perang budaya Aidilfitri lawan merdeka

Oleh H FANSURI

KEMERDEKAAN bukan disambut dengan pekikan suara. Ia hadir dengan resapan kefahahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjb6h9w1X3a6UUashULQtUtkvzhAfgdUiawZrj1FxUiCrbVxducjlRuWZlrtlCOmv5kro4EMQ5Qitr8C7okb3eHYUnWCgUaQGyVOv7n8HVcbSQ-BP2MFpqWqerKBDwE9DUdWqL__mjsSBbb/s1600/malaysiaflag.jpgman. Hari ini, peranan agama kuat mencengkam pemikiran, maka sambutan bahtera kemerdekaan mula karam ditenggelami kemeriahan Aidilfitri.

Kemerdekaan tajaan Umno rapuh diabadikan dalam ingatan, dipaku pahat di kenangan.

Kebudayaan Islam pula yang disebut. Umat pula kerap menyanyi lagu raya, menggemakan bualan tentang rendang, lemang, ketupat dan juadah warisan hari raya.

Perayaan kemerdekaan pun menjadi tenggelam kerana Umno tidak merakyatkan perjuangan pembebasan itu secara menyeluruh dengan menyebut nama tokoh perjuangan lain. Ketika Umno menyempitkan perjuangan mendapat kemerdekaan, kita tidak turut disentap batin nurani untuk menyambut merdeka.

Setiap Melayu Muslim sepanjang Ramadan telah berpuasa, merasai ‘nikmat’ lapar dahaga. Ketika menderita menanggung lapar dahaga, yang berpuasa pun sudah melalui penderitaan orang-orang yang belum bebas merdeka.

Orang yang berpuasa, akan menyelami derita orang yang belum bebas daripada penjajahan. Jadi, Islam pun hadir mengasuh jiwa untuk berjuang dengan memahami penderitaan orang lain.

Yang gagal diasuh Umno ialah usaha meresapkan rasa kasihan ke atas penderitaan kaum lain yang belum merdeka penuh. Kemerdekaan Malaysia tidak dihubungkait dengan bebanan penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin, selatan Thai dan selatan Filipina.

Melihat ini semua, perlahan-lahan kita meyakini bahawa Umno sudah pun kalah dari segi moralnya dalam mempertahan ideaidea kemerdekaan ini, kerana rakyat tidak riuh membahaskan kemerdekaan negara. Ketika rakyat tidak mewacanakan kemerdekaan dengan ghairah, Umno melihat umat hilang patriotik.

Sepatutnya, Umno perlu menyemak persoalan ini – kenapakah ‘syiar’ kemerdekaan Umno tidak seghairah sambutan Aidilfitri?

Islam telah lama mengasuh jiwa agar tabah dan tahan didera selama sebulan diuji dengan kehausan dan dahaga. Ini tabiat orang yang berada di bawah penjajahan. Mereka tidak cukup bekalan makanan dan minuman. Di bawah jajahan Jepun, umat hanya makan ala kadar, persis kehidupan berpuasa yang kita jalani sebelum ini.

Umno hanya hadir bermodalkan semboyan, laungan dan teriakan merdeka ke atas rakyat, tapi Umno juga yang menjajah dengan menawarkan ketakutan terhadap tear-gas dan akta zalim.

Sebab itu kemerdekaan jadi sepi manakala sambutan Aidilfitri dijunjung tinggi. Syariat Islam lewat puasa Ramadan menawarkan tarbiyah ruhiyyah (asuhan kejiwaan) lalu seni kebudayaan Melayu Islam meraikan tujuh likur, ketupat, lemang, rendang termasuk lagu raya.

Perayaan kemerdekaan ciptaan Umno cuma diraikan Umno sementara Aidilfitri anugerah Tuhan itu kemudiannya diolah mengikut budaya Melayu sejak berzaman. Kali ini, makin jelas kebesaran Allah SWT dan kekerdilan Umno.

Proses kebudayaan Umno lewat perayaan kemerdekaan negara itu dipandang. Manakala, perayaan Aidilfitri anugerah Tuhan itu disambut hati gembira dan lapang dada.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.