Tuesday, September 6, 2011

Amalan di bulan Syawal

BULAN Syawal merupakan bulan kemenangan bagi mukmin yang berjaya menghidupkan Ramadan sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT. Syawal juga merhttp://ponpesmahasiswa.com/wp-content/uploads/2011/08/puasa-enam-hari-bulan-syawal-image-300x225.jpgupakan roh bulan yang dipenuhi dengan keberkatan yang dituntut melakukan sunat dan amalan istimewa yang tidak terdapat pada bulan yang lain. Setiap amal yang dilakukan membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kepada Allah SWT.

Orang mukmin menyambut Syawal dengan rasa kesyukuran dan terus melakukan amal ibadah dan amal kebaikan demi mengharap keredaan Allah. Di antara amalan yang disyariatkan pada bulan Syawal ialah:

1. Membayar zakat fitrah.

2. Bertakbir dan bertahmid.

3. Mendirikan sembahyang Aidilfitri.

4. Menyambut Hari Raya mengikut syariat.

5. Membantu orang susah / melayan anak yatim.

6. Puasa enam.

Puasa Enam

Puasa Enam ialah puasa enam hari di bulan Syawal; berpuasa setelah sehari menyambut hari raya puasa. Puasa ini boleh dikerjakan secara berturut-turut enam hari atau tidak asalkan dalam bulan Syawal.

Banyak keistimewaannya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan enam hari bulan Syawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa.” (Riwayat Jamaah kecuali Bukhari dan An- Nasa‘i juga diriwayatkan oleh Ahmad dari hadis Jabir)

Pendapat ulama da lam menentukan masa mengerjakan puasa enam ini, ada tiga cara iaitu:

1. Mengerjakan terus sesudah hari raya, dengan berturut-turut sehingga enam hari.

2. Mengerjakan beriring-iring, atau bercerai-cerai dalam bulan Syawal

3. Tidak dikerjakan terus sesudah hari raya hanya dikerjakan pada hari ketiga sebelum hari putih (hari ke-10, ke-11, dan ke-12 dari bulan Syawal) dan pada hari putih (hari ke-13, ke-14 dan ke- 15 dari bulan Syawal). -Atau hari sesudah hari putih (hari ke-16, ke-17 dan ke-18)

Mengenai keutamaan puasa enam disebut dalam Zubdatul Waa’iziina: “Barang siapa berpuasa di bulan Ramadan, kemudian mengikut sertakan enam hari daripada bulan Syawal, maka baginya pahala seperti puasa setahun seluruhnya.

Di dalam riwayat lain: “Allah SWT memberikan kepadanya pahala enam Nabi, pertama; Nabi Adam a.s., kedua Nabi Yusuf a.s., ketiga Nabi Yaakub a.s., keempat Nabi Musa a.s., kelima Nabi Isa a.s, dan keenam Nabi Muhammad s.a.w.”

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.