Monday, September 5, 2011

Jawatankuasa Terpilih: Relevan sekiranya dipakai PRU-13

Oleh WAN NIK WAN YUSSOF

MINGGU lepas, akhbar arus perdana (24 & 25 Ogos 2011) telah menyiarkan pandanhttp://kickdefella.files.wordpress.com/2009/04/nik-aziz-rocky0042qiadah.jpg?w=510&h=339gan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen ke arah pembaharuan pilihan raya sebagaimana diumum oleh Perdana Menteri.

Akhbar berkenaan melaporkan, kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz bersertuju dengan keputusan Perdana Menteri itu.

Di sebalik itu, nampaknya pihak tertentu amat ghairah pula mengulas dan menyokong pendirian tuan Guru. Tidak kurang pula ada yang menumpang pendirian Tuan Guru, lalu menyindir pihak yang ‘mempertikaikan’ keputusan Perdana Menteri itu.

Antara yang bersetuju dengan pendirian Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu sudah tentu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Justeru itu Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dato’ Wan Ahmad Wan Omar (Utusan online, 24 Ogos 2011) menyifatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang cukup berpengalaman, positif dan seharusnya menjadi ikutan pemimpin pembangkang lain.

Mungkin kali pertama Wan Ahmad memuji Tuan Guru.

Hakikatnya, ada di sebalik pendirian ‘setuju’ ada lagi kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tidak dilaporkan oleh akhbar atau media arus perdana itu. Mereka telah mengedit dan mengolahnya serta disiarkan mana yang sesuai dengan selera politik kerajaan Barisan Nasional sahaja.

Apa yang sebenarnya ada aspek yang tidak dijadikan berita oleh akhbar berkenaan ialah tentang pandangan Tuan Guru itu. Antara yang tidak disiarkan ialah berhubung dengan responsnya terhadap kenyataan Perdana Menteri sendiri (Berita Harian Online, 19 Ogos 2011) yang menegaskan, “pilihan raya tetap akan dijalankan tanpa terikat dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.”

Dalam konteks itu, Tuan Guru menghujahkan, sekiranya penemuan Jawatankuasa Terpilih Parlimen itu tidak dipakai dalam pilihan raya akan datang bermakna pihak kerajaan Barisan masih mengekal proses pilihan raya yang dikritik kerana ada amalan kotor.

Justeru, kaitan persetujuan Tuan Guru terhadap penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen adalah atas hasrat menyokong sebarang usaha ke arah pilihan raya yang bersih. Ini kerana sebelum ini banyak dakwaan kesilapan SPR telah disebut oleh pelbagai pihak.

Hatta SPR sendiri turut memberi pelbagai reaksi atas dakwaan tersebut. Maka, bagi Tuan Guru, “selagi kesilapankesilapan yang dilakukan oleh SPR itu tidak dibersihkan, bermakna pilihan raya yang dilaksanakan adalah kotor. Atas sifat proses pilihan raya yang masih kotor dan peraturan yang ada tidak dapat membendung amalan kotor oleh pihak tertentu, natijahnya bila menang melalui amalan kotor, maka ia adalah haram.”

Sehubungan itu, proses pilihan raya pilihan raya yang kotor perlu dibersihkan segera sebelum pilihan raya umum akan datang. Sewajarlah Tuan Guru menyokong sebarang usaha (termasuk oleh Perdana Menteri) untuk membuat pembaharuan ke arah pilihan raya yang bersih. Semangat ini telah disembunyikan oleh pihak akhbar.

Misi penting pendirian ialah PRU-13 perlu bersih. Apa cara untuk dibersihkan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak warga negara. Justeru harus diteliti faktafakta di sebalik pendirian Tuan Guru bersetuju ditubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Antara faktanya ialah kenyataan Perdana Menteri sendiri yang bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk pembaharuan pilihan raya, tetapi dua hari kemudian kenyataan susulan daripada Perdana Menteri yang bersetuju untuk mengadakan pilihan raya tanpa menunggu keputusan Jawatankuasa Terpilih.

Diikuti kenyataan susulan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Nazeri Aziz bahawa keputusan Jawatankuasa Terpilih tersebut akan mengambil masa selama enam bulan. Justeru timbul pula pelbagai reaksi yang bersifat pro dan kontra di atas hasrat pembaharuan pilihan raya melalui pendekatan Jawatankuasa Terpilih Parlimen. B erikutan fakta-fakta tersebut, maka wajar Tuan Guru berpendirian ‘bersetuju dengan bersyarat’ bahawa keputusan kerajaan Barisan Nasional itu bermotifkan politik semata-mata dan tidak ikhlas, untuk menambah baik amalan demokrasi dan proses pilihan raya di Malaysia. Malah ia satu tindakan bermotif untuk melengah- lengahkan dan cuba mengalih perhatian rakyat untuk menerima kebanyakan isu-isu di sebalik lapan tuntutan Bersih 2.0.

Justeru, tidak ada maknanya pilihan raya di adakan tanpa mengambil kira usaha-usaha pembaharuan pilihan raya malah mengkebelakangkan lapan tuntutan yang dibangkitkan oleh rakyat melalui Bersih 2.0. Ini kerana suatu pilihan raya bersih akan terjelma melalui kertas undi. Maka kalau pilihan raya diadakan dalam keadaan undangundang dan peraturan yang ada, ia masih menghasilkan pilihan raya yang kotor.

Tambahan pula hasil daripada beberapa kenyataan SPR sendiri berhubung beberapa pendedahan mengenai kesilapan atau kelemahan perjalanan pilihan raya, maka sudah tentu Wakil Rakyat yang menang melalui undang-udang yang cacat (kotor), sememangnya kemenangan itu bersifat tidak sah atau haram.

Justeru kemudahan dan pendapatan dalam bentuk duit atau projek oleh Wakil Rakyat berkenaan adalah haram.

Oleh kerana itu sewajarnya gerakan ke arah Bersih 3.0 perlu disegerakan bagi mendesak pihak kerajaan Barisan Nasional melaksanakan pilihan raya yang adil, telus dan bersih.

Apa yang penting, harapan pembaharuan demokrasi bukan keperluan segelintir mereka yang menyokong Bersih 2.0 dan juga kehendak Pakatan Rakyat sahaja. Ia adalah harapan, keperluan dan kehendak seluruh warganegara yang mahukan pemimpin yang dipilih adalah berlandaskan proses pilihan raya yang bersih.

Apa yang penting difahami, tindakan menubuh Jawatankuasa Terpilih Parlimen adalah suatu ‘permainan’ isu ke arah meneutralkan persepsi rakyat terhadap status pilihan raya di Malaysia yang masih sarat dengan kekotoran.

Permainan ini turut dilibati sama oleh SPR sendiri apabila Wan Ahmad (Utusan online, 24 Ogos 2011) turut menyatakan, iaitu “pembaharuan pilihan raya melalui Jawatankuasa Terpilih Parlimen adalah paling tepat dan bukannya dengan cara berdemonstrasi seperti mana yang dianjurkan oleh badan yang digelar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai lalu. Demonstrasi tidak memberi apa-apa kebaikan sebaliknya menyusahkan orang lain.

Berbanding jawatankuasa terpilih yang merupakan ruang lebih luas, lebih berkesan dan lebih formal dalam usaha kita memantapkan lagi perjalanan pilihan raya.’’ Sedangkan sebahagian besar rakyat menyedari betapa idea penubuhan jawatankuasa terpilih itu berbangkit selepas gerakan perhimpunan Bersih 2.0. Maka Wan Ahmad didapati telah melangsungkan permainan atas persepsi yang salah.

Ini kerana sesetengah pihak sudah mengakui, betapa kesan perhimpunan rakyat bersama Bersih 2.0 yang sebenarnya memaksa Pengerusi SPR bersama Wan Ahmad terkial-kial mempertahan dan menjawab segala dakwaan kekotoran dalam amalan pilihan raya di Malaysia Misalannya, reaksi Perdana Menteri sendiri bersetuju memakai biometrik adalah tanda respons atas isu dakwat kekal dibangkitkan parti PAS sebelum PRU12 lagi.

Begitu pula, persetujuan Dato’ Saifuddin Abdullah atas syor pendaftaran pemilih secara automatik adalah akibat asakan kuat pimpinan Pakatan Rakyat ekkoran pelbagai dakwaan kekotoran senarai daftar pemilih dan kegagalan SPR menangani isu empat juta rakyat yang cukup umur 21 tahun, tetapi belum mendaftar.

Termasuklah juga reaksi dan penafian pihak Panglima Angkatan Tentera Malaysia berhubung penyelewengan undi pos oleh anggota tentera sendiri adalah kesan daripada pendedahan dan pengakuan bekas-bekas tentera bersama pimpinan PAS.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.