Saturday, August 13, 2011

Sokongan Cina terhadap DHPP buatkan Soi Lek meraban

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Presiden MCA, Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek sekali lagi menjadikan PAS sebagai sasaran lepas geramnya. Semacam menjadi kegemarannya untuk menghentam parti Ihttp://uploadingit.com/file/thmipq2feorjzlga/csl.jpgslam itu, terutama dengan tujuan membina persepsi buruk kaumnya terhadap PAS.

Semata-mata di atas hasrat menunjukkan sikap lebih agresif berhadapan pembangkang, beliau sanggup mengenepikan rasionaliti. Soi Lek hanya nampak keburukan dan kelemahan PAS.

Sebelum ini beliau pernah membayangkan kemungkinan sangat buruk bagi negara sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan di peringkat Pusat. Dengan penuh prejudis beliau menggambarkan Konsep ‘Negara Islam’ diperjuangkan parti Islam itu sebagai pemerintahan yang zalim dan menindas, terutama terhadap kaum bukan Islam.

Kali ini beliau secara totok menempelak dua kerajaan diterajui PAS, iaitu Kelantan dan Kedah yang disifatkannya sebagai gagal membela kebajikan rakyat. Baginya adalah tidak adil apabila pembangkang hanya gemar menggunakan Selangor dan Pulau Pinang sebagai contoh kejayaan Pakatan Rakyat, terutama dalam membela kebajikan rakyat.

Di situlah yang kita katakan sebagai sikap tidak rasional pemimpin MCA itu. Nampak sangat mindanya terlalu dicengkam sentimen negatif terhadap PAS sehingga gagal mewajar dan mengiktiraf sebarang pencapaian positif parti itu sepanjang memerintah beberapa negeri. Masakan tidak ada langsung kejayaan yang boleh dibangga dan diperbandingkan dengan pencapaian kerajaan negeri pimpinan BN?

Teruk sangatkah prestasi kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah? Atau jika aspek kebajikan kaum Tionghua dijadikan rujukan secara spesifik, teraniaya benarkah masyarakat kaum itu di kedua-dua negeri sejak ia diperintah parti Islam itu?

Sejarah telah membuktikan betapa pemerintahan Islam dibawa PAS menyediakan persekitaran paling selamat dan selesa untuk semua kaum. Dikatakan tempat paling selamat bagi kaum Cina sewaktu peristiwa hitam 13 Mei 1969 ialah Kelantan.

Ketika ketegangan kaum memuncak di serata negara yang menuntut banyak korban jiwa, bandar Kota Bharu yang ketika itu masih di bawah pemerintahan PAS dikatakan tenang sahaja. Tiada pertumpahan darah mahu pun pertembungan fizikal antara pelampau kedua-dua kaum di seluruh Kelantan.

Jika dikatakan pemerintahan PAS menindas dan menzalimi kaum lain, pengalaman lebih dua dekad di Kelantan, sepenggal di Terengganu dan tiga tahun di Kedah kini menceritakan segalanya. Kerajaan PAS Kelantan membuktikan sikap terbuka Islam terhadap keperluan bukan Islam, sama ada dalam aspek kehidupan mahu pun peribadatan.

Mereka bebas mengamalkan cara hidup masing-masing tanpa sebarang kacau ganggu mahu pun halangan daripada kerajaan negeri. Sehinggakan beberapa tokong Buddha terbesar di Malaysia, hatta rantau Asia Tenggara, dikatakan tertumpu pembinaannya di Kelantan. Bukankah itu bukti sangat jelas mengenai keterbukaan pemerintahan Islam?

Begitu juga di Terengganu. Biar pun hayat pemerintahan PAS di negeri itu hanya sepenggal, PAS telah membuktikan komitmennya menyantuni keperluan setiap kaum di sebalik segala keterbatasan kuasa dan kongkongan kewangan. Rakyat Terengganu, terutama kaum Tionghua negeri itu sendiri boleh menjadi saksi atas keikhlasan PAS membantu mereka.

Antaranya, satu peruntukan khas bagi melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mewakili kaum bukan Islam/bukan Melayu diluluskan. Ia bagi memastikan suara kaum terbabit diwakili di dalam Dun, sekiranya tidak ada antara mereka terpilih menerusi pilihan raya. Enakmen ini bagaimana pun tidak sempat dimanfaatkan.

Kerajaan PAS Terengganu juga membatalkan cukai pintu Gerbang Naga di Kampung Cina yang dikenakan oleh kerajaan BN sebelum itu. Ia turut mengembalikan nama Jalan Kampung Cina yang sangat sentimental bagi kaum itu, yang ditukar kepada Jalan Bandar oleh BN.

Di Dungun, hasrat kaum itu selama puluhan tahun mendapatkan tanah tapak tadika telah ditunaikan kerajaan PAS. Rakan mereka di Kemaman pula diberikan tanah untuk tapak rumah mayat. Manakala atas inisiatif kerajaan PAS juga tanah seluas 8.5 ekar berjaya dimiliki Persatuan Buddha Wakaf Tapai, Marang untuk menyelesaikan masalah tanah perkuburan kaum itu.

Memang parti itu tidak sempat melakukan banyak perkara, bukan sahaja terhadap kaum Cina mahu pun India, malah kepada orang-orang Melayu sendiri. Namun apa yang penting dalam kesempatan sesingkat itu PAS telah membuktikan ia tidak mengenepikan kepentingan semua kaum.

Sebab itu untuk seseorang mengatakan pemerintahan PAS menindas atau menzalimi bukan Islam amatlah tidak wajar. Lebih tidak rasional lagi sekiranya orang yang membebelkan perkara itu ialah seorang ketua kaum sepeti Soi Lek.

Justeru, apakah gerangan membuatkan beliau tiba-tiba naik angin terhadap PAS dan meraban tak ketahuan hala? Serangan terbaru ini dipercayai sebagai langkah melepas geram dan rasa tertekannya ekoran sambutan sangat baik ditunjukkan masyarakat Tionghua Terengganu terhadap PAS.

Sepertimana dimaklumi umum, baru-baru ini PAS negeri berjaya melancarkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Dilaporkan ia telah mendapat sambutan amat membanggakan daripada kaum Cina.

Selaku penyandang kerusi tunggal mewakili kaum itu di Terengganu, MCA sudah tentu ada sebab sangat munasabah untuk bimbang dan tidak senang dengan perkembangan itu.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.