Friday, August 12, 2011

Ramadan bulan memerangi penindasan kapitalis

Oleh H FANSURI

“ISTERI-ISTERI kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMy4bQNVCLJfcJJiR5T7xuo10LxWoEz5kaff5ulZE0V6PRIGDr1XqF0_mq-9BUnkF-rZUm4w1v8mN7RmPvTxCzI3qrvqB6guW6i7_40kT8b-CNFB0mgSNJOSHHIj6HeqT7xLDMPuPoI7g/s1600/ramadhan1.jpgi pakaian bagi mereka..." (Al-Baqarah: 187)

Ketika Ramadan, kita masih belum terlepas daripada cengkaman mustakbirin, kelas atasan. Persengketaan ini tidak wujud dengan sebab kehadiran kaum di dunia. Tuhan menyebut dalam Al-Hujurat bahawa insan diciptakan bersukusuku untuk saling berkenalan bukanlah untuk berperang


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan," Al-Hujurat, ayat 13.

Sebaliknya perang ini terjadi antara kelas kaya dan kelas miskin. Dalam konteks negara kita, pertarungan ini bukan terjadi antara Melayu, Cina, India tapi antara Melayu, Cina, India kaya yang menindas Melayu, Cina, India yang miskin.

Kekayaan timbul daripada pekerjaan saudagar, pemodal dan peniaga. Kemiskinan itu ditimbulkan oleh agihan sumbersumber yang tidak sama rata dan kecurangan dalam agihan belanja ke atas kaum pekerja.

Dalam surah Hud (84 - 87), dirakam dialog-dialog pertikaian, dakwah antara Nabi Syu'aib a.s dengan penduduk Madyan "Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).

"Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."

Tamat beberapa petikan surah Hud. Setelah kita mengetahui bahawa dakwah Syuaib ini tercurah terus terhadap golongan saudagar, kapitalis, pemodal dan peniaga, maka kita mesti sedar bahawa tiba waktunya, kapitalis, pemodal dan saudagar ini sudah menaiki tangga kekuasaan politik kenegaraan.

Plutokrasi adalah suatu istilah yang menjelaskan bahawa wujudnya kapitalis yang menjadi pemerintah negara dan berterusan menindas rakyat sebagai pengguna kepada air, minyak petrol dan benzena, api elektrik dengan bil-bil yang sampai ke rumah.

Di Bazar Ramadan, di peringkat kapitalis kecil masih ramai juga yang menjual ikan yang tidak cukup masak. Walaupun berat ikan itu masih sama, tetapi hak pengguna untuk mendapatkan kadar pembakaran ikan bakar itu dikurangi. Katakan ikan itu patut dipanggang 15 minit, tapi ia cuma 5 minit dibakar.

Ini adalah contoh kecil sebelum kita menyentuh hal-hal besar seperti rasuah dan skandal pembelian kapal selam Scorpene itu. Di bulan Ramadan ini, kita boleh melihat bagaimana lauk pauk, ayam percik, air soya kelmarin pun masih dijual lagi. Sastera-sastera Ramadhan tidak boleh lepas pandang daripada ini semua. Karya karya besar telah menyanggah kekuasaan yang diresapi semangat kapitalis, peniaga curang yang mengurangi sukatan dalam jual beli.

Bagaimanakah kita mahu melawan kapitalis dan peniaga curang ini? Lalu, sempena Ramadhan ini, ketika melihat kecurangan peniaga Bazar Ramadhan, maka saya terbaca petikan nas tentang puasa yang berhubung pakaian.

"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteriisteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka..." (Al-Baqarah: 187) Perjuangan Bersih tidak mati. Malah Ramadan itulah yang meneguhkannya.

Saya fikir, hendaklah kaum Muslimin sekalian bersolat terawih setiap malam dengan berbaju kuning, atau dengan memakai t-shirt Bersih. Buatlah potongan baju hari raya ini berwarna kuning. Dengan baju raya kuning, duduklah di saf paling hadapan depan masjid. Demikianlah, perjuangan Bersih di bulan Ramadan kekal abadi sehingga ke Syawal dan untuk hari-hari seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.