Friday, August 12, 2011

Wan Ahmad Wan Omar memang sah 'si ****** Umno'

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pembangkang mengulangi “agenda politik kotor” untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan, dakwa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad (gambar) berkata sebelum pilihan raya umum ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan itu.

Malah kata beliau, selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.

“Ini kerana sistem dan proses pilihan raya yang adil yang telah memberi kemenangan besar kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Agenda politik ‘kotor’ melalui penyebaran fitnah dan pembohongan telah menunjukkan hasil. Maka agenda yang sama perlu diulangi untuk menghadapi PRU yang akan datang. - TMI.
Timbalan Pengerusi SPR ni aku rasa dia tertekan selepas 2 program forum dia sepentas dengan Ambiga hari tu. Ada beberapa kenyataan dia masa forum tu yang nampak macam dia salahkan 'Putrajaya'. Mungkin kot dia tersedar yang dia ada terlepas cakap.

Memang 2 forum tu tak menguntungkan SPR yang memang terbukti selama ni beraksi sebagai 'si anjing Umno BN'. Kecuali la yang langsung takdak aksess media lain kecuali suratkhabar utusan dan siaran TV.

Macam yang ditulis pengarang Utusan:
Keseluruhannya, program wacana "Apa lagi selepas 9 Julai..." pada Selasa lalu tidak tercapai objektifnya khususnya buat SPR sendiri. - Utusan.
Yang jelas sangat dari 2 forum tu memang nampak jelas yang SPR sekarang ni menang benar-benar tak MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam yang digariskan dalam Perlembagaan Perkara 114(2).

Pada aku, Timbalan Pengerusi SPR tu ambil jalan tulis artikel tersebut tujuan utama dia adalah untuk betulkan balik persepsi yang ujud terutama dipihak boss dia Umno BN mungkin pasai nak jaga periuk nasi dia, tu yang dia tulis artikel membelasah Pakatan Rakyat tu.

Untuk redakan kemarahan rakyat, memang ada kemungkinan 'Putrajaya' akan rombak anggota SPR dan mungkin depa akan tukar Wan Ahmad dengan orang yang mungkin agak mendapat kepercayaan awam tapi dalam masa yang sama lebih 'menguntungkan' Umno BN.

Cuma yang aku mushkilnya, macamana boleh Ambiga masih nak berkhusnus dzan dengan Putrajaya?

Kat bawah ni aku salin tampal artikel yang Wan Ahmad Wan Omar tulis yang diterbitkan utusan.

Kalau baca siri pertama, dia berusaha menjawab semua 'tohmahan' kepada SPR tapi yang aku mushkilnya dia langsung tak ulas pasai isu pengundi 'klon', pengundi yang nombor MyKad tak ujud dalam database JPN dan jugak isu 'Mismah Gate'. Dia masih ulang jawapan dia mengenai pengundi hantu gunakan skima jawapan yang lama.

Artikel siri 1.
Apa yang tak bebas, tak adil
Wan Ahmad Wan Omar

PIHAK-pihak tertentu mendakwa pilihan raya di negara ini tidak bebas dan tidak adil. Mereka yang berkenaan telah menang dalam pertandingan merebut kerusi-kerusi baik di Dewan Rakyat atau pun di Dewan Undangan Negeri.

Kita tanya mereka apa yang tidak bebas dan peringkat mana yang mereka kata tidak adil?

Mereka mendakwa pilihan raya tidak adil berasaskan beberapa andaian dan persepsi dan sebagainya yang mereka tidak pernah dapat membuktikannya di mahkamah melalui petisyen-petisyen pilihan raya sama ada selepas pilihan raya umum (PRU) ataupun pilihan raya kecil (PRK).

Pengundi hantu

Mereka mendakwa ‘pengundi hantu’ yang telah mengundi dalam pilihan raya, tetapi mereka tidak pernah membuktikan siapa dan di mana pengundi hantu yang telah mengundi. Dalam semua petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum ini atas alasan pengundi hantu, semua petisyen telah ditolak kerana mereka gagal memberi bukti prima facie dakwaan tersebut.

Apa pun, dakyah ini digunakan dalam setiap pilihan raya. Malah golongan ini pernah menahan kenderaan yang membawa pengundi dari luar kawasan yang hendak pulang mengundi kerana menuduh mereka pengundi hantu. Mereka enggan menerima penjelasan SPR bahawa pengundi dari luar kawasan yang balik untuk mengundi pada hari mengundi di tempat dia disahkan mendaftar adalah pengundi sah yang berhak untuk mengundi di sisi undang-undang.

Daftar pemilih kotor

Mereka menuduh SPR tidak membersihkan Daftar Pemilih kerana mengandungi nama pemilih-pemilih yang telah meninggal dunia dan rekod-rekod berganda. SPR telah berkali-kali memberi penjelasan bahawa pembersihan Daftar Pemilih Induk (DPI) dilakukan berterusan di mana nama-nama pemilih yang meninggal dunia di keluarkan selepas pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Begitu juga nama-nama yang hilang kelayakan seperti dilucutkan taraf warganegara, yang disabit hukuman mahkamah dan sebagainya. Orang ramai perlu menerima hakikat bahawa tidak dapat dielakkan DPI ini akan berterusan mengandungi nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia kerana nama-nama mereka hanya boleh dipotong selepas pengesahan oleh JPN.

Apabila berlaku kematian, jikalau waris pemilih tidak melaporkan ke JPN untuk sijil kematian, rekod JPN tidak dikemas kini. SPR membuat semakan terus dengan rekod JPN melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System). Jika rekod di JPN tidak menunjukkan pemilih meninggal dunia namanya tidak akan dipotong.

Bagi memastikan pemotongan nama pemilih atas sebab kematian tidak disalah guna oleh sesiapa bertanggungjawab mengemas kini Daftar Pemilih, SPR perlu menetapkan dasar supaya pemotongan nama pemilih yang meninggal dunia hanya boleh dilakukan selepas pengesahan oleh JPN.

Walaupun kematian berlaku sepanjang masa, tetapi nama-nama mereka yang meninggal dunia tidak boleh dipotong sewenang-wenang daripada Daftar Pemilih tanpa pengesahan JPN. Faktor ini yang menyebabkan nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia akan berterusan kekal dalam Daftar Pemilih.

Tempoh kempen

Mereka mendakwa pilihan raya tidak adil kerana tempoh kempen yang pendek. Justeru, Bersih 2.0 menuntut tempoh kempen minimum 21 hari diberikan dalam pilihan raya. Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya di negara ini tidak memerlukan tempoh kempen yang panjang kerana Malaysia tidak seperti beberapa negara lain yang mereka gunakan sebagai contoh.

Malaysia hanya mempunyai 12 juta pengundi jika dibandingkan dengan Indonesia (140 juta pengundi meliputi beribu buah pulau dengan tahap komunikasi yang masih lemah); Filipina (40 juta pengundi dengan kawasan penduduk di lebih 5,000 buah pulau); Thailand (40 juta pengundi) dan India (750 juta pengundi).

Malaysia juga mempunyai infrastruktur komunikasi dan ICT yang baik dan canggih. Tempoh kempen yang panjang akan memerlukan bajet kempen yang besar yang merugikan semua pihak. Tempoh kempen panjang juga membebankan pihak polis yang perlu menjaga ketenteraman awam sepanjang tempoh parti-parti politik berkempen.

Selain itu, parti-parti politik di negara ini sebenarnya telah berkempen berterusan sepanjang tahun melalui ceramah dan cara-cara lain yang mereka lakukan di seluruh negara.

Undi pos

Mereka mendakwa pengundian pos tidak adil sedangkan mereka sedar bahawa dalam mana-mana pilihan raya baik PRU atau PRK, undi tentera atau undi polis juga berpihak kepada mereka.

Jika undi pos memihak kepada parti kerajaan maka itu pilihan pengundi. Mereka membuat andaian dan persepsi yang tidak dapat dibuktikan di mahkamah.

Ada pihak yang menuntut supaya sistem pengundian pos dimansuhkan, walhal mereka sedar bahawa pengundian pos adalah perlu kerana para anggota tentera perlu berada di dalam kem setiap masa kerana tidak sesuai jika mereka keluar dari kem untuk mengundi bersama pengundi-pengundi awam pada hari mengundi.

Begitu juga anggota polis yang perlu bertugas pada hari mengundi untuk menjaga keselamatan perjalanan pilihan raya, mengurus lalu lintas dan ketenteraman awam.

Media

Mereka juga mendakwa pilihan raya tidak adil kerana media dikatakan tidak bebas dan mereka tidak mendapat akses kepada media awam. Mereka perlu sedar bahawa semua pihak bebas berkempen sepanjang masa termasuk perbuatan menyebar fitnah dan tohmahan melalui akhbar-akhbar parti yang tersebar luas di sana sini.

Selain itu aktiviti berkempen dan perbuatan memanipulasikan isu yang berterusan dilakukan oleh portal media baru. Untuk makluman mereka, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan media supaya melakukan itu dan ini kerana media tidak di bawah kuasa SPR.

Hak pemilik media untuk memberi ruang atau liputan yang lebih kepada mana-mana pihak yang mereka sokong perlu dihormati. Bagi media awam, ia tertakluk kepada dasar di bawah kementerian kerajaan yang memerintah. Kementerian berkenaan yang menetapkan dasar pengurusan media awam.

Walaupun terdapat dakwaan mengatakan bahawa media arus perdana dilihat berpihak kepada parti kerajaan iaitu Barisan Nasional, parti-parti pembangkang masih mendapat ruang kebebasan media apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan permit yang diperuntukkan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, untuk mereka menghebahkan manifesto dan maklumat mereka menerusi akhbar parti masing-masing.

Di samping itu, parti pembangkang juga telah mendapat keuntungan daripada kemunculan arus media baru yang secara umumnya banyak mendukung ideologi dan pemikiran berpihak kepada mereka. Walau bagaimanapun, isu akses kepada media awam atau swasta dijangka isu yang akan berterusan dipersoalkan oleh parti-parti politik dan aktivis politik yang menentang parti kerajaan di negara ini.

DATUK WIRA WAN AHMAD WAN OMAR,

Timbalan Pengerusi SPR

Artikel siri 2.
Golongan tuduh tidak adil, sebenarnya telah menang pilihan raya
Wan Ahmad Wan Omar

SEBELUM Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan ini.

Selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.

Ini kerana sistem dan proses pilihan raya yang adil yang telah memberi kemenangan besar kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Agenda politik ‘kotor’ melalui penyebaran fitnah dan pembohongan telah menunjukkan hasil. Maka agenda yang sama perlu diulangi untuk menghadapi PRU yang akan datang.

PRU Ke-13 akan menjelma. Taktik dan strategi semasa menghadapi PRU Ke-12 dan beberapa PRK selepasnya akan berulang. SPR sekali lagi menjadi sasaran dan ‘punching-bag’ oleh pihak tertentu untuk meraih simpati rakyat dengan menggunakan isu pilihan raya tidak adil.

Seperti yang berlaku sebelum PRU Ke-12 apabila parti politik tertentu menyertai demonstrasi jalanan menuntut pilihan raya adil, mereka telah berjaya menaikkan kemarahan rakyat dan hasil perbuatan itu memberi kemenangan besar kepada mereka. Pada 9 Julai 2011 mereka sekali lagi mempergunakan strategi yang sama, iaitu menyertai demonstrasi jalanan menggunakan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan berjaya mendapat liputan media antarabangsa.

Terdapat parti-parti politik di negara ini yang ketandusan isu untuk memikat hati rakyat dalam menghadapi PRU akan datang. Cara lain yang digunakan adalah menyebar fitnah memburukkan kepimpinan SPR supaya rakyat benci dan simpati. SPR dijadikan ‘kambing hitam’ dalam memperjuangkan cita-cita mereka.

Parti-parti politik di mana jua akan melakukan apa sahaja untuk mencari kemenangan dalam pilihan raya. Tetapi yang ketara berlaku di negara ini adalah perbuatan fitnah dan pembohongan yang menjadi perkara wajib dalam usaha mencari sokongan. Tidak cukup dengan kecaman terhadap parti lawan, SPR turut dijadikan sasaran kecaman dan fitnah. Mereka membuat kesimpulan atas sesuatu isu yang berbangkit semata-mata berasaskan andaian dan tuduhan yang tidak terbukti di mahkamah.

Melalui ceramah dan tulisan, tanpa rasa berdosa SPR dikecam semata-mata kerana buruk-sangka terhadap badan ini. Kebencian rakyat terhadap SPR dan pilihan raya diharapkan menjadi undi simpati yang memihak kepada mereka dalam pilihan raya akan datang.

Pilihan raya demokratik

Pilihan raya demokratik memberi hak dan kebebasan kepada rakyat untuk bertanding sebagai calon dan hak mengundi dalam pilihan raya. Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak dan kebebasan tersebut. Sesiapa jua rakyat yang layak di bawah undang-undang boleh mendaftar sebagai pengundi dan bebas membuat pilihan.

Tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan, calon dan parti politik yang bertanding bebas menjalankan aktiviti kempen dan bertemu pengundi. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia di mana parti-parti politik berkempen sepanjang tahun, sama ada melalui ceramah, media dan sebagainya. Akhbar-akhbar milik parti bebas membuat laporan termasuk fitnah dan pembohongan serta mengedarnya di seluruh negara.

Pada hari pengundian, kenderaan parti-parti politik bebas mengangkut para pengundi dan bebas meraih undi walaupun undang-undang melarang berkempen pada hari mengundi. Di tempat mengundi, rakyat bebas membuat pilihan dan undi adalah rahsia, tiada siapa yang tahu. Selepas tamat pengundian, jam 5 petang, setiap kertas undi sah akan dikira dengan disaksikan oleh wakil calon-calon yang bertanding.

Calon yang mendapat undi terbanyak di isytihar menang dan menjadi wakil rakyat. Apa lagi yang mereka kata pilihan raya tidak bebas dan tidak adil? Adakah apabila menang semua kerusi baru mereka akan menganggap pilihan raya di negara ini bebas dan adil?.

Rakyat perlu sedar bahawa di negara ini golongan yang menuduh pilihan raya tidak adil terdiri daripada mereka yang telah menang dalam pilihan raya. Mungkinkah mereka menang jika pilihan raya dijalankan secara tidak bebas dan tidak adil?, atau jika proses pengundian atau pengiraan undi tidak dilakukan dengan telus dan bersih?

Pemimpin-pemimpin politik yang terlibat dalam demonstrasi jalanan pada 9 Julai 2011 kesemua mereka yang menjadi wakil-wakil rakyat melalui proses pilihan raya yang berlandaskan undang-undang yang adil dan saksama. Mereka telah menang dan menjadi wakil rakyat. Jikalau mereka kalah mungkin ada kebenarannya dakwaan yang pilihan raya tidak adil. Oleh kerana proses pilihan raya yang bebas dan adil, mereka telah berjaya mengisi kerusi-kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang bebas mengamalkan political dynasty di mana ahli keluarga boleh bertanding dan menang dalam pilihan raya jika dipilih rakyat. Ayah dan anak bertanding dan menang kerusi masing-masing. Kelantan telah 22 tahun diperintah oleh Pas berturut-turut tidak berjaya digugat oleh parti BN disebabkan pilihan raya yang adil. Pilihan raya di negara ini berasaskan undang-undang yang ditetapkan. Ada yang menang dan ada kalah, rakyat yang menentukannya. Apa lagi yang kotor dan tidak adil? Bersyukur sahaja kepada Allah SWT atas kejayaan itu.

Parti-parti politik tidak perlu menganggap SPR sebagai musuh dengan menabur fitnah dan kecaman yang tidak dapat dibuktikan. Dalam pilihan raya demokratik yang penting adalah proses pemilihannya bebas, telus dan adil. Siapa yang layak boleh bertanding dan calon yang dipilih rakyat akan menang dalam pertandingan. Parti yang mendapat jumlah kerusi majoriti akan menubuh kerajaan.

Pada 2003, saya menyertai kumpulan pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya di sebuah negara di Asia. Saya berpeluang bercakap dengan beberapa pemimpin politik pembangkang yang bertanding. Mereka mengadu amat sukar parti-parti mereka menang walau pun satu kerusi kerana kata mereka proses pilihan raya di negara itu tidak telus dan tidak adil.

Sepanjang pemantauan itu saya berkesempatan melihat sendiri kebenaran perkara-perkara yang diceritakan. Dakwaan mereka terbukti benar apabila semua calon mereka kalah, hanya beberapa kerusi sahaja yang dimenangi parti-parti kecil yang tidak ternama yang dianggap boneka kepada parti pemerintah. Di Malaysia, mereka yang memberitahu kepada media asing bahawa pilihan raya di negara ini tidak adil, kesemua mereka terdiri daripada golongan yang telah menang dan menikmati kehidupan sebagai wakil rakyat.

Permainan politik memerlukan kepintaran ahli-ahli dan parti-parti politik memainkan isu untuk mewujudkan persepsi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat. Di negara ini ada pihak-pihak yang pintar dalam bidang berkenaan. Mereka mengaburi mata rakyat dengan menuduh pilihan raya tidak adil, tidak telus dan kotor. Pelbagai alasan diberi apabila mereka kalah.

Mereka tidak dapat menerima kemenangan orang lain. SPR yang menjalankan pilihan raya secara adil dan saksama yang telah memberi kemenangan kepada mereka, turut menjadi sasaran kecaman dan fitnah. Fikir-fikirlah.

DATUK WAN AHMAD WAN OMAR,

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya

Pilihan Raya Malaysia (SPR)

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.