Oleh Subky Latif
GARA-gara Mark Duggan, 29 tahun terbunuh ditembak polis beberapa tempat di kota London terbakar dan berdepan dengan rusuhan.Rusuhan dan kebakaran juga merebatkan ke luar London seperti Liverpool, Bermingham, Bristol dan Manchester.
Tidak siapa suka dengan kejadian itu tetapi ialah reaksi setengah rakyat Britain yang marah atas tindakan polis.Apakah polis yang menembak mati Mark Duggan bertindak betul atau sebaliknya, itulah reaksi setengah dari rakyat Britain.
Umumnya polis Britain bertindak normal, tidaklah bersikap luar biasa seperti ssetengah negara belum membangunkan atau mana negara yang digelar negara polis. Dalam keadaan yang demikian, rakyat yang marah terhadap kejadian terhadap Mark Duggan itu bukan saja marahkan polis malah mereka membakar dan merosakkan bangunan awam dan melakukan berbagai jenayah.
Tidak dapat kita bayang kalau apa yang terjadi antara polis dan penyokong Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur itu berlaku di London? Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur, orang tertentu yang masuk ke Kuala Lumpur ditangkap, rakyat yang terkepung dalam sekatan dan kepungan polis ditempak dengan peluru gas dan meriam air.
Gara-gara tindakan polis ada orang yang dikejarkan ke hospital malah ada seorang yang mati dikatakan kerana bedilan senjata gas.
Kalau ini yang berlaku di England tidak mustahil seluruh England itu akan dibakar oleh rakyatnya.
Tetapi betapa marah sekali pun rakyat kerana kerajaan yang menindas dan betapa tidak seronoknya masyarakat te rhadap polis yang dibelenggu oleh kerajaan yang menindas itu, rakyat Malaysia tetap menunjukkan kesabarannya yang tinggi.
Sebenarnya dalam semua masa orang-orang yang marah kepada kerajaan dan polis yang rata-rata menyokong pembangkang, betapa marah sekali pun kepada kerajaan dan polis, mereka tidak akan buat atau galakkan seperti yang berlaku di London dan bebeapa kota utama lain selain dan London.
Di setengah negara pembangkang bertukar menjadi pemberontak hingga menyebabkan berlaku huruhara bahkan negara tidak dapat membangun dan melaksanakan rancangan kemajuan.
Pembangkang Malaysia tidak mahu jadi seperti itu dan kalau boleh tidak suka melihat ada kejadian itu di masa akan datang. Ia adalah disebabkan pembangkang percaya kepada demokrasi sekali yang berlaku adalah demokrasi tiga suku.
Ada kejadian polis memburu motokar yang dipandu oleh remaja belasan tahun. Kerana takut buruan polis itu remaja memecut motokarnya. Polis menembak motokarnya hingga mati remaja yang memandunya.
Rakyat marah akan kejadian itu. Tetapi atas tanggungjawab sebagai rakyat itu tinggi, mereka tidak beertindak seperti sestengah rakyat London dan Mencester, bertempur dengan polis dan membakar kedai dan bangunan awam. Mereka menyokong supaya polis yang terlibat dibawa ke mahkamah, dibicarakan dengan adil..
Jika dibaca sekatan dan gangguan polis terhadap pembangkang yang mengadakan ceramah, hingga kadang-kadang disebabkan ceramah tanpa permit, polis hantar pasukan pencegah suruhan dan macam-macam gangguan.
Tetapi pembangkang yang bertanggungjawab itu bersabar, menghentikan ceramah atau membatalkan atau melarikan ceramah ke tempat lain, tetapi dengan kesabaran itu ceramah tetap diadakan juga.
Sikap sabar dan kesedaran kepada tanggungjawab membangunkan negara dan mewujudkan keamanan, rakyat tidak hilang kesaran. Dengan sikap sabar inilah membantu negara mencapai kemajuan dan keamanan yang dikecapi sekarang.
Jangan fikir kemajuan dan keamanan itu atas kecekapan kerajaan saja. Kalau pembangkang hilang rasa tanggungjawab, mengambil langkah tidak bertanggungjawab seperti setengah orang putih England itu atau seperti pembangkang negara lain yang keras, jangan fikir Malaysia boleh capai yang dicapai sekarang.
Apa yang Bersih 2.0 buat adalah padangan dan sikap yang sama pendirian pembangkang. Mereka keluar ke jalan raya kerana perlembagaan demokrasi negara tidak melarangnya. Hanya demokrasi tiga suku yang mengiranya haram.
Apa juga reaksi polis mereka hadapi dengan sabar dan berakal. Dengan tindakan luar biasa polis hari itu, sekali pun rakyat dan Bersih marah tetapi mereka tidak menyeru rakyat bangun melayan polis dan kerajaan. Walau pun Kuala Lumpur di kepung tetapi Kuala Kangsar, Pekan, Johor Bahru dan lain-lain tidak dikepung. Kalau mereka geram mereka boleh buat macam yang dibuat di England itu.
Tetapi mereka bertanggungjawab, sabar dan berkal. Adakan juga demo tetapi mengakhirinya petang itu juga. Mereka turun dengan tangan kosong, balik pun dengan tangan kosong. Tetapi polis terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk membaiki kekurangannya
No comments:
Post a Comment