Malaysiakini melaporkan:
Macam yang aku tulis sebelum ni, mungkin dah sampai masa Ambiga diganti dengan orang lain untuk ketuai BERSIH 3.0 macam Ambiga ambilalih dari BERSIH dulu dan ditukar jadi BERSIH 2.0.
“Kita tak berunding (dengan) BERSIH, saya tak tau siapa BERSIH?”
Demikian jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz apabila diminta mengulas tuntutan gabungan NGO itu bagi mendapatkan dua laporan berhubung cadangan pembentukan jawatankuasa khas Parlimen untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini.Sambil membidas BERSIH 2.0, Nazri berkata mereka tidak mempunyai alasan untuk memberikan kata dua, termasuk menetapkan tempoh masa kepada kerajaan untuk membuat reformasi dalam sistem pilihan raya negara.“... Seperti saya katakan sebelum ini, kita akan adakan perbicaraan awam. Semasa perbicaraan, mereka seperti masyarakat lain - orang awam, mereka boleh datang dan memberikan pandangan,” katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.“Kita bukan sahaja tidak berunding dengan mereka, kita berunding dengan semua anggota masyarakat yang mempunyai sesuatu untuk disumbangkan. Kerana mereka bukannya istimewa, tiada sebab untuk mereka beri kata-dua kerana bukan bagi mereka memberitahu kita apa yang perlu dilakukan.” - Mkini.
Berlagak sungguh Nazri ni. Dia taktau ka kenyataan dia tu orang macam aku pun terasa, orang macam aku yang termasuk dari kalangan yang dikatakan lebih 50,000 yang berjaya sampai dan berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas.
Tu tak termasuk lagi tak berapa ribu pulak yang memang teringin nak pi tapi terkandas. Tak termasuk lagi yang mungkin berjuta yang turut sama sokong BERSIH 2.0 tapi tak berkesempatan nak turun 9 Julai dulu. Tambah-tambah lagi la yang kena tahan 9 Julai tu, lagi la depa sakit hati dengan kenyataan berlagak Nazri ni.
Orang yang berlagak macam Nazri ni patut kita 'ajar' dengan himpunan BERSIH 3.0 pulak. Biar dia sedar tara mana 'istimewanya' BERSIH ni.
Masalahnya, taktau la bila depa nak lancarkan BERSIH 3.0 tu. Kalau ikut pengerusi BERSIH 2.0, kita kena tunggu sekurang-kurangnya 3 bulan lagi. Macamana Ambiga ni boleh ber'khusnuz dzan' dengan 'Putrajaya' pun aku tak faham.
Apa gila kita nak tungguh sampai 3 bulan 'menanti buah yang tak gugur'. Patutnya kita pi goncang pokok tu ramai-ramai, baru la ada harapan buah tu gugur. Kalau jadi Ambiga nak gunakan saluran undang-undang lagi la mengarut.
Macam yang aku tulis sebelum ni, mungkin dah sampai masa Ambiga diganti dengan orang lain untuk ketuai BERSIH 3.0 macam Ambiga ambilalih dari BERSIH dulu dan ditukar jadi BERSIH 2.0.
No comments:
Post a Comment