Friday, August 19, 2011

Haram Mentega Golden Churn : JAKIM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu.

“Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri.

“Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang sudah menggunakan produk terbabit mengambil empat tindakan iaitu :
  1. Menukar bahan ramuan terbabit kepada bahan ramuan lain yang mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf.

  2. Mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

  3. Melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri.

  4. Mengemukakan bukti surat akuan samak daripada jabatan agama Islam negeri.
Bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan isu halal itu, Othman meminta pihak berkenaan merujuk kepada laman sesawang JAKIM di Sini atau di Sini dan jangan merujuk kepada sumber tidak rasmi seperti laman sesawang sosial.

Beliau berkata, untuk sebarang maklumat atau pertanyaan boleh terus diajukan dengan menghubungi Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200.

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.