Wednesday, March 9, 2011

Pemimpin PR wajib baca.. bahaya PRU berasingan !

Oleh salmanalbustaniy

"Rakyat Selangor mula melihat kebaikan kerajaan PR, begitulah di negeri-negeri PR yang lain. Pertambahan sokongan rakyat di Selangor insya Allah akan bertambah. Walaubagaimanapun, PR mesti melihat dan menjangkakan muslihat dan perancangan BN untuk tawan Selangor khususnya dalam PRU depan.

Cuba lihat baru-baru ini orang Sabah daftar mengundi di Shah Alam. Bukan seorang, tapi berbondong-bondong dengan perancangan rapi BN dan JPN.

Katakan seramai 5000 orang berjaya didaftarkan di Parlimen Shah Alam, dan parlimen-parlimen yang lain, dan Selangor buat PRU berasingan, maka sesudah mereka mengundi di Sabah dan Sarawak, mereka serang PR habis-habisan, maka merudumlah Selangor. Kalau dibuat serentak barangkali perancangan mereka banyak tergendala. Ini memang perancangan jahat BN.

Bukan setakat pengundi Sabah dan Sarawak akan jahanamkan PR bahkan mereka barangkali akan aturkan orang Johor, Melaka, Negri Sembilan, Perak, Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, akan datang sebagai pengundi hantu menyerang Selangor dan Penang serta Kedah. Manakala Kelantan barangkali sedikit sukar.

Siapa tidak kenal BN. Cuba diingat kembali PRU 2004, PAS tumbang di Terengganu tinggal 4 DUN sahaja, Parlimen Marang pun kecundang. Kenapa? “Grand design” oleh BN kata Dato Mustapa Ali. Terengganu mengalami pertambahan pengundi baru di luar jangkaan. Dan Kelantan juga hampir tumbang ke tangan BN, hanya 2 kerusi sahaja yang membezakan PAS dan UMNO, dan selepas itu bertahan dengan 1 kerusi. Alhamdulillah. Dato Husam Musa sendiri dalam analisis pilihanraya 2004 juga mengakui adanya grand design oleh BN untuk tumbangkan PAS di Kelantan dan telah berjaya di Terengganu. Kalau pilihanraya bersama pun BN boleh buat, apatah lagi kalau 4 negeri PR buat berasingan.

Dengan pengalaman lepas sepatutnya PR lebih berhati-hati. Walaupun di Selangor nampak kebaikan kerajaan PR, kebiasaannya perancangan kejahatan BN diatur dengan licik dan rapi demi merampas balik negeri terkaya itu. Bukankah Najib sendiri Pengerusi UMNO Selangor. Masih tidak kenalkah siapa Najib? Baru-baru ini Harakah ada membongkarkan pertambahan pengundi yang sangat ketara di Parlimen Pekan, kawasan Najib. Hampir 10000 lebih pengundi baru, kebanyakannya dari utara.

Sinar hari ini 8 Mac 2011 muka depan Tan Sri MB Selangor kata jangan berangan rampas Selangor! Itu satu cabaran kepada BN. Meluap ammarah BN dengan kata-kata MB. Mereka pasti dendam dan akan melipatgandakan kerja untuk tumbangkan PR di Selangor. Kenyataan tersebut walaupun pada pandangan Tan Sri untuk menunjukkan kekuatan PR, ia diambil sebagai satu cabaran oleh BN. Sudah pasti BN akan ajar PR dan TanSri. Najib sendiri mengeluarkan kata-katanya biar berkecai badan, Putra Jaya pasti akan dipertahankan! Makna tersiratnya juga boleh difahami biar berkecai badan, Selangor akan ku TUMBANGKAN!

Pimpinan PR perlu elakkan daripada mengeluarkan kata-kata bongkak dan angkuh. Alangkah baiknya kalau Tan Sri MB berkata : PR akan sedaya upaya pertahankan kerajaan di Selangor demi kebajikan rakyat. Lebih baik daripada jangan berangan nak rampas Selangor!

Suka saya menyorot kenyataan Presiden PAS dalam ruangan editor Harakah terkini yang berpesan supaya masyarakat perlu didekati dengan dakwah secara berhikmah, baik melalui tulisan mahupun ungkapan. Bagi pemerintah di negeri-negeri PR, pesanan itu perlu dipedulikan. Termasuk pemerintah Kelantan.

Masyarakat yang jauh daripada media bebas terutamanya di kawasan luar bandar dan Felda mereka perlu didekati dengan dakwah secara hikmah. Ungkapan tidak undi Islam adalah komunis, Jahiliyyah, dan undi PAS masuk syurga perlu dihentikan. Tiada gunanya PAS BARU sebagaimana saranan Dr. Mujahid Rawa sekiranya ada pemimpin PAS yang masih suka melabelkan komunis, jahiliyyah dan undi PAS masuk syurga. Sebab media BN pasti sepantas kilat akan memainkan isu tersebut dan sudah pasti orang Melayu yang pekat kebiruannya menyampah dengan PAS dan sukar agenda “PAS GANTI UMNO” akan tercapai. Menyebabkan orang Melayu luar bandar dan Felda semakin biru dengan kebiruannya dan ia menjadi nilai tambah kepada grand design ciptaan BN untuk tumbangkan PR khususnya di Selangor. Maaf, pinjam kata-kata pelawak Nabil : Lu pikirlah sendiri!"

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.