Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
Sokongan orang bukan Islam terhadap PAS kini semakin baik. Sekali pun Umno-BN menggunakan segala taktik untuk memburukkan PAS dimata golongan buakan Islam. Ikuti temubual Wartawan Khairul Azlam Mohamad bersama Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran.
Soalan (S): Dr Bala, setelah berada dalam Kelab Penyokong PAS yang sekarang dikenali Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Apa pendapat tuan?
Jawapan (J): DHPP ini ‘lahir’ setelah wujud Kelab Penyokong PAS dahulunya. Kita orang bukan Islam mula tertarik dengan PAS dan mahu berjuang bersama dengan PAS. Maka, kelab (DHPP) ini sebagai platform untuk orang bukan Islam bersama-sama dengan PAS. Dan PAS kini dilihat lebih moderit, tidak ekstrim dan terbuka untuk menerima kami.
S: Umno mempergunakan isu agama untuk menjauhkan orang bukan Islam dari PAS. Bagaimana Dr Bala melihat ini?
J: Pandangan kita orang bukan Islam, kita kena tengok dalam dua keadaan yang baik dan yang buruk. Bagi kita, Islam yang terbaik. Kita nampak Umno tidak ikut apa yang dikehendaki oleh Islam. Kezaliman tidak ada dalam Islam, rasuah tidak ada dalam Islam dan ‘penyangak’ tidak ada dalam Islam. Tetapi, itu semua ada pada Umno dan Barisan Nasional (BN). Sebab bagi kita, kita telah mula menghayati Islam dan mula mendekati Islam dan mula mempelajari Islam. Kita sudah tahu apa kebaikan Islam. Jadi kita nampak Umno sebaliknya. Sebab itu, sebelum ini semasa kita ‘jahil’ kata orang. Kita ingat PAS yang ‘ekstrimis’ dan Umno yang ‘moderit’. Tetapi sekarang, Umno pula yang sebenarnya ekstrimis dan PAS yang moderit itu isu dia sekarang. Sebab itu, bukan Islam India 20 peratus ada lagi yang masih fikiran mereka terkongkong duduk dalam Barisan Nasional (BN) dan 80 peratus lagi sudah mula boleh berfikir dan menilai Umno-BN. Mereka (India) tidak mahu kepada BN dan juga sedang menilai Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan Cina, mereka sedia membuat perubahan yang sama sekarang ini.
S: Bagaimana Dr Bala melihat usaha PAS untuk menggantikan Umno?
J: Kita menghayati dan kita hendak Islam dan hanya dengan satu cara untuk mendirikan Islam melalui PAS. Sebab itu, PAS kena ganti Umno. Umno tidak dapat memberi kita keadilan dan selama 54 tahun negara Malaysia merdeka kita telah tengok. Sebab dahulu kita tidak ada platform untuk menyuarakan tetapi sekarang kita telah ada Pakatan Rakyat, kita telah ada PAS di negeri Terengganu. Jadi, sudah tiba masa untuk kita betul-betul berubah. Kita bukan hendak dengar cakap orang sahaja tetapi kita pergi kepada Islam, kita rujuk kepada Islam. Kita tahu apa yang Umno lakukan itu sebenarnya memperlekehkan Islam. Jadi kita hendak PAS gantikan Umno, itu sahaja. Sebab kita tahu, jika Islam yang mentadbir negara kita ada keadilan (Islam) dan tidak perlu risau.
S: Orang bukan Islam sudah boleh menerima PAS dengan dasar Islamnya?
J: Umno akan guna segala taktik buat isu, jika Islam mari (perintah) ada hukum hududhlah, jika Islam memerintah akan laksanakan hudud. Bagi kita, hukum hudud itu pilihan kita. Jika kita jahat kenalah, biasalah itu. Orang yang takutkan hudud adalah orang Umno dan bukan orang yang bukan Islam. Dia (Umno) orang memang takutkan hukum hudud sebab dia orang ‘penyangak’ dan ‘perasuah’. Orang bukan Islam tidak perlu risau selagi ada Negara Berkebajikan yang boleh menjamin keselesaan dan membela rakyat. Apa yang dibimbangi sekarang ini, apabila orang bukan Islam telah mula menghayati Islam dan mula keluar dari ‘kejahilan’ mereka yang menyebabkan Umno sudah takut dan ‘gabra’ sekarang.
S: Jadi, benarlah Umno-BN sudah tidak relevan lagi kepada rakyat hari ini?
J: Ya, memang Umno-BN sudah hilang kredibelitinya, Umno sudah tidak relevan lagi kepada rakyat dan Umno memang sudah rosak. Dia macam ‘spring’ yang sepatutnya boleh tolak dan tarik tetapi ini (Umno) sudah jadi macam spring yang tidak berfungsi lagi. Dia (BN) kena digantikan dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Umno sudah melanggar semua perkara seperti undang-undang, badan kehakiman dan sebagainya. Dia ingat Malaysia ini hak dia dan dia akan halang siapa yang hendak ‘rampas’. Demokrasi ini hak rakyat dan bukan hak Umno. Jika rakyat pilih Pakatan, terserah sahajalah.
S: Pendapat Dr Bala terhadap Umno-BN?
J: Kita nampak sekarang lebih baik Umno undur secara hormat sahajalah. Umno bukan hendak menyelesaikan masalah negara tetapi mengkucar-kacirkan rakyat. Saya sarankan kita semua rakyat yang berjiwa merdeka supaya tidak dengar apa yang Umno-BN ‘cakap’. Mereka hanya cakap ‘gula-gula’ untuk pancing undi sahaja dan yang paling penting dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, kita tukarkan sahaja. Kita seluruh rakyat pakat ganti dengan Pas dan Pakatan Rakyat untuk selamatkan negara Malaysia.
S: Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib beri amaran negara ini akan ‘bankrap’ jika Pakatan Rakyat memerintah. Pendapat Dr Bala?
J: Kita hendak tanya Najib (PM) selama 52 tahun Umno-BN perintah apa yang dia buat kepada negara., hutang meningkat, dana untuk kroni dan banyak rasuah serta penyelewengan berlaku di kalangan pemimpin kerajaan. Jika RM19 bilion itu, negara akan muflis, BN telah buat rakyat muflis sudah lama dan akan terus muflis jika Umno-BN terus memerintah negara ini. Minyak naik, barang naik sekarang ini kerana kita tanggung muflis dia (BN). Dia ingat semua rakyat Malaysia ‘bodoh’ dan boleh dipergunakan. Mana ada negara muflis yang kerajaannya tolong rakyat. Sebab itu, saya merayu supaya rakyat dapat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah untuk membetulkan keadaan negara. Sebab, jika Pakatan Rakyat memerintah banyak perubahan akan berlaku. Sekarang pemimpin Umno-BN tutup semua kepincangan yang berlaku itu.
Selagi BN memerintah, kita lihat menang sorak kampung tergadai di bawah BN.
S: Pendekatan kelab atau DHPP sekarang?
J: Strategi Kelab Penyokong (DHPP) kita tidak mahu dengar apa yang Umno cakap, apa yang BN cakap. Kita mahu undi Pakatan Rakyat sahaja. Kita tidak mahu buang banyak masa dan tumpukan kepada kerja menjatuhkan BN. Tiba masa mengundi, kita undi Pakatan sahaja…habis cerita. Sebab, jika kita dengar apa yang Umno-BN cakap. Kita rasa ‘muak’ dan bosan. Tidak habis-habis dengan tipu, tipu, tipu sahaja. Rakyat sudah bosan sakarang. Kita kena beri Pakatan Rakyat kuasa dahulu baru boleh tengok dia boleh buat atau tidak boleh buat. Jika kita tidak beri, macam mana kita hendak tahu. BN tidak akan berubah dan belajar dari kesilapannya. Kepada semua rakyat Malaysia yang kasihkan negara dan inginkan melihat negara naik di mata dunia kita perlu berubah. Rakyat terpengaruh kerana mainan media dan tv. Orang Umno sebenarnya, buta huruf dan tidak boleh melihat serta menilai kebaikan dan keburukan partinya. Kita kena tengok berita di kedua belah pihak. Seolah-olah jika tidak ada Umno, Melayu akan pupus. Itu tidak betul.
S: Kesimpulannya, apa yang Dr Bala lihat pada politik Umno-BN sekarang ini?
J: Orang yang bercakap tentang Islam mesti menghayati Islam terlebih dahulu. Jika dia tidak menghayati Islam, dia tidak tahu pasal Islam. Jahil, orang yang jahil tidak tahu tentang Islam. Apa masalahnya dengan Negara Islam? Beritahu saya. Jika kita betul-betul ikuti perundangan Islam tidak ada masalah. Apa yang jadi masalah kepada Umno itu, dia lawan Islam. Melayu itu bangsa dan Islam itu agama.

Agama (Islam) itu untuk semua bangsa. Saya cabar Umno sila tunjukkan kepada saya mana ada perkataan Melayu dalam al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut “Wahai, orang Melayu” tetapi disebut “Wahai orang yang beriman”. Orang Umno sebenarnya yang banyak perlekehkan agama Islam dan minta dia belajar lagi al-Quran itu. Sebab itu, Umno tidak dihormati kerana memperlekehkan Islam. PAS dihormati kerana tidak memperlekehkan Islam dan berjuang Islam. Bagi saya, agama Islam yang berpandukan al-Quran itu yang betul. Jika saya hendak tahu tentang Islam kena pergi kepada al-Quran dan bukan kepada Umno atau sesiapa. Bagi saya sebagai orang bukan Islam, saya lebih rela duduk di bawah undang-undang Islam daripada di bawah kerajaan Umno-BN sekarang. Sebab, kezaliman yang dilakukan oleh Umno itu 200 kali ganda lebih teruk dari yang diperkatakan itu.
http://warta-utara.blogspot.com
No comments:
Post a Comment