Wednesday, March 9, 2011

Parlimen tanpa kelibat Anwar angkara APCO lebih berkuasa!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Sejak tahun 1999-hingga 2008, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjengah masuk ke Dewan Rakyat untuk bersidang, setelah dipecat dan diaibkan oleh kerajaan Tun Dr Mahathir Mohammad ketika itu.

Meskipun dibebaskan oleh kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004, namun eddah politik yang dikenakan ke atas Anwar tidak memberi kesempatan kepadanya untuk bergerak di Parlimen seperti semasa duduk dalam Umno dan menjadi Timbalan Presiden Umno.

Namun, pada tahun 2008, selepas tsunami besar berlaku dalam politik negara ketika itu, Anwar kembali ke persadanya, malah pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang diadakan setelah isterinya, Dato' Seri Dr wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi tersebut membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara.

Bermulalah semula kerjaya politik Anwar yang ditulang belakangkan dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang selaku pemain utama gabungan tersebut.

Beberapa pilihan raya kecil memberikan gambaran, Pakatan Rakyat mampu untuk menawan Putrajaya, dan tanggal 16 September 2009 hampir menjadi sebuah tarikh keramat kepada Pakatan Rakyat membentu kerajaan, namun digagalkan oleh usaha BN menyekat beberapa ahli Parlimennya untuk berhijrah.

Sejak itu pula, dunia politik Anwar dihujani dengan dugaan yang sangat besar, malah beberapa orang kanannya mula menyeberang masuk semula menyertai parti lama, Umno-BN.

Antaranya, Ezam Mohd Noor (bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK); beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Perak, termasuk Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu yang menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Malah kemasukan sementara Adun Bota, Dato' Nasharudin Hashim ke dalam KeADILan tidak membawa kesan, dengan Nasharudin kembali semula kepada Umno beberap hari selepas menyertai perjuangan Anwar.

Sejak itu bermulakan era suram politik Anwar, meskipun usaha Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat masih berjaya dengan beberapa pilihan raya kecil selepas itu banyak dimenangi gabungan itu.

Namun pada September 2010, percubaan Anwar mendedahkan kerjasama jahat antara kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dengan sebuah firma perunding berkaitan Israel, Apco Worldwide akhirnya menyebabkan beliau terpelanting dari Dewan Rakyat.

Beliau dan tiga lagi ahli Parlimen, iaitu ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, semuanya digantung tanpa sebarang perbahasan.

Ianya menyebabkan, sidang Dewan Rakyat di Parlimen sessi ke empat yang bermula 7 Mac lalu tanpa kelibat Ketua Pembangkang itu yang digantung enam bulan tanpa dibenar membela diri.

Ketua Umum KEADILAN itu digantung selepas membuat pendedahan berkaitan peranan Apco Worldwide dan kaitannya serta persamaan slogan Satu Malaysia dan One Israel.

Sidang Dewan Rakyat Penggal Ke-4 dirasmikan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Baru-baru ini, Anwar pada satu ceramah pilihan raya kecil di Merlimau, mendedahkan dokumen perjanjian antara Apco dan kerajaan Israel pada 1991.

One Israel diperkenal pada 1999 ketika Israel diterajui Ehud Barrack manakala Satu Malaysia diperkenal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 2009.

Antara persamaan ketara kedua-dua slogan itu ialah One Israel membawa tema People First manakala Satu Malaysia (Rakyat Didahulukan), selain mengadakan klinik percuma kepada rakyat Israel manakakala Malaysia memperkenal klinik Satu Malaysia.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM77 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

Sumber Klik

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.