Wednesday, March 23, 2011

Kenali Dato T dahulu, baru ambil kesimpulan

Oleh Aspan Alias

Saya diminta oleh beberapa orang pembaca saya melalui e-mail dan komen di dalam blog saya tentang isu video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim. Sebenarnya saya tidak berapa berminat untuk menulis tentang isu ini tetapi oleh kerana ada yang meminta saya mengomennya saya tulislah sedikit apa yang ada di dalam fikiran saya ini.

Yang meragukan ialah, benarkah ‘pelakon’ di dalam video itu Anwar kerana bak kata Anwar di dalam ‘press conference’ beliau yang perut pelakun itu buncit dan tidak seperti perut Anwar. Akhirnya jika dilakukan penyiasatan yang betul manusia yang dikatakan pelakon itu akan dapat diketahui umum juga.

Tetapi kemushkilan yang sangat besar ialah siapa kah dia ‘Dato T’ ini? Kenapa Dato T tidak tampil kehadapan dan menunjukan identity beliau? Jika orang umum hendak menjadi pengadil kepada isu ini, Dato T mesti terlebih dahulu zahirkan dirinya di khalayak ramai. Orang ramai mesti hendak tahu siapa Dato T ini. Setelah mengenali siapa Dato T ini barulah orang ramai boleh mengolah isu ini samada isu ini di lakukan oleh Dato T ini adalah bermotifkan politik.

Kita tidak boleh membuat kesimpulan yang pelakun itu ialah Anwar sedangkan kita tidak tahu siapa Dato T ini. Hanya orang politik yang tidak ‘center’ pemikiran sahaja yang terus mempercayai yang pelakon itu adalah Anwar Ibrahim.

Buat masa sekarang pihak yang berwajib patut menyiasat siapa ini Dato T dahulu. Setelah tahu siapa Dato T barulah kita buka mahkamah awam dan kita lakukan perbahasan dengan cara terbuka.

Dalam keadaan politik sekarang timbulnya video lucah ini tidak mustahil dilakukan oleh pihak-pihak yang sedang mengalami ‘political desperation’ yang ingin mengambil kesempatan di dalam keadaan dan situasi politik yang gawat.

Di negara ini bukan kita tidak pernah menyaksikan bagaimana pemimpin yang naik sampai ke kemuncak kerana pandai mengambil kesempatan dari keadaan krisis yang besar.

Dalam isu ini kita mesti tahu siapa Dato T dahulu. Selagi identity Dato T tidak dapat dipastikan isu ini mungkin menjadi isu ‘counter-productive’ kepada pemimpin-pemimpin dan parti yang memusuhi Anwar.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.