Thursday, March 24, 2011

JPJ tiada hak sekat perbaharui cukai jalan

TINDAKAN saman ekor dikenakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pemilik kenderaan dan menyenarai hitam mereka bagi menghalang memperbaharui cukai jalan mendorong penubuhan Jawatan Kuasa Kempen Anti Saman Ekor yang dipengerusikan Dato' Mahfuz Omar. Wartawan

NYZA AYOB mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kempen dan tindakan Kase dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai hak dan tindakan mereka apabila berhadapan dengan situasi ini.

Kerajaan mengumumkan selepas 10 Mac 2011, pemilik kenderaan yang gagal membayar saman ekor akan disenarai hitam dan tindakan ini menghalang mereka memperbaharui cukai jalan. Kase pula seru mereka jangan bayar saman. Apa sebenarnya Dato'?

DATO' MAHFUZ OMAR: Kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamudin Husin kepada rakyat yang tidak berpuas hati dengan saman ekor yang diterima, mereka boleh membuat laporan kepada pihak polis.

Tetapi, bagi saya kenapa kita hendak susahkan rakyat? Ini bermakna beban hendak membuktikan kita tidak bersalah terkena pada diri kita. Sepatutnya kerajaan tidak boleh menyusahkan rakyat yang terpaksa ke Pejabat JPJ semata-mata untuk membuktikan diri tidak bersalah.

Walaupun rakyat mengadu tidak melakukan kesalahan tersebut, kerajaan tidak sepatutnya menyenarai hitam. Kerajaan tidak ada hak menyenarai hitam sama ada rakyat buat laporan atau tidak.

Ini menunjukkan kerajaan enggan mematuhi keputusan yang telah dibuat mahkamah. Ini memalukan negara kita kerana ia memberikan gambaran kerajaan Malaysia tidak menghormati undang-undang perlembagaan sekaligus tidak menghormati mahkamah.

Apa isu sebenarnya Dato'?

Kase melihat perkara pokok ini walaupun sering berulang-ulang. Kerajaan tetap kena akur dengan keputusan mahkamah. Itu sahaja yang kita minta. Kita tidak pernah melarang polis, JPJ atau mana-mana PBT hendak melakukan saman trafik ini termasuk apa yang dikenali sebagai saman ekor ini. Kewujudan undang-undang itu walaupun ada undang-undang yang perlu dikemas kini, kita akui undang-undang mesti ada kepada setiap pengguna jalan raya.

Kita tidak mahu pengguna jalan raya menggunakannya tanpa undang-undang. Itu merupakan satu perkara yang tidak wajar. Apa yang penting ialah apabila kerajaan hendak melaksanakan undang-undang, kerajaan hendaklah ikut undang-undang.

Termasuklah ia perlu diikuti polis dan JPJ. Ia tidak boleh menguatkuasa undang-undang tanpa mematuhi undang-undang. Bukan hanya orang ramai yang menggunakan undang-undang, orang yang melaksana undang-undang juga kena mematuhi undang-undang.

Jadi Kase menyeru semua rakyat agar mengetahui hak mereka dan mesti ada keberanian.

Sehingga kini pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor masih diselubungi kebimbangan akan disenarai hitam dan tidak dapat memperbaharui cukai jalan... Sebab itu saya nasihatkan pengguna jalan raya, mereka jangan susah hati untuk berhadapan dengan isu senarai hitam ini. Mereka perlu memastikan mereka mengambil insurans. Kemudian mereka pergi ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan atau lesen memandu. Kalau JPJ tidak mahu memperbaharui cukai jalan atau lesen mereka, ikut panduan yang diberikan Kase seperti contoh surat yang ada dalam Facebook Kase iaitu surat itu menghendaki kita menghantar kepada JPJ tempat dimana kita hendak memperbaharui cukai jalan. Beri laporan bertulis kenapa JPJ tidak memperbaharui cukai jalan kita.

Jadi, setelah kita membuat laporan tersebut, bermakna pemilik boleh terus menggunakan kenderaan mereka tanpa ada kebimbangan sekiranya dikenakan saman oleh polis?

Mengikut undang-undang dalam tempoh 14 hari, Pengarah JPJ itu harus memberikan jawapan bertulis sebab musabab kenapa JPJ tidak memperbaharui cukai jalan kita. Jawapan bertulis itu yang kita harus pegang untuk kita terus menggunakan kenderaan kita. Apabila kita menghadapi sekatan jalan raya oleh polis dan polis mendapati kenderaan kita tidak mempunyai cukai jalan, kita boleh bagi tahu mereka bahawa kita hendak memperbaharui cukai jalan tetapi JPJ tidak mahu terima.

Jika polis mengatakan kita tetap bersalah? Macam mana?

Pada waktu itu polis bukan lagi bagi notis tetapi akan bagi satu surat saman minta kita hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan. Itulah yang kita kehendaki supaya kita dapat hadir ke mahkamah untuk memberitahu bahawa kita telah bersedia untuk memperbaharui cukai jalan tetapi polis atau JPJ tidak mahu memperbaharuinya.

Jadi kita hendak rujuk ke mahkamah kes tersebut. Keputusan mahkamah itu telah pun ada iaitu Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan perbuatan JPJ menghalang orang memperbaharui cukai jalan adalah salah.

Itu yang kita minta, bukan kita saman mereka tapi polis saman kita ke mahkamah bagi membolehkan kita memberitahu kita hendak memperbaharui cukai jalan tapi JPJ tidak mahu terima.

Rakyat tertanya-tertanya apakah salah satu faedah yang mereka perolehi dengan penubuhan Kase ini. Ada khidmat peguam disediakan kepada mereka?

Secara umumnya Kase tidak menawarkan peguam kerana kita tidak mampu disebabkan kos yang agak tinggi. Tetapi pengguna memang boleh mengambil peguam apabila dia disaman polis kerana bawa kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan.

Mereka boleh mengambil peguam untuk membelanya beserta alasan-alasan yang saya sebutkan tadi iaitu peguam dan mahkamah mesti merujuk kepada keputusan mahkamah tinggi yang tidak pernah dibatalkan sehingga hari ini.

Selain penjelasan di Facebook, apakah tindakan Kase seterusnya bagi memberi maklumat kepada rakyat apabila mereka berhadapan dengan kes saman ekor ini?

Kase sedang mempergiatkan kempen di seluruh negara dan akan mewujudkan Jawatan Kuasa Kase di peringkat negeri serta wakil Kase di peringkat kawasan Parlimen.

Sekarang kita telah tubuhkan di Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Johor. Seterusnya kita akan tubuhkan Kase di Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Ia bagi memudahkan masyarakat mendapat maklumat serta bagi membolehkan Kase mendapat maklum balas masalah yang dihadapi rakyat.

Kita dapati selepas kita mengumumkan, jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 nanti, kita akan lupuskan semua lebih kurang 17 juta notis lama, keahlian Facebook Kase meningkat.

Selain itu panel undang-undang Kase akan meneliti apakah kita mempunyai ruang untuk memohon kepada Mahakamah Persekutuan untuk satu perintah dikeluarkan kepada JPJ untuk JPJ akur kepada keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuching iaitu JPJ tidak boleh menyenarai hitam pengguna kenderaan dan pengguna yang mempunyai kes saman ekor ini boleh memperbaharui cukai jalan. Kase juga akan melancarkan pada awal Jun ini sempena Muktamar PAS ini satu kempen 'Satu Saman

Ekor, Satu Undi Protes Untuk BN'. Ia juga bagi memudahkan semua perwakilan menyampaikan maklumat serta menyampaikan kepada orang ramai di kawasan masing-masing. Itu perancangan yang sedang diteliti kita semua.

JPJ akan menggunakan pemasangan kamera sebagai sistem undang-undang baru. Apakah pemasangan kamera ini relevan bagi mengesan kesalahan pemandu kenderaan?

Tindakan pemasangan kamera merupakan proses undang-undang baru iaitu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ini yang akan dilaksanakan mengikut akta baru. Ini merupakan satu percanggahan. Apabila saya kemukakan soalan ini di parlimen pada penggal yang lalu, yang akan menanggung semua kos bagi melaksanakan sistem ini ialah dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Commercial Circle (M) Sdn. Bhd.

Kedua-dua syarikat inilah yang akan memasang kamera di lokasi-lokasi tertentu. Persoalan yang saya kemukakan ialah berdasarkan kenyataan yang telah dibuat Ketua Pengarah JPJ, JPJ telah pun membeli kamera ini.

Sebab itu jawapan bertulis yang saya terima ialah permohonan kamera pengesan lalulintas adalah berdasarkan jumlah 831 lokasi dan sebanyak 566 lokasi bagi pemasangan kamera bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju, 265 untuk lampu isyarat dan dan 250 kamera mudah alih akan dipasang dalam kenderaan JPJ untuk tujuan penguat kuasaan secara rondaan. Ini menunjukkan JPJ telah beli kamera sedangkan JPJ kata syarikat tersebut yang akan kendali.

Ada percanggahan fakta?

Jadi bagaimana dengan kamera tersebut. Jika syarikat tersebut yang pasang kamera, bagaimana dengan kamera yang telah dibeli JPJ? Adakah kita akan mengalami satu lagi kerugian yang melibatkan wang rakyat? Atau adakah kamera ini akan diserahkan kepada dua syarikat tersebut dan syarikat tersebut akan membayar balik kos yang dikeluarkan JPJ?

Jadi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ini masih dipersoalkan?

Ya. Saya pernah menyebut sebelum ini di Dewan Rakyat sebagai contoh pelaksanaan sistem ini di Arizona sangat dipersoalkan. Akibat keputusan mahkamah yang mempertikaikan sistem ini seperti gambar yang tidak jelas, pelaksanaan di Arizona itu dihentikan sehingga sekarang. Bagi saya apa yang jelas daripada pelaksanaan sistem ini, syarikat kroni yang akan mendapat keuntungan.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.