Wednesday, March 16, 2011

Ikhwan teroris? Persepsi siapa?

Pencacai Islamophobia sering mempopularkan slogan bahawa "tidak semua muslim adalah pengganas, tetapi (hampir) semua pengganas adalah Muslim." Sesungguhnya idea ini sangat dangkal dan tidak faktual.

Dalam catatan rasmi FBI menunjukkan bahawa hanya 6% daripada serangan pengganas di kawasan-kawasan AS antara 1980-2005 dilakukan oleh pelampau Islam. Bakinya 94% berasal dari kumpulan-kumpulan lain (42% dari Latin, 24% dari kumpulan sayap kiri ekstrim, 7% dari pelampau Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% daripada pelbagai kumpulan lain).

Data yang dikumpul oleh Europol lebih meyakinkan bahawa terpesongnya fakta pejuang Islamophobia. Europol menerbitkan laporan tahunan berkenaan keganasan di negara-negara Kesatuan Eropah dan Laporan Trend. Pada website rasmi mereka, kita boleh mengakses laporan pada 2007, 2008, dan 2009.

Hasilnya jelas, dan tegas membuktikan bahawa tidak semua pengganas adalah Muslim. Bahkan, 99.6% dari serangan pengganas di Eropah dilakukan oleh kumpulan-kumpulan non-Muslim dan 84.8% berasal dari kumpulan pemisah yang sama sekali tidak berkaitan dengan Islam.

Ertinya, hanya terdapat kes-kes tertentu sahaja yang melibatkan Muslim, itupun kerana alasan tertentu misalnya kerana penindasan, dan jumlahnya hanya 0,4%.

Jadi bagaimana mungkin, seorang Muslim atau sebuah organisasi Muslim yang terkenal dengan sifat moderatnya begitu mudah boleh dikaitkan dengan pengganas? Setujukah jika penulis katakan ini semua adalah mainan Barat untuk merosakkan nama baik agama dan umat Islam.

Kesimpulannya, amat elok dan cantik sekali, jika pemimpin Islam menyeru supaya pemimpin dan umat Barat lah yang sepatutnya membetulkan persepsi mereka terhadap agama Islam dan umat Islam. BUKAN agama atau umat Islam yang perlu memperbetulkan persepsi mereka pada kaca mata Barat supaya tidak dituduh teroris.

Isunya bukan yang kena tuduh, tetapi yang menuduh. Yang menuduhlah yang membentuk persepsi. Bukan gitu?

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.