Saturday, January 22, 2011

Tenang lapangan terbaik debat isu Felda - Mazlan

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang adalah lapangan terbaik bagi Ketua Penerangan Umno. Dato' Ahmad Maslan menyahut cabaran debat dalam isu dakwaan penyelewengan Felda.

Demikian tegas Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepada Harakahbaru ini .Mazlan berkata, beliau mahu terus menyuarakan cabaran kepada Ahmad MAslan yang sebelum ini enggan melayan cabaran Pengerusi Anak itu berdebat dalam isu-isu membabitkan penyelewengan Felda.

'Saya ada mendengar maklumat yang Ahmad Maslan banyak mengeluarkan kenyataan kepada peneroka yang mengelirukan tentang pertikaian Anak, sedangkan Ahmad MAslan sendiri sebelum ini tidak mahu menyahut cabaran saya berdebat,

"Sekali lagi saya ajak Ahmad Maslan, jadikan pentas pilihan raya kecil di Tenang ini sebagai pentas bersemuka dengan saya untuk kita debatkan secara ilmiah isu-isu membabitkan Felda," katanya.

Beliau tidak mahu Ahmad MAslan hanya pandai memutarbelitkan fakta di hadapan peneroka dan membayangkan Anak sebagai pertubuhan yang mengganggu perjalanan Felda.

Sedangkan kata Mazlan, apa yang diperjuangkan Anak adalah isu-isu membabitkan hak peneroka Felda dan generasi yang akan datang.

Bercakap mengenai sokongan peneroka Felda dan orang asli terhadap Pakatan Rakyat di Dun Tenang, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat berkata, selepas beberapa kali mengadakan ceramah di Felda, sambutan amat menggalakkan.

Pihaknya juga berusaha keras bagi menumpukan sokongan masyarakat kawasan Felda dengan memberikan penerangan dan isu-isu yang dekat dengan masyarakat berkenaan.

Antaranya isu wang caruman penanaman semula, isu tanah generasi kedua Felda dan beberapa isu setempat yang membabitkan peneroka, katanya.

Namun pihaknya telah mengenalpasti masalah utama yang membelenggu peneroka Felda di Tenang antaranya penyelewengan yang berlaku di tanah rancangan itu seperti Kadar Perahan Gred (KPG) tanaman sawit dan Kadar Getah Kering (KGK).

Selain itu isu yang dihadapi peneroka Felda adalah soal pembuangan tandan-tandan muda kelapa sawit yang mengurangkan pendapatan peneroka, isu dana tanam semula seperti yang diperjuangkan di Felda-Felda seluruh negara, katanya.

Terdapat tiga kawasan Felda dalam Dun Tenang iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempalak Barat serta beberapa buah perkampungan orang asli.

PRK Dun Tenang akan bermula 22 Januari ini dengan penamaan calon, sementara 30 Januari sebagai tarikh pembuangan undi.

PAS menawarkan calon wanita, Normala Sudirman mewakili parti itu di Tenang, sementara Umno-BN juga dijangka akan menurunkan calon wanita yang bakal diumumkan 19 Januari ini.

Untuk pengetahun, Dun Tenang terletak di dalam Parlimen Labis berdekatan dengan Segamat.

Mengikut rekod, jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59 peratus daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24 peratus Cina dan 12.07 peratus India.

Dalam dua pilihan raya umum yang lalu (2004 dan 2008), Dun Tenang menyaksikan pertembungan antara dua calon yang sama iaitu calon BN, Allahyarham Dato' Sulaiman Taha dan calon PAS, Mohd Saim Siran.

Keputusan dua PRU yang lalu menyaksikan yang terakhir PAS berjaya menaikkan sokongan rakyat di kawasan berkenaan dimana Saim berjaya menyusutkan majoriti besar Sulaiman Taha dari lebih 4000 pada PRU-11 kepada 2,492 undi.

Dari sudut komposisinya, Dun berkenaan mempunyai 13 buah daerah mengundi iaitu Kampung Redong,Pekan Ayer Panas,Ladang Labis Utara,Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah,Labis,Felda Tenang,Sawah Bahru,Tenang Station,Ladang Bukit Dato,Chemplak Barat dan Chemplak.

Penduduk kawasan Tenang terdiri daripada peneroka,pekerja ladang,pekebun dan peniaga.Untuk rekod,terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan FELDA di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.

Kawasan majoriti pengundi Cina pula terletak di kawasan peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis,di mana rata-rata mereka adalah peniaga dan pekebun.Pengundi India pula kebanyakannya terletak di kawasan ladang seperti Ladang Bukit Dato dan Ladang Labis Utara.

Dengan komposisi Melayu, Cina dan India yang tidak jauh peratusannya, apa juga keputusan dalam PRK nanti bakal memberikan gambaran awal terhadap kecenderungan pengundi dalam PRU-13.

Apakah sokongan kaum Cina kepada PAS yang dikatakan semakin meningkat sejak 2008 akan dapat berterusan, dan apakah sokongan Melayu kepada Umno masih boleh diharapkan, Tenang boleh dijadikan 'test ground' kepada dua parti besar dalam negara ini.

Dalam PRU-12, 'tsunami politik' yang melanda negara turut melanda Parlimen Labis dimana calon MCA, Chua Tee Young yang juga anak kepada Presiden MCA, Chua Soi Lek hanya mampu mendapat majoriti sebanyak 4094 undi berbanding 10 729 undi pada tahun 2004.

Maklumat dalam statistik pergerakan undi menyaksikan, MCA mengalami penyusutan undi majoritinya sebanyak 44.76 peratus.

Apa yang pasti dalam PRU-12 calon PAS mampu memperoleh undi sehingga 50 hingga 67 peratus,sementara di kawasan India pula hampir 50 peratus undi di kawasan Ladang Labis Utara.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.