Tuesday, January 25, 2011

Mahathir semakin meracau, lupa PAS telah lama tampil calon wanita

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Tiba tiba sahaja, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperlekeh PAS kononnya lupa janji dengan meletakkan calon wanita bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada 30 Januari ini.

Bercakap kepada pemberita dalam satu majlis di Alor Gajah 19 Januari lalu, Mahathir menyatakan PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai memandangkan PAS berkawan dengan bukan Islam malah memilih wanita selaku calon.

Episod Mahathir 'meracau' dengan kenyataan yang sedemikian bukan pertama kali, pada tahun 2001, Mahathir pernah menyatakan bahawa 'jika tiada Nabi Muhammad s.a.w sekalipun, ada orang lain yang akan bawa Islam'.

Kali ini, Mahathir meracau lagi walaupun ketika era pemerintahannya lagi, PAS telah menampilkan calon wanita, malah era tahun 1960, PAS pernah diwakili oleh calon wanita di Terengganu dengan Khadijah Sidek sebagai calon.

Seperti kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang keputusan menampilkan calon wanita dibuat setelah PAS Pusat meneliti dan mengkaji pandangan PAS Johor mengenai keperluan calon wanita dan faktor sokongan

Telahan Ustaz Hadi mudah, ia sebagai satu keperluan bagi negeri Johor dan beliau melihat pandangan perlu suara di Dewan Rakyat dan Dun.

Normala Sudirman, 38, dipilih sebagai calon mewakili PAS untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini menentang calon BN, Azhar Ibrahim.

Bagi PAS, pemilihan Normala sebagai calon kerana yakin dengan kemampuan bekas guru itu untuk berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut selain kesungguhan yang ditunjukkan untuk berkhidmat kepada parti.

Pemilihan Normala seperti kata Uztaz Hadi disandarkan kepada hujah "Apabila Nabi Muhammad s.a.w mengajak pemimpin-pemimpin Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah untuk mengadakan bai'ah janji setia bagi menguatkan sebuah pemerintahan yang adil, di antara yang diminta melafazkan janji setia ialah dua orang wanita.

Malah dalam al-Quran sendiri ada menyebut hak wanita untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

Dalam sejarahnya OAS pernah menampilak ahli Parlimen yang pertama selepas merdeka pada tahun 1960 dan berjaya memenangkan calon ketua muslimat, Khatijah Sidek.

Apapun, kenyataan Mahathir kali ini seperti kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub benar-benar menampakkan 'Umno cemas' dengan keputusan PAS memilih calon wanita.

Pilihan Raya Kecil Dun Tenang merupakan pilihan raya kecil yang ke-14 diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang menyaksikan pelbagai episod kalah menang parti memerintah mahupun pembangkang.

Negara bakal menyaksikan lagi pertarungan sengit antara PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, dan Umno yang mewakili Barisan Nasional dan selaku penyandang Dun Tenang sejak dahulu lagi.

Johor merupakan kubu kuat Umno/BN, namun pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya menempa sejarah menang di dua kerusi iaitu di Dun Maharani dan Sungai Abong.

Meskipun sebelum ini Johor dikatakan aset tetap Umno/BN, namun PRU-12 yang lalu membuktikan Johor bukanlah sebuah negeri yang mampu dipertahan Umno dari dimasuki pembangkang.

Setakat ini pilihan raya kecil terakhir di Johor adalah hampir 21 tahun yang lalu di Dun Tambatan dalam Parlimen Pulai pada 5 Ogos 1989 berikutan kematian Adun kawasan tersebut, Allahyarham Mahmood Daud.

Untuk pengetahun, Dun Tenang terletak di dalam Parlimen Labis berdekatan dengan Segamat.

Mengikut rekod, jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59 peratus daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24 peratus Cina dan 12.07 peratus India.

Dalam dua pilihan raya umum yang lalu (2004 dan 2008), Dun Tenang menyaksikan pertembungan antara dua calon yang sama iaitu calon BN, Allahyarham Dato' Sulaiman Taha dan calon PAS, Mohd Saim Siran.

Keputusan dua PRU yang lalu menyaksikan yang terakhir PAS berjaya menaikkan sokongan rakyat di kawasan berkenaan dimana Saim berjaya menyusutkan majoriti besar Sulaiman Taha dari lebih 4000 pada PRU-11 kepada 2,492 undi.

Dari sudut komposisinya, Dun berkenaan mempunyai 13 buah daerah mengundi iaitu Kampung Redong,Pekan Ayer Panas,Ladang Labis Utara,Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah,Labis,Felda Tenang,Sawah Bahru,Tenang Station,Ladang Bukit Dato,Chemplak Barat dan Chemplak.

Penduduk kawasan Tenang terdiri daripada peneroka,pekerja ladang,pekebun dan peniaga.Untuk rekod,terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan FELDA di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.

Kawasan majoriti pengundi Cina pula terletak di kawasan peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis,di mana rata-rata mereka adalah peniaga dan pekebun.Pengundi India pula kebanyakannya terletak di kawasan ladang seperti Ladang Bukit Dato dan Ladang Labis Utara.

Dengan komposisi Melayu, Cina dan India yang tidak jauh peratusannya, apa juga keputusan dalam PRK nanti bakal memberikan gambaran awal terhadap kecenderungan pengundi dalam PRU-13.

Apakah sokongan kaum Cina kepada PAS yang dikatakan semakin meningkat sejak 2008 akan dapat berterusan, dan apakah sokongan Melayu kepada Umno masih boleh diharapkan, Tenang boleh dijadikan 'test ground' kepada dua parti besar dalam negara ini.

Dalam PRU-12, 'tsunami politik' yang melanda negara turut melanda Parlimen Labis dimana calon MCA, Chua Tee Young yang juga anak kepada Presiden MCA, Chua Soi Lek hanya mampu mendapat majoriti sebanyak 4094 undi berbanding 10 729 undi pada tahun 2004.

Maklumat dalam statistik pergerakan undi menyaksikan, MCA mengalami penyusutan undi majoritinya sebanyak 44.76 peratus.

Apa yang pasti dalam PRU-12 calon PAS mampu memperoleh undi sehingga 50 hingga 67 peratus,sementara di kawasan India pula hampir 50 peratus undi di kawasan Ladang Labis Utara.

Apakah keputusan PAS mewakilkan calon wanita akan memberikan sekali lagi kejutan seperti yang diinginkan setelah pada tahun 1960, Khadijah Sidek berjaya melakukannya, semuanya bergantung kepada usaha gerak kerja yang bakal dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.