Tuesday, December 14, 2010

Apabila ahli politik melebihi kuasa Raja

Oleh Shamrahayu A. Aziz

Peruntukan undang-undang tertinggi negara mengenai hubungan antara Raja-Raja Melayu dan Islam amat jelas. Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam. Dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengambil tanggungjawab Perlembagaan untuk setiap masa benar-benar memelihara agama Islam.

Kedudukan sumpah Yang di-Pertuan Agong ini amat berat dari sudut ajaran Islam. Ia adalah pernyataan atau lafaz yang amat serius apabila sumpah menggunakan istilah Wallahi; Wabillahi; Watallahi.

Apabila menghayati lafaz sumpah ini mungkin ada antara khalayak yang tertanya-tanya, apakah agaknya peranan Raja-Raja berkaitan Islam? Mungkin ada juga yang terfikir, adakah Raja-Raja sudah melaksanakan tanggungjawab menjaga Islam sepenuhnya?

Persoalan sebegini tidak boleh dielak dalam keadaan semasa. Khalayak ada kalanya mahukan sesuatu yang “tangible”, iaitu sesuatu yang dapat disentuh, atau dilihat dengan mata kasar. Keadaan ini menjadi cabaran kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam. Saya fikir Raja-Raja sudah maklum mengenai cabaran ini.

Kita saksikan banyak perkara yang mencabar Islam dan kedudukannya di negara ini. Mungkin kita masih ingat beberapa kejadian yang menidakkan kuasa mufti dan mempersoalkan autoriti mufti dalam perkara berkaitan agama.

Cabaran memuncak dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah sehingga ada golongan yang mahu undang-undang jenayah syariah dilupuskan semua sekali. Isu kalimah Allah menjadi kebimbangan ramai. Kontroversi wujud lagi dalam kejadian sosej babi. Semuanya ini mahukan Raja-Raja terbabit.

Bukan niat saya untuk membuka semula isu yang saya sebutkan dan mendebatkannya secara provokasi.

Apa yang ingin saya katakan ialah adakah masyarakat menyedari bahawa Raja-Raja Melayu sudah cuba melaksanakan tugas Perlembagaan yang diletakkan di atas bahu baginda. Kenyataan Raja-Raja berkaitan kedudukan agama Islam sering dilaporkan media selepas isu seumpama itu berlaku.

Masalahnya, ada ketika sebahagian khalayak enggan menghargai titah berkenaan. Atas apa alasan, saya tidak pasti. Ada yang enggan faham bahawa titah itu mempunyai sanksi Perlembagaan. Payahnya Perlembagaan bukan Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman sekiranya keingkaran berlaku.

Mungkin ada khalayak yang mahukan Raja-Raja Melayu berterusan membuat kenyataan akhbar atau membuat sidang media. Mungkin ini ada benarnya. Ramai yang mengharap Raja-Raja bertindak proaktif.

Namun, ada kalanya mungkin tidak adil bagi Raja-Raja. Sekiranya terlalu banyak membuat kenyataan akhbar ini akan meletakkan kedudukan Raja setaraf dengan ahli politik. Ini tidak harus terjadi kerana ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kedudukan Raja-Raja itu sendiri.

Walaupun tiada publisiti meluas mengenai peranan yang sudah dilakukan oleh Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mengenai Islam di negara ini, khalayak harus tahu mengenai sumbangan Raja-Raja mengenai Islam.

Sekiranya kita bandingkan kedudukan Islam sebelum merdeka dan kedudukannya pada hari ini, nampakkah kita akan jarak perbezaan?

Jangan kita menafikan perubahan ke arah kebaikan yang sudah negara lakukan kepada Islam. Kita juga harus melihat apa yang baik, bukan menonjolkan yang negatif saja. Itu tidak adil.

Dalam aspek perundangan dan kehakiman Islam, banyak penambahbaikan yang dilakukan untuk memartabatkan perundangan Islam di negara ini. Keadaan fizikal dan tenaga manusia di Mahkamah Syariah, contohnya banyak berubah.

Khalayak tidak patut menafikan sumbangan Raja-Raja Melayu dalam penambahbaikan ini. Secara pentadbirannya, suatu polisi agensi kerajaan pusat mengenai Islam, seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan hanya dilakukan jika ia mendapat lampu hijau daripada negeri. Negeri pula tidak memberikan lampu hijau sekiranya tidak diperkenan Raja.

Ada kalangan mereka yang enggan menghargai peranan Raja-Raja berkaitan Islam menghujah bahawa Kerajaan Pusat, menurut Perlembagaan Persekutuan tidak harus membuat urusan berkaitan Islam.

Hujah ini berlandaskan konsep pengasingan kuasa antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Disebabkan Islam adalah urusan negeri, maka ia menjadi sesuatu yang tidak berperlembagaan sekiranya Kerajaan Pusat menjalankan urusan Islam.

Maka penubuhan JKSM dan Jakim sudah dipersoalkan keabsahannya dari sudut Perlembagaan.

Hujah ini amat simplistik. Ia tidak memberi penelitian yang baik terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak memberi manfaat kepada sistem pentadbiran yang diamalkan. Saya ada menyatakan dalam ruangan ini dua minggu lalu bahawa, Perlembagaan Persekutuan memberi ruang kepada Parlimen untuk membuat undang-undang berkaitan perkara yang diletakkan di bawah bidang kuasa badan perundangan negeri sekiranya mendapat permintaan negeri. Pembaca boleh merujuk tulisan saya untuk ulasan yang lebih panjang.

Sekiranya kita hujahkan bahawa agensi berkaitan Islam harus diletakkan di bawah penyeliaan Majlis Raja-Raja, saya fikir ini idea yang baik. Tetapi kita harus mengamati sistem pentadbiran yang ada sekarang.

Adakah Majlis Raja-Raja mempunyai wadah atau infrastruktur selengkapnya untuk mengendali agensi seperti ini, jika bukan menerusi kementerian yang berkaitan.

Bukan saya menidakkan peruntukan Perlembagaan mengenai pengasingan kuasa yang disebut di atas. Tetapi kita harus sedar bahawa mekanisme pentadbiran sedia ada perlu diambil perhatian.

Walaupun agensi ini tidak secara perundangannya diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja dalam pentadbirannya, kedudukan Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri tidak dipinggirkan. Ini ada kalanya dilakukan menerusi mekanisme Majlis Raja-Raja dan dalam banyak ketika Raja-Raja membuat keputusan bersendirian mengenai Islam di negeri masing-masing.

Apa yang kita harapkan daripada Raja-Raja Melayu ialah baginda sentiasa memayungi Islam di negara ini, sentiasa memberi perhatian kepada Islam, mendokong sumpah jawatan yang diambil dan sentiasa menghargai peruntukan Perlembagaan bahawa hak, tugas, kuasa dan tanggungjawab baginda berkaitan Islam adalah budi bicara sepenuhnya. Harapan kepada ahli politik, janganlah pula lebih sudu daripada kuah. — Berita Harian

* Penulis ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.