Monday, November 15, 2010

Rakaman titah Sultan sedia diberi pada RTM dan TV3

Oleh: Juragan

"boikot
ALOR SETAR, 14 November 2010 - Rakaman titah ucapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah sewaktu merasmikan Persidangan DUN Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet sedia diberikan kepada RTM dan TV3, jika betul mereka mahu menyiarkannya untuk tontonan rakyat.

Demikian diberitahu oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Helmi Mohamad Khalid sebagai mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahdzir Khalid kononnya Kerajaan Negeri menyekat rakyat mengetahui titah ucapan Tuanku Sultan.

“Dengan syarat mereka mesti menyiarkan keseluruhan titah ucapan tersebut dan jangan sekali-kali memotong mana-mana isi kandungannya,” tegas Helmi.

Tambahnya lagi, adalah munasabah untuk menyiarkan keseluruhan titah ucapan tersebut kerana titah baginda tidaklah terlalu panjang.

Antara lain, KDYMM Tuanku Sultan Kedah dalam titahnya melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

“Beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir,” titah baginda.

Media pemfitnah kecewa tidak dapat masuki Sidang DUN

ALOR SETAR, 14 November 2010 – Beberapa media pemfitnah begitu kecewa kerana tidak dibenarkan memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah untuk mengikuti Persidangan DUN Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet.

Baru-baru ini Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Helmi Mohamad Khalid mengeluarkan arahan supaya hanya 12 buah media dibenarkan membuat liputan. Mereka adalah Bernama, Sinar Harian, The Star, Harakah, Makkal Osai, Malasia Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, China Press, Nan Nang Siang Pau dan Guan Ming Daily.

Ia ekoran tindakan media-media utama negara seperti TV3, RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan fitnah jahat dari pemimpin BN serta para penyokong parti itu yang mendakwa kononnya Kerajaan Negeri ‘berpeluk tubuh’ dalam menangani isu banjir besar yang melanda Kedah baru-baru ini,

Pembohongan yang dibuat melalui media tersebut telah menimbulkan kemarahan dari YAB Menteri Besar sehingga tercetusnya tindakan untuk menghalang mereka dari memasuki Sidang DUN.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang kesal dengan tindakan menghalang media-media pemfitnah tersebut dari membuat liputan Sidang DUN.

“Mana dia janji PAS dalam manifesto lalu bahawa mereka akan menjamin kebebasan media jika diberi peluang berkuasa?” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di pintu masuk Wisma Darul Aman.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dalam reaksi spontan terhadap kenyataan Ketua Pemuda Gerakan itu berkata, “Kita menjanjikan kebebasan media, bukan kebebasan memfitnah.”

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.