Friday, November 12, 2010

UMNO Rampas Markas PAS?

Pertahankan Markas PAS

Walaupun UMNO telah merampas Markaz PAS Bukit Baru, namun hari ini jam 6.30 petang tadi PAS kembali menawan semula Markaz yang dirampas oleh UMNO seminggu yang lalu dengan hanya 1 jam sahaja yang disusuli dengan solat magrib dan isyak serta solat hajat menunjukkan kebiadaban UMNO yang tidak bertamadun merampas Markaz PAS Bukit Baru.

Solat hajat yang dihadiri kira-kira 100 orang termasuk beberapa pemuda UMNO turut serta dalam solat hajat tersebut. Solat hajat tersebut bertujuan memohon dari Allah agar dijauhkan dari perbuatan zalim dari pihak musuh yang seakan-akan mencabar Islam dengan merobohkan pusat pendidikan anak-anak dan surau.

Jemaah yang hadir

Ini merupakan markaz kedua yang cuba diganggu oleh UMNO selepas Markaz pertama di Bukit Katil yang menempatkan PASTI. Tindakan yang cuba dilakukan oleh UMNO seperti menonjolkan kebodohannya yang tidak bertamadun serta memalukan orang melayu sahaja.

Berjaya merampas semula Markaz dari UMNO

Mereka merampas markaz tersebut dengan menukarkan mangga tanpa segan silu bahawa markaz tersebut masih lagi milik PAS. Mereka membayar RM1000 kepada tuan rumah sebagai deposit pendahuluan. Akibat tindakan jakun mereka, mereka telah memasang perangkap sendiri kerana dalam perjanjian bangunan itu adalah milik PAS.

Bendera UMNO yang telah diturunkan

Perjuangan membebaskan bangunan itu seperti membebaskan diri dari cengkaman Yahudi (UMNO). Akhirnya mereka tercekik dengan propaganda mereka yang seakan-akan mencerminkan sikap tidak cerdik seorang pemimpin yang bergelar Yang Berhormat.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.