SATU berita yang mengejutkan saya juga apabila mendapat maklumat dari blog rakan yang menyebut seorang Blogger PKR `Cucu Mat Kilau' mengumumkan keluar parti beberapa jam yang lalu. "Kali ini giliran bekas calon PKR Dun Kemayan, Bera, Pahang iaitu Saudara Mohd Shukri Jamaluddin, 39 telah umumkan keluar PKR dua jam yang lalu." (Petikan dari blog rakan)
Malas mahu ulas mengapa dan kenapa beliau mahu keluar dari parti yang beliau katakan banyak berjuang terhadap parti ini. Cuma, saya ingin tahu ke mana arahnya perjuangan beliau selepas ini. Adakah terus berjuang tanpa parti, ataupun berjuang di dalam sebuah lagi parti sekutu PKR iaitu PAS. Jika PAS pilihan beliau, Alhamdulillah, kerana kita sebenarnya tidak kehilangan pejuang untuk menentang Umno/Bn.
Seandainya Blogger ini meninggalkan PKR yang dikatakan tidak lagi sejiwa dengan perjuangannya, dan beliau menyeberang pula kepada Umno, maka saya sudah dapat meneka mengapa Blogger berkenaan berpaling tadah. Saya yakin Blogger Cucu Mat Kilau tidak sebodoh itu untuk bersama Umno. Mungkin pilihannya adalah PAS dan bagi saya pilihan beliau itu adalah lebih bijak. Zukri Aksah pun keluar dari PKR dan menyertai PAS cumanya Zukri Aksah masih berminat berkempen untuk Zaid di dalam PKR. Saya harap Blogger Cucu Mat Kilau tidak sedemikian.
Saya sentiasa mendoakan agar Blogger Cucu Mat Kilau masih istiqamah dengan perjuangan rakyat ini. Mungkin ada benarnya PKR kadangkala membuatkan kita rimas untuk memikirkan sejauh mana PKR boleh mendisiplinkan ahli-ahlinya. Sejauh mana PKR mampu untuk merealisasikan amalan demokrasi dan ketelusannya. Namun, secara jujurnya saya berpendapat di sebalik kelemahan yang ada di dalam PKR, parti ini masih boleh diharapkan dari parti bangsat yang berperangai APCO itu.
Semoga Blogger Cucu Mat Kilau yang saya hormati dan segani itu berjaya di dalam perjuangan barunya terutamanya di dalam PAS jika PAS menjadi pilihannya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

No comments:
Post a Comment