Pada PRK di Galas kelmarin, pada satu kawasan, BN/umno telah menang dengan 200 majoriti undi di 4 saluran, sedangkan pada PRU 2008 PR/PAS telah menang di 4 saluran itu dengan majoriti 400 undi. Itu pun dah kata yang rakyat dah berubah untuk BN/umno...Gila!!!
So, bila BN/umno kata rakyat dibawah sudah mula mahu berubah untuk kembali menyokong BN/umno dan mereka sudah bersedia untuk menghadapi peperangan yang lebih besar iaitu PRU-13 hanya kerana mereka telah menang di dua tempat ini, maka gurkah-gurkah politik di'port' kata yang mereka ini dah start pasang angan-angan.
Gurkah-gurkah politik di'port' juga kata yang di Batu Sapi dan Galas boleh lah BN/umno tunjuk X, tunjuk ranggi, sebab Batu Sapi dan Galas ini adalah kawasan ulu. Kalau paper hari ini hanya pukul 3 petang saja baru boleh baca. Bas-bas awam yang melalui Galas pukul 5 dah habis. Naik motor di Galas pun tak gaduh kalut nak pakai helmet, ulu atau tidak lu sendiri pikir lahh...!
Suasana politik di Batu Sapi dan Galas pula jika dibandingkan dengan suasana politik di pekan-pekan besar dan di bandar-bandar besar macam di Kedah, Penang, Selangor, Perak, Johor sikit, cukup besar 'gap' atau jurangnya, macam epal dengan nangka.
Kalau Ku Li pula tak habis-habis dengan cerita hasil strategi 'door to door approach' nya yang telah membuahkan kejayaan dan mahukan BN/umno menggunakan strategi ini pada PRU akan datang dibandar-bandar dan pekan-pekan besar dalam negeri-negeri tadi. Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata Ku Li boleh 'terberak' ditengah jalan kalau nak buat 'door to door approach' di bandar-bandar dan pekan-pekan besar ini. Di Galas boleh laa...!
PR/PAS, walaupun tewas di Galas dan Batu Sapi ini namun masih tetap utuh bila mereka telah berjaya mendapatkan ramai pengundi-pengundi baru yang berpotensi menyokong PR pada PRU-13 akan datang pada kempen-kempen pendaftaran pengundi dan ahli baru mereka.
Di alam siber pula, PR tetap nombor wahid dan sentiasa didepan bila portal-portal on-line dan blog-blog politik yang pro BN/umno tak terangkat muka mereka bila sentiasa menerima serangan-serangan daripada pengunjung-pengunjung yang pro PR.
Walaupun prestasi PR sedikit terbantut dalam penguasaan mereka pada PRK-PRK yang telah diadakan sejak PRU 2008 akibat kekalahan ini, namun mereka masih tetap menjadi pilihan rakyat dibawah apabila menang 8 dari 13 PRK yang telah berlaku. Anda tak percaya?? Kalau tak percaya pergilah ke majlis ceramah-ceramah politik dan perjumpaan PR yang sentiasa ada pada tiap-tiap minggu dimana-mana juga, andalah lihatlah sendiri dengan mata kepala anda akan sambutan dari rakyat bawah terhadap PR.
Kejayaan Kutipan Hasil Lepasi RM1 Bilion Tiga Tahun Berturut-Turut Bukti
Tiada Sebab Tukar MB Pahang
-
Kejayaan luar biasa Kerajaan Negeri Pahang mencatatkan kutipan hasil melepasi
sasaran RM1 bilion untuk tiga tahun berturut-turut membuktikan pentadbir...
3 hours ago
No comments:
Post a Comment