Tuesday, November 9, 2010

Masjid di N.Sembilan tak siap, yang sedia ada nak diroboh

Oleh: amkns

"Apa nak jadilah dengan Islam di Negeri Sembilan ini, semakin terpinggir. Dahlah masjid yang baru tak siap-siap di kawasan padat penduduk. Masjid yang sedia ada pula nak dirobohkan atas alasan pembangunan landasan keretapi berkembar. Salah siapa? Salah kita semua, salah kita yang diam membisu, setidak-tidaknya berdoalah agar Negeri Sembilan diperintah oleh mereka yang sentiasa takutkan azab ALLAH di kubur dan akhirat nanti.

Kisah masjid di Negeri Sembilan tak siap-siap pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html

Kisah masjid Kg Bongek , Rembau mungkin akan dirobohkan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

KEMPUNAN MASJID

Berita Harian 8 November 2010

Penduduk Seremban 2 kecewa tiada petunjuk projek akan dimulakan selepas majlis peletakan batu asas dua tahun lalu

SEREMBAN 2: Walaupun sudah lebih dua tahun majlis peletakan batu asas Masjid Seremban 2, di sini berlangsung, hingga kini hanya papan tanda projek kelihatan tanpa sebarang petunjuk projek itu akan dimulakan dalam masa terdekat.

Tinjauan Berita Harian ke tapak itu di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 mendapati, lalang dan pokok liar memenuhi kawasan yang sudah diratakan tanpa kewujudan sebarang cerucuk atau mesin.

Penduduk mendakwa, keadaan tapak terbiar itu seolah-olah memberi gambaran projek pembinaan masjid yang sebelum ini dikhabarkan bernilai RM7.5 juta tidak akan dimulakan dalam waktu terdekat.

Mereka kesal kerana walaupun Seremban 2 kini berkembang pesat dengan banyak kawasan perumahan baru serta pejabat dibuka dan bilangan penduduk dianggarkan puluhan ribuan orang, kemudahan masjid masih terabai

Lebih dikesalkan, penduduk mendakwa mereka sebelum ini diberitahu peruntukan pembinaan satu-satunya masjid yang dikatakan mampu menempatkan 3,000 jemaah pada satu masa di Seremban 2 itu sudah diluluskan Jabatan Perdana Menteri. Berikutan ketiadaan masjid itu, penduduk dan pekerja di Seremban 2 serta beberapa kawasan sekitar, termasuk buruh binaan warga asing, terpaksa menggunakan Surau Al-Ikhlas di Garden Homes yang kecil untuk menunaikan solat Jumaat atau pergi ke masjid yang lebih jauh di Mambau atau Taman Bukit Chedang.

Norazam Nayan, 44, berkata penduduk kawasan itu sangat memerlukan sebuah masjid yang selesa untuk menjadi pusat kegiatan komuniti masyarakat Islam yang bersepadu. "Buat masa ini, tiada satu pun tempat di Seremban 2 yang boleh menjadi pusat kepada semua aktiviti keagamaan atau masyarakat Islam, menyebabkan setiap surau di kawasan perumahan hanya menjalankan aktiviti peringkat taman.

"Bukan kita tidak mahu bersatu padu, tetapi bagaimana hendak bersatu menganjurkan atau bekerjasama dalam aktiviti lebih besar yang dapat merapatkan silaturahim masyarakat Islam di sini jika kita tidak mempunyai masjid," katanya.

Bagi Nor Rahmat Sulaiman, 47, keadaan di Seremban 2 sebenarnya agak janggal kerana amat jarang bagi sesebuah kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Islam tidak mempunyai masjid. "Jika kita pergi ke mana-mana sekali pun, terutama kawasan bandar baru seperti ini (Seremban 2), pasti akan menemui masjid.

Bagaimanapun, keadaan di sini amat berbeza kerana tiada masjid walaupun dilengkapi segala kemudahan lain termasuk beberapa sekolah dan pasar raya," katanya. Mahmood Shariff, 57, yakin kerajaan mempunyai rancangan untuk mendirikan masjid di kawasan itu tetapi tidak pasti faktor yang menjadi penghalang kepada pembinaannya.

"Dua tahun lalu, kita dijanjikan pembinaannya dengan batu asas serta majlis pecah tanah sudah dilakukan. Itu bermakna kerajaan memang ada perancangan dan tidak meminggirkan keperluan utama masyarakat Islam di sini.

"Namun, projek itu kemudian senyap dan tapak berkenaan langsung tidak terusik, menyebabkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Apa pun, kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan berharap kerajaan menyegerakan pembinaannya demi kepentingan bersama," katanya.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan yang enggan namanya disiarkan, berkata projek itu sudah diluluskan pada 2008, tetapi peruntukan pembinaan ditangguhkan atas sebab tertentu.

"Buat masa ini, permohonan untuk mendapatkan peruntukan yang dijanjikan sebelum ini sedang giat diusahakan kerana kita menyedari keperluan yang mendesak," katanya.


No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.