Thursday, October 14, 2010

Pejuang Bangsa

Oleh Khalid Samad

Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa. Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin. Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu.

Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang 'pejuang bangsa'. Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa. Semakin 'primitif' pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang - itulah harapannya.

Rakyat harus menyedari bahawa sekiranya inilah ukuran yang digunakan untuk mengenalpasti siapa seorang pejuang bangsa yang sejati, maka akan timbullah golongan oportunis untuk ke hadapan, melaung retorik perkauman sehingga mereka ini dijulang dan disanjung sebagai 'pejuang bangsa'.

Pada pendapat saya, terdapat dua ciri utama yang menentukan samada seseorang itu pejuang bangsa yang sejati atau sebaliknya. Ianya bukan bergantung kepada kelantangan atau keberanian semata-mata. Ianya bergantung kepada hala-tuju dan penghayatan budaya perjuangan orang berkenaan.

Ciri pertama, seorang pejuang bangsa adalah seorang yang memperjuangkan kemajuan bangsanya dalam semua aspek secara menyeluruh. Beliau membawa bersamanya satu wawasan dan kefahaman yang akan membangunkan bangsanya sehingga dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh ummat manusia. Beliau juga berusaha untuk menjadikan bangsanya sebagai pembawa dan perintis ketinggian peradaban dan budaya serta akhlak yang akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada bangsanya sendiri tetapi juga kepada manusia sejagat. Dalam masa yang sama, beliau membawa bangsanya ke arah kemajuan dan pemikiran 'global', bukan pemikiran mundur dan 'primitif'.

Kedua, dalam memperjuangkan wawasan ini, seorang pejuang bangsa akan sanggup berkorban dan bukan mengorbankan. Kekayaan dirinya dibelanja sebagai 'pelaburan' untuk menjayakan pejuangannya dan penerimaan wawasannya oleh bangsanya sendiri. Pengorbanannya berterusan, dalam apa jua situasi, samada berkuasa atau sebaliknya. Bangsanya diutamakan dari dirinya sendiri. Biar dirinya susah dan tidak berharta, kecuali sedikit, tetapi yang penting baginya, bangsanya terus dimajukan. Beliau tidak memanfaatkan sanjungan dan kedudukan hasil perjuangannya untuk menjadikan dirinya dan keluarga bertambah kaya.

Oleh yang demikian, secara peribadi, saya melihat mereka yang memenuhi dua ciri kepimpinan ini ialah pemimpin seperti TGNA dan TGHH yang datang membawa wawasan yang jelas. Wawasan yang dibawa adalah Islam. Wawasan ini mengajar manusia untuk menghubungkan keTaqwaan dengan keAdilan, kerana seseorang yang takut akan kemurkaan Allah tidak akan sanggup melakukan kezaliman. Wawasan ini turut menegaskan kedudukan manusia dijadikan untuk berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi, satu kedudukan dan jawatan yang begitu mulia, yang dengan itu manusia diberikan hak asasi dan tidak wajar dikandangkan dan dibisukan oleh mana-mana penguasa. Wawasan yang sebegini akan memajukan sesuatu bangsa sekiranya ianya difahami dan dihayati. Maka ianya memenuhi kriteria saya yang pertama.


Pada masa yang sama, kita melihat bagaimana mereka tidak mengambil kesempatan dari kedudukan mereka untuk menambahkan kekayaan peribadi mereka. Dalam keadaan susah dan senang, mereka terus menyumbang kepada perjuangan untuk membina bangsa dan masyarakat mengikut wawasan Islam. Tiada saham yang bernilai berjuta diatas nama mereka atau waris mereka ini.

Begitu juga boleh dikatakan terhadap beberapa pemimpin DAP dan PKR. Walaupun wawasan mereka mungkin tidak sama dengan PAS, namun secara dasarnya, ianya merupakan wawasan yang menginginkan keadilan untuk seluruh rakyat dan apa yang diyakini sebagai sesuatu yang akan memajukan bangsa. Nilai-nilai keadilan, keamanahan dan pertanggung-jawaban yang walaupun tidak diceduk secara terus dari Islam, selaras dan seiring dengan wawasan Islam.

Walaubagaimanapun, perkara yang sama tidak boleh dinyatakan terhadap UMNO mahupun PERKASA. Wawasan mereka wawasan yang primitif, mengingatkan kita akan zaman peperangan kabilah dan perkauman yang sempit sepertimana sebelum datangnya Islam. Seperti taufan kejahilan tentera Mongol, membawa wabak kebencian, kezaliman dan kejahilan. Seperti kegelapan yang menyelubungi dunia hasil kebangkitan Nazi Jerman, kebanggaan kaum dan keturunan sehingga menindas kaum serta bangsa yang lain. Ianya keutamaan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain yang dicapai melalui kekerasan dan kekuatan fisikal, suatu keutamaan yang dipaksa bukan yang dicapai secara konsensus.

Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin mereka, kesemuanya, selesa hidup sebagai jutawan. Walaupun dikelilingi masyarakat bangsa sendiri yang miskin dan merempat, mereka hidup senang lenang dengan harta bertimbun yang dikumpul hasil 'perjuangan' mereka. Bukan dari hasil perniagaan atau kepakaran mereka dalam bidang keusahawanan tertentu tetapi sebagai 'imbuhan perjuangan' yang menggunakan nama bangsa sebagai hujjah dan alasan. Menerima saham yang bernilai berpuluh juta ringgit kerana “Melayu itu miskin dan saya Melayu” kata mereka. “Saya terima atas nama Melayu, demi Melayu, mewakili Melayu”' sambung mereka lagi. Namun kekayaan mereka untuk diri mereka sendiri dan duit berjuta terus berada dalam simpanan mereka, tidak disalurkan kepada masyarakat Melayu miskin yang memerlukan.

Maka dengan itu, mereka ini bukan 'pejuang bangsa' namanya, sebaliknya pejuang yang memperalatkan bangsa demi perut sendiri! Mereka sanggup melihat bangsa mereka terus miskin supaya mereka akan terus mendapat manfaat dari keadaan ini. Mereka ingin 'perjuangan bangsa' diteruskan, dihayati dan diperjuangkan, supaya mereka terus menjadi penerima manfaat utama dari perjuangan tersebut. Dan bangsa mereka terus miskin sambil mereka terus bertambah kaya.

Selepas lebih 53 tahun negara kita ini merdeka, tidakkah jelas lagi wahai bangsaku yang ku sayangi, siapakah pejuang bangsa dan siapakah yang memperalatkan bangsa?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
http://www.khalidsamad.com

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.