Dalam erti kata lain, orang orang yang buat buat lupa sejarah merupakan orang yang tidak bersyukur dengan nikmat kemerdekaan dan orang orang yang buat buat lupa sejarah adalah orang orang yang membangkang kerajaan.
Akan tetapi ada beberapa golongan yang bukan buat buat lupa sejarah tetapi melupakan terus sejarah.golongan ini terdiri dari mat rempit,penagih dadah,bohsia,bohjang serta golongan remaja yang gila gila sehingga melahirkan anak luar nikah serta lain lain kumpulan rakyat yang meruntuhkan nilai nilai agama dan kemanusian sejagat.Apakah lebel untuk golongan ini?
Secara mudahnya sudah nampak unsur unsur melupakan sejarah yang ditunjukkan mereka kerana komintment mengisi kemerdekaan terus ditinggalkan.Pengisian kemerdekaan cara rempit, cara menagih dadah dan lain lain aktiviti yang meruntuhkan kemanusian jelas menunjukkan betapa mereka tidak ingat apa apa mengenai sejarah kebangkitan melayu, sejarah negara dijajah dan sejarah negara mencapai kemerdekaan yang dibangga banggakan UMNO selama hari ini.
Lantaran lebel apa yang harus diberikan kepada mereka?kalau orang orang yang buat buat lupa sejarah dikatakan tidak mengenang budi, orang orang yang lupa sejarah pula menyusahkan negara serta menyebabkan negara berisiko menjadi tempat membiaknya anak haram dan aktiviti mungkar.Najib harus cepat mengeluarkan lebel kepada mereka, bukan hanya melebelkan orang orang yang buat buat lupa sejarah yang ditujukan kepada rakyat yang membangkang.
Itu baru sejarah yang ditulis UMNO yang menjadi persoalan, bagaimana pula sejarah yang tidak ditulis? Orang yang buat buat lupa sejarah merupakan orang orang yang buat buat lupa sejarah yang ditulis UMNO tetapi tidak buat buat lupa kepada sejarah yang tidak ditulis.Orang yang buat buat lupa sejarah sebenarnya mahu sejarah ditulis semula dengan memasukkan kesemua fakta yang ditinggalkan UMNO selama hari ini.Mereka bukan golongan yang tidak kenang budi tetapi golongan yang mahukan kemerdekaan dihargai dan diisi dengan cara yang betul, bukan cara pengisian kemerdekaan ala UMNO yang muflis.
Tetapi orang orang yang lupa sejarahlah yang menjadi kudis buta dalam negara yang perlu diubati segera.Namun UMNO tidak langsung menunjukkan tanda tanda mereka mampu mengubati kudis buta ini sebaliknya menyalahkan orang orang yang bersedia mengubatinya dengan dakwaan tidak kenang budi.
UMNO tetap sama dulu, kini dan selamanya dan tetap mendakwa sejarah yang mereka ukir dan tulis mesti diingati.
No comments:
Post a Comment