Thursday, August 5, 2010

Ketua Menteri Melaka semakin canggih dan kreatif

Oleh Angkasanuri

Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

Akhir-akhir ini saya mendapati Ketua Menteri Melaka semakin canggih dan kreatif dengan idea-ideanya menjelang tarikh pengistiharan Melaka Negeri Maju menjelang 2010.

Antara sumbangan yang paling tidak dilupakan ialah menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan. Walaupun teruk dikiritk dan dikutuk beliau hanya memekakkan telinga kerana alasannya untuk memajukan industri hiburan Bollywood di Melaka.

Kalau tak silap lokasi kampung filem yang dibina oleh Ali Rustam di kawasan Melaka Pindah kini setaraf dengan Bollywood dan kurang sedikit dari Hollywood hasil sumbangan Shah Rukh Khan yang mendapat gelaran Datuk.

Filem lakonan Shah Rukh Khan di Melaka kerjasama dengan kerajaan negeri khabarnya telah mencapai Box office dan masuk senarai pecah panggung.

Roda Eye On Malaysia yang dibawa oleh Ali Rustam ke Melaka kini menjadi antara besi buruk yang termahal di dunia hasil kebijaksanaan beliau mentadbir dan mengurus Melaka.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang dinaik taraf di Batu Berendam yang menelan kos lebih RM 120 juta kini pula menjadi antara lapangan terbang yang paling sibuk di dunia sebagai tempat persinggahan burung-burung dan unggas.

Sekolah Murid Mengandung pula hampir menjadi kenyataan di daerah Jasin Melaka. Antara nama yang disenarai pendek untuk menjadi pengetua khabarnya adalah bekas ketua Menteri Melaka juga.

Manakala budak-budak perempuan bawah umur di Melaka sehari dua ini melompat gembira kerana Ketua Menteri nak kahwinkan mereka secara percuma. Maka selepas ini mengeluh lah cikgu di sekolah kerana ramai anak murid ambil cuti dua bulan! Tahniah dan syabas kepada Ketua Menteri Melaka. Melaka di sini segalanya bermula, apa yang tak ada di Malaysia semua ada di Melaka!

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.