“Beliau ialah Sheikh Ahmad Husein Deedat. Lahir pada tahun 1918 di Tadkashafaz India. Berpindah ke Afrika Selatan ketika berusia sembilan tahun, dan menetap di Durban. Menyambung pelajaran di Markas Islam di Durban. Tamat pengajian pada tahun 1934, dan bertugas sebagai peniaga garam dan gula. Ketika itu beliau sering dikunjungi oleh mubaligh Kristian yang menyebarkan doktrin agama mereka, yang mana kunjungan itu telah mengubah corak hidup beliau.
Beliau telah mengambi keputusan mendalami pengetahuan tentang Bible, lalu meninggalkan pekerjaannya dan mula membuat persediaan untuk menghadapi para mubaligh tersebut. Pada tahun 1959 beliau mula menyusun strategi dakwahnya melalui dialog dan perbahasan yang dijalankan dengan paderi-paderi.
Beliau menulis bukunya yang pertama yang berjudul “Muhammad dalam Perjanjian Lama dan Baru”, kemudian disusuli buku yang berjudul “Adakah Bible kalimat Allah?” Beliau memulakan perdebatannya dengan tokoh-tokoh gereja pada tahun 1944 di segenap pelosok dunia, seperti Britain, India, Zimbabwe, Mauritania, Malawi, Amerika Syarikat, Sweden dan lain-lain lagi.
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada beliau dan meletakkannya di maqam tertinggi dalam kalangan para auliya as-solihin.
Amin ya
Rabbal Alamin.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 8 Ogos 2005 dengan meninggalkan pelbagai khazanah ilmiah dalam bentuk tulisan, ceramah dan perdebatan yang menjadi inspirasi kepada mereka yang terbabit dalam mempertahanakan Islam melalui perbincangan perbandingan agama.
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada beliau dan meletakkannya di maqam tertinggi dalam kalangan para auliya as-solihin.
Amin ya
Rabbal Alamin.
Salam,
ReplyDeleteSaya amat setuju dengan saudara,
cuma saya menunggu bilamasa rakyat malaysia ingin mengorbankan masa dan tenaga mereka seperti Ahmad Deedat merantau dan menyebarkan kebenaran kepada semua masyarakat antarabangsa. Saya begitu kepingin untuk melihat umat islam di negara ini berjuang seperti beliau namum sehingga sekarang tiada. harapan ada penulis atau publisher yang berminat untuk membukukan kehidupan beliau dan perjuangan beliau sebagai mujtahid moden. semoga Allah mencucuri Rahmat ke atasnya. Amin.