Saturday, June 19, 2010

UMNO BN Takut Kalah Di Parlimen Batu

Nazri: Tian Chua masih MP sah, terima keputusan

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ketika pelbagai pihak beranggapan Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu kerana denda RM2,000, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berpandangan sebaliknya.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen itu menegaskan, Pengarah Strategi PKR ini boleh terus menyandang kerusi beliau dan keputusan hakim semalam telah “menyelamatkan” kedudukannya.

“Bagi saya beliau (Tian Chua) masih lagi Ahli Parlimen yang sah kerana denda RM2,000 tidak akan menyebabkannya hilang kelayakan tetapi jika RM2,001 baru akan dilucut jawatan itu.

“Jadi keputusan yang dibuat hakim perlu diterima, jangan dengar pendapat orang lain yang cakap Tian Chua (gambar) bukan lagi Ahli Parlimen,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Nazri memberikan pandangannya ini ketika peguam-peguam Tian Chua dijadual menemui hakim kesnya Isnin ini.

Pandangan Nazri itu berbeza dengan pendirian Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga peguam veteran bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu hanya kerana denda RM2,000.

Malah seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya juga berpendapat denda RM2,000 sudah cukup memadai untuk Tian Chua kehilangan kerusinya.

Menurut Nazri, sebarang persoalan mengenai keputusan terhadap Tian Chua perlu diajukan kepada hakim yang menjatuhkan hukuman itu.

“Perlu tanya kepada hakim mengenai keputusan itu. Mengapa beliau menjatuhkan hukuman sebanyak RM2,000?

“Kalau beliau berbuat demikian supaya Tian Chua tidak hilang kelayakan, jadi kenapa tidak ikut pelaksanannya (hukuman)?” kata beliau.

Nazri memberitahu, sekiranya hakim membuat keputusan tersebut untuk mengelakkan daripada berlakunya pilihan raya kecil, maka semua pihak harus menerimanya. SPR sedang meneliti implikasi keputusan hakim semalam.

Tian Chua, 47, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dikenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan berhubung tuduhan mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya.

Denda itu lebih rendah berbanding RM3,000 yang dikenakan tahun lalu.

Beliau didakwa mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di Parlimen, 11 Dis 2007.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan ke atas Tian Chua berhubung tuduhan mencederakan Mohd Rosyaidi.

Peguam Tian Chua Amer Hamzah Arshad memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan membangkitkan keputusan hakim Mahkamah Persekutuan pada 1993 di mana Hakim Tan Sri Gunn Chit Tuan merumuskan bahawa “tidak kurang daripada” bermakna “lebih”.

Peguam Tian Chua gagal menemui hakim kes mereka pagi tadi, sebaliknya dimaklumkan menerusi timbalan pendaftar bagai apa yang diputuskan semalam sudah cukup jelas.

Dalam keputusannya semalam, Ghazali mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap wakil rakyat berkenaan dan menggantikannya dengan denda RM2,000 atau tiga bulan.

Bagimanapun, Ghazali menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Ghazali berkata penghakiman Majistret pada 22 Okt lalu yang berdasarkan penemuan fakta adalah betul dan pemakaian undang-undang juga adalah tepat dan tidak perlu lagi diganggu.

Ghazali berkata soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati.

“Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua tidak layak menjadi seorang wakil rakyat, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

“Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa.

“Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil. Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Sepertimana yang GB ulas sebelum ini, sebenarnya setelah UMNO BN menelek beberapa kali serta nasihat dari bomoh-bomoh mereka, UMNO BN tidak akan menang malah akan dimalukan dengan kekalahan dasyat jika diadakan pilihanraya kecil di parlimen Batu.

Ini kerana majoriti Tian Chua ialah hampir 10,000 di kawasan tersebut. Tian Chua memperolehi undi 30,000 manakala lawannya dari BN Lim Si Pin hanya memperolehi sekitar 20 ribu undi.

Diperburukkan lagi dengan merudumnya populariti UMNO BN dengan pelbagai kes seperti lesen judi, isu penyerahan blok L dan M kepada Brunei, tanah KTMB kepada Singapura dan lain-lain.

Seandainya UMNO BN menjangka boleh menang sudah pasti Tian Chua gugur sebagai MP dan berhiruk pikuklah UMNO BN menyambut keputusan hakim yang mula-mul menjatuhkan hukuman denda RM3,000 keoada Tian Chua.

Itulah hakikatnya.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.