Oleh Reformis Jalanan
Malam semalam ada satu forum atau ceramah diadakan di kolej saya. Tajuknya "Bolehkah kami bercouple". Tajuk yang agak memualkan dan menggelikan tekak. Ini sajalah masalah kita, saya tengok masalah sebegini hanya berlaku kepada orang Melayu. Student-student Melayu. Perkara sebegini dibesar-besarkan. Kaum lain pun bercouple juga, tapi mereka berpada-pada. Tak macam budak-budak Melayu yang lebih sudu daripada kuah
Isu begini sajakah yang ingin dibincangkan di pusat pengajian tinggi pada zaman ini? Saya mendengar tajuk ini menjadi marah - dan malam tadi saya lepaskan kemarahan saya pada 2 keping roti canai. Saya membelasah roti canai tersebut tanpa belas kasihan. Saya putuskan tidak mahu menghadiri forum yang sebegitu bodoh itu. Sepatutnya pelajar-pelajar di IPT patut berfikiran lebih terkehadapan. Isu macam ini pun mahu dibuat forum?
Kenapa saya marah?
Tak bolehkah orang Melayu menjadi cerdik sikit? Balik-balik fikir pasal couple, cari pasangan, kahwin. Apabila saya nyatakan hasrat saya untuk tidak mahu sambung belajar setelah graduate pada tahun hadapan - serta merta ada soalan yang ditujukan kepada saya, "Tak mahu sambung belajar, lepas ni kahwin ke?" Hak alahhh.. Mundurnya soalan. Macam tu juga apabila saya pergi ke warung kedai makan kepunyaan mak cik saya di Kampung Pandan pada 3 bulan lepas.
"Dah nak kahwin dah ke?" - lebih kurang soalannya macam inilah, saya dah tak berapa ingat.
Batas pengetahuan dan fikiran orang Melayu hanya setakat itu saja. Kata bodoh, marah. Mereka hanya fikir pada keseronokan. Gatal nak bercouple - tengok orang lain couple, dia pun nak. Orang lain kahwin, dia pun nak kahwin. Perkara yang bakal berlaku selepas itu malas nak fikir pula. Ustaz Hasrizal dari SaifulIslam.Com [link] banyak kali mengulas pasal isu ini, dan dia berkata seboleh-bolehnya elakkan perkara ini (couple waktu belajar).
Saya fikir perkara ini merupakan salah satu sebab budak-budak Melayu akan selama-lamanya jadi bodoh, lembab, lembik, dungu, baghal, loser, hopeless, dan sebagainya. Sedangkan isu-isu besar yang melanda dan melibatkan kepentingan umat dilalaikan. Jauh beza mahasiswa Melayu sekarang dengan yang dulu. Tersangat jauh - umpama langit dengan bumi. Apa, kalau tak ada couple boleh mati kah? Kalau tak kahwin tak boleh hidup kah?
Saya, mengaku rupa saya adalah Melayu. Keturunan saya adalah Melayu. Bahasa saya adalah Melayu. Tapi, perangai saya bukan perangai Melayu. 100% bukan. Saya melawan arus. Lawan cara berfikir dan cara hidup orang Melayu. Saya pernah menjadi Melayu. Saya pernah merasa apa yang mereka rasa. Pernah berangan apa yang mereka angankan. Pernah bercita-cita apa yang mereka cita-citakan. Tapi itu dulu.
Kini saya dah buang semua perkara itu. Saya - adalah saya versi baru. Saya bukan saya yang dulu yang belum melalui Zaman Enlightenment. Saya mahu membuktikan pada semua - bahawa kita boleh hidup tanpa semua benda itu kerana masih ada banyak perkara besar yang patut kita perjuangkan. Perkara-perkara sebegitu hanya membatutkan malahan melemahkan usaha yang diperjuangkan.
Sekarang saya melihat banyak perkara yang menjengkelkan di depan mata - budak-budak Melayu hanya tahu perkara sebegitu. Fikiran mereka hanya terjerumus ke arah itu. Sama ada budak poyo dan skema atau yang berlagak cool - masalah mereka sama. Tak hairanlah mereka ini senang dibodohkan dan ditipu oleh golongan yang tertentu. Bila sesuatu terjadi pada negara ini - dengan mudah mereka akan menyerang kaum Cina.
Budaya Double-Standard
Politik diharamkan sama sekali di kampus pada masa ini. Pelajar-pelajar dilarang melibatkan diri dalam mana-mana pergerakan politik kalau tidak bakal dikenakan hukuman mengikut akta yang membodohkan mahasiswa iaitu AUKU. Ramai golongan yang bodoh berhujah :
"Ibu bapa hantar kamu ke sini untuk belajar, bukan berpolitik!"
Kalau itulah tugas pelajar - hanya belajar dan belajar dan belajar, telan semua apa yang dikatakan oleh pensyarah, sama ada racun ataupun madu. Oleh itu sila buat akta yang serupa dengan AUKU tetapi hanya untuk student yang bercinta. Alasan senang saja, di sini tempat untuk belajar, bukan bercinta/bercouple. Apa macam? Ada berani?
Pandai sangat kalau serang mahasiswa yang berjuang untuk pencerahan dan berpolitik, tapi pada masa yang sama membiarkan budaya dating di taman, kafeteria dan berdua-duaan. Inilah budaya berat sebelah dan double-standard. Kami mahu berpolitik kerana kami benci dan tidak rela diri kami dibodohkan oleh puak-puak yang berkepentingan. Yang kami mahukan adalah kebenaran, yang kami dambakan ialah keadilan.
Sepatutnya isu sebeginilah yang dibuat forum, wacana atau ceramah. Bukannya isu yang baghal seperti di atas.
"Perkara sebegini tidak boleh dielak, bro. Kerana perasaan berkasih-kasih ini lahir secara semulajadi"
Pale otak lu. Kalau benar perasaan couple itu lahir secara semulajadi, maka perasaan mahu berpolitik itu pun lahir secara semulajadi. Woit! Cuba fikir - rakyat sekarang hidup melarat, hidup susah, ramai yang kais pagi makan pagi - tapi Kerajaan Baghal Nasional (BN) masih lagi bernafsu untuk buat projek bernilai $1.6 billion untuk Parlimen baru dan Istana Negara baru. Tak ada perasaan marah ke?
Satu lagi, berapa ramai yang concern dengan bangunan bersejarah Penjara Pudu yang dirobohkan hanya semata-mata untuk membuat projek yang hanya akan menguntungkan sesetengah pihak???
Kalau tak ada perasaan mengenai perkara sebegitu - sah memang layak digelar bodoh. Perkara ini bukan melibatkan seorang dua, tapi melibatkan nasib keseluruhan rakyat Malaysia. Kalau tak ada perasaan jugak - memang sah ini manusia memang senang ditipu dan diperbodohkan. Percayalah - perbuatan berbalas-balas SMS dan handphone sentiasa di tangan 24 jam tanpa menghiraukan nasib rakyat dan kezaliman yang berleluasa adalah perbuatan yang sia-sia - hidup segan mati tak mahu.
Ramai di dunia ini yang mati bujang. Mati tak kahwin - ada diantara mereka menghabiskan hidup dengan menyebarkan ilmu kepada masyarakat, ada yang menghabiskan hidup dengan berjuang untuk kesenangan rakyat, ada yang menghabiskan sisa hidup dengan menulis - dan nampaknya mereka semua ini tak ada masalah walaupun tak ada pasangan. Ini bermakna kita pun boleh hidup kalau tak couple atau kahwin.
Banyak lagi perkara yang boleh diisi walaupun tak sambung belajar. Bukannya wajib pun perkara sebegitu. Walaupun Nabi menggalakkan kahwin - tapi bolehkah kita jamin bahawa keluarga kita adalaj keluarga yang bertepatan dengan Islam? Adakah kita boleh jamin bahawa kita boleh memimpin pasangan dan zuriat ke syurga Allah? Adakah kita boleh jamin keturunan kita tak akan menjadi sampah masyarakat di zaman yang semakin hancur ini?

No comments:
Post a Comment