Sumber
Ummat Islam memulakan kalender Hijrah dengan bulan Muharram. Muharram membawa maksud 'diharamkan' dan merupakan satu diantara 4 bulan yang suci, yakni, Zulqa'dah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab, seperti yang disebut di dalam Al-Quran dan hadith Nabi SAW. Ini bukanlah bermaksud bahawa bulan-bulan Islam yang lain tidak suci sebab sememangnya, bulan Ramadan adalah bulan yang paling suci. Akan tetapi, keempat-empat bulan ini diiktirafkan khusus kerana kesucian mereka diterima bahkan oleh kafir di Makkah. Kesucian keempat-empat bulan ini diakui dari zaman Saidina Ibrahim AS. Oleh kerana kafir di Makkah mengakui diri mereka dari keturunan Saidina Ibrahim AS, mereka menjunjung kesucian 4 bulan tersebut. Walaupun sering berperang diantara kaum, kafir di Makkah menganggap peperangan sebagai haram sewaktu keempat-empat bulan ini.

Ciri-ciri khusus bulan Muharram
1. Berpuasa dibulan Muharram
Nabi SAW telah bersabda bahawa puasa yang terbaik selepas puasa Ramadan ialah puasa dibulan Muharram. Walaupun berpuasa di bulan ini tidak wajib, seseorang yang berpuasa atas kehendaknya sendiri akan diganjari dengan pahala yang besar oleh Allah SWT. Hadith diatas bermaksud bahawa berpuasa dibulan Muharram membawa ganjaran yang terbesar dikalangan puasa-puasa sunat yang lain.
2. Hari Ashurah
Hari yang termulia dibulan yang suci ini ialah hari yang kesepuluh. Hari ini diberi nama 'Ashurah'. Ibn'Abbas ra, seorang sahabat Nabi SAW, mengisahkan bahawa apabila Baginda SAW berhijrah ke Madinah, Baginda SAW dapati bahawa kaum Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharram. Mereka berkata bahawa pada hari ini, Nabi Musa AS dan kaumnya melintas Lautan Merah dan Firaun di tenggelamkan. Apabila Nabi SAW mendengar tentang perkara ini, Baginda SAW bersabda, "Kami lebih dekat tali persaudaraan kepada Musa dari kamu." Lantas, Nabi SAW mengarahkan orang Islam berpuasa pada hari 'Ashura'.
Dinukilkan dalam beberapa hadith soheh bahawa pada mulanya, puasa pada hari 'Ashura' wajib bagi orang Islam. Apabila puasa Ramadan diwajibkan, puasa 'Ashura' disunatkan. Puasa 'Ashura' adalah sunnah Rasulullah SAW. Nabi SAW bersabda bahawa seseorang yang berpuasa pada 10 Muharram akan diampunkan dosa-dosa tahun yang lalu. Menurut sebuah hadith, puasa Ashura harus disusuli atau diikuti oleh puasa tambahan sehari lagi. Ini bermakna bahawa seseorang itu harus berpuasa pada 2 hari, samada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram. Sebabnya ialah Nabi SAW bersabda bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari Ashura sahaja dan Baginda SAW hendak membezakan puasa orang Islam dari puasa Yahudi. Beberapa hadith menukilkan bahawa Allah SWT akan memberkati rezeki (selama setahun) seseorang yang berbelanja dengan murah hati akan ahli keluarganya pada hari Ashura.
Peristiwa bulan Muharram
1. Hadrat Ali ra syahid pada bulan ini.
2. Nabi Muhammad SAW menewaskan Bani Muhaarin dan Bani Tha'laba (Suku Bani Gatfan) pada 4 A.H.
No comments:
Post a Comment