Monday, January 2, 2012

Mengapa PAS pilih DAP, KeADILan tapi tolak Umno?

Oleh ABU FIRDAUS

APAKAH akar PAS? Akar PAS ialah parti politik Islam untuk Se-Malaysia. Parti politik menyertai proses yang ada untuk mendapatkan kuasa.

Islam dalam perjuangan adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang berakhlak, memberikan kebajikan kepada rakyat dan melaksanakan keadilan.

PAS adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira anutan agama, kaum dan fahaman politik.

Inilah akar PAS, dan parti ini masih memilikinya. Adakah bekerjasama dengan DAP dan KeADILan itu lari daripada akarnya?

Tentulah tidak. Untuk mendapatkan kuasa, sebagai sebuah parti politik, ia perlu kerjasama dengan parti lain. Tidak salah.

DAP memperjuangan negara mengimpikan Malaysia yang adil, justeru ia boleh bekerjasama dengan parti Islam. Sememangnya DAP dan KeADILan mempunyai fahaman tersendiri yang ciricirinya berbeza dengan PAS, tetapi platform Pakatan Rakyat menyediakan kerjasama yang selaras.

Mengapa PAS memilih DAP dan KeADILan tetapi menolak Umno?

Rekod Umno dan BN yang dipimpinnya adalah korup dan tidak dapat diterima.Tetapi tidakkah DAP dan KeADILan akan menjadi korup juga apabila memegang kuasa begitu lama seperti Umno?

Boleh jadi tetapi hakikatnya buat masa ini rekod korup dipegang oleh Umno kerana mereka yang berkuasa terutama di peringkat Pusat.

Mengapakah PAS mahu bekerjasama dengan DAP dan KeADILan sedangkan mereka bukanlah parti orang Islam seperti Umno?

Persefahaman bersama Pakatan Rakyat dapat diterima oleh Islam yang selaras dengan PAS. Tetapi rekod Umno yang korup tidak dapat diterima oleh PAS.

Apa yang disebut sebagai Islam boleh datang dalam pelbagai bentuk. Baik secara langsung atau tidak langsung.Keadilan dan kebebasan adalah Islami walaupun tidak diistilahkan sedemikian.

Sebaliknya yang telah lari dari akar ialah Umno. Ketika melawan MalayanUnion dan memperjuangkan kemerdekaan, akar Umno adalah kebebasan dan keadilan. Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya ialah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Tetapi selepas pelaksanaannya, ia menimbulkan imej korup.Gejala korupsi adalah penyelewengan landasan pada mana-mana parti.

Demokrasi bertujuan untuk mengimbangi supaya dikurangkan ancaman korupsi. Kuasa mutlak membawa kepada korupsi penuh.

Justeru, imbangan dan pembetulan wajar dilakukan dan itulah inti demokrasi.Korupsi di sini bukanlah bermaksud dari sudut kewangan semata-mata tetapi lebih utama ialah kekuasaan. Keseluruhan mesej Islam ialah perlindungan masyarakat daripada korupsi.

Inilah akar PAS dan juga Pakatan Rakyat. Umpamanya, mesej utama zakat adalah keadilan sosial yang merupakan usaha menghalang korupsi di kalangan elit masyarakat.Selain itu, PAS bukan saja memiliki dahan dan ranting.

Daripada akar itu, sudah berkembang dahan iaitu tradisi dan pengalaman parti.PAS adalah sebahagian daripada gerakan Islam sedunia, seperti mana juga Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Turki, Parti Annahdhah Tunisia, Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi dan Parti Kebebasan dan Pembangunan (PFD) Mesir.

1 comment:

  1. mengapa pas pilih DAP,
    sebenarnya semasa PAS bersendirian UMNO telah memburuk2kan PAS kepada masyarakat bukan islam kononnya PAS sebuah parti perkauman yg jika ia merintah negara boleh menyebabkan berlaku huru hara kerana PAS akan laksanakan undang2 islam yg akan menyebabkan orang bukan islam dipaksa kerat kote tidak boleh lagi minum arak dan sebagainya sehigga menyebabkan orang bukan islam takut serta gerun dengan PAS dan begitu juga UMNO berjaya menakut2kan orang melayu islam terhadap DAP kununnya DAP sebuah parti komunis yg enti melayu sekiranya betul DAP parti komunis UMNOlah yg sepatutnya dipersalahkan kerana UMNO ada kuasa untok tidak menerima sebuah parti yg berpahaman komunis untok didaftarkan sebagai sebuah parti yg diiktiraf oleh undang2 dan sekiranya betul seperti yg dikatakan oleh UMNO bahwa DAP sebuah parti komunis bermakna UMNO juga berfahaman komunis kerana menerima DAP sebagai sebuah parti yg sah sedangkan UMNOlah yg berkuasa sejak dari merdeka hingga sekarang.

    ReplyDelete

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.