Wednesday, July 7, 2010

PAS pecat Zul automatik 2008 selepas sertai PKR

Oleh Adib Zalkapli

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu , perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

“Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian,” kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

“Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat,” kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.M/Insider

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.