Monday, January 2, 2012
Politik Islam: Kaedah dan Pendekatan PAS Selangor
Saya ingin menjelaskan pandangan saya berhubung kaedah dakwah yang perlu diguna-pakai oleh PAS Selangor dalam keadaan PAS Selangor berada dalam kerajaan bersama PR.Bagi sebahagian orang yang tidak memahami proses dakwah, mereka menganggap kedudukan PAS Selangor sebagai ‘minor’ partner adalah tidak bermakna dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada perjuangan dakwah Islam yang dibawanya.Kekeliruan ini akan terus menghantui mereka sehingga persoalan ini dijelaskan.
Pada mulanya saya ingin mengatakan bahawa walaupun kerusi PAS adalah agak kurang, namun, kerajaan PR tidak boleh terus berkuasa tanpa adanya PAS bersamanya. Maka kedudukan PAS adalah sepenting parti komponen lain dalam PR.Oleh itu, tanggapan bahawa ‘minor’ partner adalah tidak berpengaruh atau tidak berkuasa adalah amat meleset sekali.Kedua, dan ini adalah lebih penting, banyak kekeliruan boleh diperbetulkan oleh PAS sambil berkongsi kuasa dan di sini, saya ingin menjelaskan apa yang boleh diusahakan.Mungkin selama ini wawasan sebegini tidak diperjelaskan dan oleh itu ada yang menganggap tiada yang bermakna boleh dicapai melalui PR. Oleh kerana adanya tanggapan yang negatif yang sebegini, persoalan ini amat penting diperjelaskan sebelum PRU ke 13 ini. Di sini saya jelaskan matlamat yang perlu dicapai oleh PAS walaupun PAS hanya sebahagian dari kerajaan yang memerintah.1. Membuktikan politik Islam adalah bersih dan PAS mampu menggantikan UMNOApabila PAS memerintah Selangor bersama PR, PAS menengahkan barisan pemimpin yang mampu membuktikan bahawa politik tidak semestinya kotor. Sering kita diberitahu “kalau PAS memerintah, sama sahaja. Orang PAS pun akan makan rasuah kerana politik itu kotor”. Selama 4 tahun memerintah PAS telah memberi suntikan ubat yang hebat kepada ummat Islam yang telah lama dijangkiti virus belaan UMNO ini. Mereka dapat melihat betapa bersihnya pemimpin PAS dan PR dan dengan itu terbukti bahawa politik tidak semestinya kotor.Begitu juga pegangan khurafat bahawa hanya UMNO mampu memerintah.Pegangan ini dapat dilenyapkan dari pemikiran ummat Islam apabila terbukti kemampuan pemimpin PAS dan PR memerintah Negeri Selangor dengan baik dan cemerlangnya.Walaupun ini dilihat sebagai persoalan remeh oleh sebahagian masyarakat Islam, ianya persoalan kefahaman dan aqeedah. Ia perlu diperbetulkan sebelum kita boleh harapkan sesuatu yang lebih dari ummat Islam dan rakyat jelata.2. Membuktikan keadilan Islam terhadap seluruh manusiaSatu lagi kekeliruan besar yang telah lama disebar-luas oleh UMNO ialah kepercayaan bahawa Islam itu adalah Melayu dan Melayu adalah Islam. Berdasarkan fahaman sebegini, perjuangan untuk menjadikan Melayu sebagai ‘tuan’ adalah sebahagian dari perjuangan Islam. Berdasarkan fahaman ini juga, maka apa jua penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan, sekiranya yang mendapat manfaat adalah beberapa orang kroni Melayu, maka ianya diharuskan oleh Islam.Terbayang jelas seorang yang walaupun terbukti telah songlap RM 250 Juta, bertempik dengan beraninya, “Allah bersama kita. Allah bersama kita”.PAS, dalam kedudukan memerintah melalui PR boleh menggunakan kedudukan yang ada untuk membuktikan keadilan Islam dan hakikat bahawa Islam itu didatangkan untuk manfaat manusia.Melalui tingkah laku para pemimpin PAS dan sikap serta pendirian mereka maka keadilan Islam boleh dizahirkan. Apabila PAS, di atas nama Islam menzahirkan keadilan Islam, maka ketakutan bukan Islam terhadap Islam akan turut dikurangkan. Pada masa yang sama, orang Islam juga akan semakin memahami bahawa Islam itu adalah rahmat untuk seluruh manusia, bukan untuk orang Islam atau orang Melayu sahaja.3. Meningkatkan kefahaman ummat Islam dan bukan Islam terhadap ajaran IslamMelalui perkongsian kuasa, PAS boleh berusaha untuk membuka seluasnya saluran dakwah dan pendidikan Islam yang formal dan tidak formal. Kejahilan ummat Islam terhadap Islam perlu ditangani dan begitu juga kekeliruan bukan Islam terhadap Islam. Kejahilan dan kekeliruan ini diusahakan UMNO selama ini supaya mereka kekal berkuasa.Apabila PAS berkongsi-kuasa, maka perlu tangani masalah ini secara berkesan lagi berhemah.Sekolah agama perlu dibantu. Gaji para guru agama perlu dinaikkan dan segala usaha ke arah pembinaan kefahaman Islam yang mantap perlu dipertingkatkan. Masjid dan Surau perlu dijadikan medan ilmu untuk memuaskan ummat Islam yang sentiasa dahagakan ilmu. Jawatan-jawatan ketua-kampung, ahli JKK, ahli majlis, Nazir Masjid, Imam dan Bilal serta AJK Masjid dan Surau perlu dimanfaatkan untuk mengarahkan ummat Islam dan masyarakat kearah pemahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh. Sebelum ini, di bawah pemerintahan UMNO, kesemua saluran ini ditutup rapat.4. Perubahan secara paksaanBerdasarkan apa yang disebut di atas, pasti ada yang tidak berpuas-hati dsan mungkin akan berkata, “Soal membenteras rasuah, keadilan, kefahaman, aqeedah dan ilmu boleh perbetulkan oleh orang lain. Itu kerja dakwah, kita parti politik. Kita ada kuasa, kita guna kuasa dan paksa.” Bagi mereka, selagi jualan arak di Seven-11 tidak dihentikan, kedai-kedai nombor ekor tidak ditutup, adanya manusia muslim yang tidak bersembahyang, tangan pencuri tidak dipotong dan penzina tidak direjam, maka Islam itu tidak berkuasa dan tiada manfaat segala yang lain. Membenteras rasuah, keadilan, kefahaman, aqeedah dan ilmu adalah perkara yang boleh diusahakan oleh golongan ‘pendakwah’ bukan golongan ‘ahli politik Islamik’!Maka inilah juga sebenarnya sebahagian dari kecetekan ilmu yang ada di kalangan mereka yang menggelar diri sebagai ahli politik Islamik. Mereka menganggap bahawa cara hidup Islam itu perlu dipaksa ke atas masyarakat dan ahli politik Islamik adalah manusia pilihan Allah untuk memaksanya! Sedangkan perjuangan ahli politik Islamik tidak dapat dipisahkan dengan dakwah Islam dan setiap ahli politik Islamik adalah pendakwah.Ahli politik Islamik boleh diumpamakan sebagai seorang doktor. Masyarakat pula sebagai pesakit. Pesakit sedang mengidap berbagai jenis penyakit sehingga tidak boleh berjalan dan berlari seperti orang yang sihat. Oleh kerana penyakitnya begitu kronik, pesakit terlentang atas katil.Seorang doktor yang bijak akan merawatnya sedikit demi sedikit sehingga pesakit semakin sihat, boleh duduk, bangun berdiri, berjalan dan akhirnya berlari. Sekiranya doktor memaksa pesakit itu untuk terus bangun dan berlari, tanpa terlebih dahulu merawat penyakitnya, pesakit itu akan pitam dan mungkin bertambah parah keadaannya atau lebih teruk lagi akan terus mati.Kalau tidak mati sekalipun, apa yang dikhuatiri pesakit itu akan menggantikan doktor itu dengan doktor lamanya. Sedangkan semua sedia maklum bahawa doktor lama itulah yang selama ini meracuninya sehingga dia jatuh sakit pada asalnya!PAS sebagai doktor baru mesti merawat penyakit-penyakit khurafat, kekeliruan dan kejahilan yang ditimpakan ke atas masyarakat oleh doktor asal masyarakat iaitu UMNO. Terapinya panjang kerana penyakitnya kronik. Namun PAS perlu bersabar kerana tidak mahu pesakit itu menggantikannya dengan doktor yang asal yang akan menjadikan penyakitnya semakin kronik.Inilah kaedah yang perlu diguna-pakai oleh PAS Selangor. Jangan terburu-buru dan jangan memaksa. Tetapi tentukan risalah Islam itu dari segi keadilannya dan rahmatnya sentiasa kedengaran dan kelihatan jelas.WaLlahu 'AlamKHALID SAMAD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KAMPUNG MASJID
-
-
Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID? -  PERTANYAAN KEPADA MENTERI Soalan: Minta MENTERI memberikan penjelasan berhubung tadbir urus dan perlaksanaan projek My Digital ID, khususnya melibatk...4 months ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...1 year ago
-
-
Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) Menghalang Lompat Parti. - Teks Perbahasan V. Sivakumar , Ahli Parlimen Batu Gajah, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) Menghalang Lompat Parti pads 28/7/2022 di Dewan Rakyat, ...3 years ago
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi - [image: Image result for nabi dan jenazah yahudi] Hadis tersebut adalah sahih, muttafaq alaih. Lafaznya seperti berikut: Sahl bin Hunaif dan Qees bin S...6 years ago
-
Perbezaan Lelaki Prempuan. Wajib baca bagi suami isteri - | Perbezaan suami dan isteri dalam berkonflik | (Sambungan) . Lelaki dan wanita mempunyai cara fikir dan (cara merasa) yang berbeza dalam menghadapi ...7 years ago
-
Pendidikan bukan perkara main main - Pelaburan untuk pendidikan tidak akan sia sia. Kerajaan perlu serius mengkaji keperluan sebenar masyarakat dalam negara, mengenalpasti apakah ilmu yang di...8 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 years ago
-
hello blog. - Ini kali lah...! Posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi jika posting membodek dan mengampu tetap digemar oran " Jika kita mengejar AKHIRAT, DU...8 years ago
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud. - Assalamualaikum Wrb. Sholat sunnah Tahajjud adalah ibadah yang istimewa. Berbagai keistimewaan dan manfaatnya sangat menakjubkan. Mulai dari ketenangan ba...9 years ago
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru - Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara. Lokasi yang m...9 years ago
-
Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM - 6 0 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan...10 years ago
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran - Salam, ustaz baru-baru ni heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib ke atas orang Islam sebab tiada dalam al-Quran katanya hanya kata-kata ahli fiqah saja. A...12 years ago
-
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...13 years ago
-
SPKB AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN DR LO'LO' MEMBELA NASIB PEMILIK DAN PERWARIS TANAH KG BHARU - Sekretariat Pembangunan Kampung Bharu (SPKB) dengan ini menyatakan bahawa kami akan meneruskan perjuangan Allahyarhamuha YB Dr. Lo'lo',bekas Ahli Parlim...14 years ago
-
-
KAMPUNG TELUK DALAM
-
Israel–Iran Bakal Meletus Lagi? Laporan NYT Dedah Tanda-Tanda Awal! - Laporan baharu oleh *The New York Times* memberi amaran bahawa satu lagi pusingan peperangan antara *Israel* dan Iran mungkin tidak dapat dielakkan, apa...8 months ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir - PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU) 1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...6 years ago
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com7 years ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...8 years ago
-
-
-
KAMPUNG TELUK KECIL
-
Kedah: Wheelie sambil bawa anak dan isteri, seorang lelaki ditahan - Zuliaty ZulkiffliALOR SETAR: Satu video tular di media sosial memaparkan aksi merbahaya seorang lelaki menunggang motosikal sambil mengangkat tayar hadapan...9 hours ago
-
Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah - Bulan puasa baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita anak saudara hancur tapak tangan terkena mercun. Budak malang itu cuba menjadi kreatif dengan meng...3 months ago
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...2 years ago
-
Nurrani Masuk TV Nyanyi Lagi Syantik Bareng Lee Jeong Hoon & Nikita Mirzani - *Nurrani* Masuk TV Nyanyi lagu *Siti Badriah - Lagi Syantik* Bareng Lee Jeong Hoon dan Nikita Mirzani Setelah video tiktok dan Instagram Nurrani menyanyika...8 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN - *SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM 11/5/2018 (J...8 years ago
-
Nak Jadi Menantu Ye? Full Movie - *Kategori:* *Telemovie* *Tahun:* 2017 *Tonton ►* *Download ▼* *Slot: RTM1 *9 years ago
-
Situasi Terkini : TNB hadapi banjir - SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dapat memulihkan 45 MW (megawatt) dari 200 MW bekalan tenaga yang masih terjejas di negeri-negeri yang ma...11 years ago
-
Lelaki ini terselamat dari keduadua nahas MH370 dan MH17 - Alam semesta ini turut memberi jawapannya apabila se org lelaki Belanda Marten de Jonge secara kebetulannya terselamat dari kedua dua nahas kapalterbang MA...12 years ago
-
Hukum Beri 'SALAM', 'AKUM', 'ASKUM',..'ASKRIM!' - Ustaz Azhar Idrus - http://www.youtube.com/watch?v=xtB8wUFxNz4endofvid[starttext][endtext]12 years ago
-
Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah - *SHAH ALAM:* Cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin agar Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menerajui kabinet memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Perdana...12 years ago
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...12 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH - oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau sebagai Pres...14 years ago
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia - Berita TV9 : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan Kapal Israel memasuki pelabuhan Malaysia untuk tujuan pedagangan.14 years ago
-
peringatan PRU 13
DOA MINTA TURUN BALA
“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.
Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMIN”
Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMIN”

No comments:
Post a Comment