Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
Pejabat Menteri Besar telah ditugaskan melakukan pengagihan kelengkapan sekolah ini bagi Parlimen Kuala Terengganu sempena pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada awal 2009. Program bantuan ini berterusan selama tiga tahun dan jumlah keseluruhan adalah RM28.47 juta yang dibelanjakan untuk 282,966 pelajar di seluruh Terengganu sepanjang tahun 2008- 2010.
Namun Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang berkaitan ‘Program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah’ negeri Terengganu yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) telah membongkar suatu laporan yang amat mengejutkan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu.
Laporan dibentangkan di Parlimen itu mendedahkan ‘semakan audit mendapati; proses rundingan harga kontrak terbabit tidak memenuhi garis panduan dan tidak ada kontrak formal ditandatangani antara kerajaan negeri Terengganu dengan syarikat pembekal pakaian dan alatan sekolah untuk tahun 2008 hingga 2010’.
Laporan audit tersebut juga telah mengenal pasti sekurangkurangnya enam teguran dan kesilapan asas dalam mengendalikan projek iaitu:
1. Kajian pasaran tidak dijalankan.
2. Bon pelaksanaan tidak dikeluarkan.
3. Pemeriksaan terhadap barangan yang diterima tidak dijalankan.
4. Kelewatan agihan.
5. Bantuan tidak diagih ke semua daerah.
6. Keluarga yang menerima bantuan tidak memenuhi syarat.
Apa yang lebih menakjubkan adalah hasil tinjauan audit pada 3 November 2010 di beberapa kedai pakaian dan alatan sekolah pelbagai jenama sekitar daerah Kuala Terengganu mendapati harga pakaian adalah le bih rendah daripada yang ditawarkan. Harga di pasaran ialah RM26.70 dan RM76.50 berbanding harga pembekal antara RM73.50 dan RM123.30 dan ini bermakna kerajaan dapat berjimat sebanyak RM1.42 juta pada kadar harga jauh lebih rendah.
Persoalan besar adalah ba gaimanakah projek yang diurus-selia oleh Pejabat Menteri Besar sendiri boleh berlaku salah-urus dan kebocoran amat ketara? Selepas projek e-Book yang menelan belanja hampir RM100 juta dan telah dikesan oleh Laporan Audit kerana ‘tiada perjanjian antara syarikat dan kerajaan negeri’ maka projek bantuan kelengkapan sekolah ini juga telah dikesan ‘tidak mempunyai sebarang perjanjian’.
Siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam pelanggaran peraturan perolehan kerajaan ini?
Menteri Besar sendirikah atau pegawai kerajaan yang terbabit? Dan siapakah yang mendapat keuntungan besar dengan memeras jerih susah rakyat miskin di seluruh negeri Terengganu ini?
Bayangkanlah bantuan pakaian dan alatan sekolah yang dikhususkan untuk golongan miskin telah berlaku salah-laku dan penye- lewengan, di manakah sifat amanah dalam menjalankan tugas kalau untuk golongan miskin juga telah berlaku salah-urus dan kebocoran yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu.
Amat malang golongan miskin di Terengganu kite ini. Sudahlah me reka sentiasa diperas-ugut dengan cengkaman pelbagai bantuan dan subsidi serta wang ihsan bagi terus dipaksa menyokong Umno- BN, peruntukan untuk mereka juga telah di selewengkan tanpa rasa sebarang belas kasihan.
Ya mungkin inil tepat dengan tema pentadbiran Menteri Besar Ahmad Said; ‘merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’ dengan memeras keringat dan air mata rakyat miskin Gganu kite.
No comments:
Post a Comment