Tuesday, November 15, 2011

Palestin rayu bantuan, doa ummah

Oleh IMRAN AL-MALIZI

PERDANA Menteri Palestin, Ismail Haniyyah mengimamkan solat sunat Aidiladha di Masjid Palestin, Gaza.Beliau menyampaikan ucapan selamat kepada semua warga Palestin, banhttp://telagahikmah.org/name/images/stories/haniyya.jpggsa Arab dan umat Islam seluruhnya bersempena sambutan hari pera yaan Aidiladha dan berdoa semoga Allah melindungi umat ini. Beliau juga mengharapkan ummah akan membantu dan mendoakan keselamatan negara dan umat Palestin.

Upacara tersebut disertai ribuan penduduk Gaza, pegawaipegawai rasmi, wakil pertubuhan, tokoh masyarakat dan delegasi bantuan kemanusiaan ‘Miles for Smiles 7’ dari Algeria.

Dalam khutbah selepas solat sunat Aidiladha, Ismail Haniyyah menyifatkan perayaan hari penuh keberkatan itu pada kali ini se bagai perayaan pembebasan.

Menurutnya, kebebasan yang dimaksudkan dalam segenap perkara serta mengkhususkan pengabdian diri hanya bagi Allah kerana Dia adalah pemilik segala kerajaan pemerintahan dan segala sesuatu berada dalam kekuasaan-Nya.

Kebebasan tersebut dikecapi setelah bertahun-tahun melalui kehidupan dengan ancaman tahanan politik, kehilangan dan kesengsaraan di bawah cengkaman penjajahan.

Kenyataannya itu berkaitan dengan perkembangan sebelum ini di mana sejumlah tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel melalui pertukaran dengan tentera Israel, Gilad Shalit kira-kira dua minggu sebelum perayaan penuh pengorbanan bagi umat Islam itu.

Menurutnya lagi, umat Islam telah menemui jalan keluar kepada masalah yang dihadapi dan menentukan hala tuju serta melangkah dengan penuh waspada terhadap situasi yang sedang berlaku di sekelilingnya. Perayaan Aidiladha sangat bermakna bagi kebebasan di Tunisia, Mesir, Libya dan umat Islam seluruhnya yang telah melepasi kepungan dan penindasan tirani lantas menentukan destinasinya sendiri.

Dalam khutbah itu juga, Ismail Haniyyah turut menyatakan perayaan Aidiladha kali ini adalah bagi meraikan kemenangan bagi mereka yang keluar ke jalan-jalan untuk menamatkan pemerintahan rejim-rejim yang berkuasa, menuntut kembali maruah dan pembebasan Palestin serta Baitulmaqdis.

“Perayaan ini kebebasan untuk para tahanan kita yang dibebaskan. Kita akan meneruskan usaha demi pembebasan tahanan-tahanan lain di penjara penjajah,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa kebebasan Masjid al-Aqsa adalah kemenangan yang besar bagi umat Islam dan demi untuk mencapai cita-cita tersebut memerlukan usaha gigih yang dijalankan oleh keseluruhan umat ini, ia bermula dengan meleraikan diri daripadi cengkaman pemerintahan rejim yang zalim.

Khutbah itu disampaikan dalam suasana pertempuran yang menyemarakkan api konflik Israel-Palestin. Ini kerana sehari sebelum sambutan Aidiladha itu (Sabtu 5 November), tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas penduduk awam Palestin.

Menurut sumber Pusat Maklumat Palestin (PIC), pesawat tempur Israel melepaskan tembakan dua roket ke arah sekelompok anggota sayap ketenteraan Jihad Islami, Briged Al-Quds yang sedang berkawal di kawasan pinggiran kampung Ghafafir di Baldah Qararah, Khan Yunis Timur.

Serangan udara itu dilancarkan sebelum akhirnya Israel menggempur perkampungan itu dengan senjata berat.

Serangan tersebut menyebabkan seorang anggota Briged Al- Quds, Abdullah Ied Muhanna, 22, gugur syahid dan tiga orang lainnya mendapat kecederaan.

Tidak lama kemudian, tentera Israel melancarkan sebuah roket ke wilayah yang sama. Serangan itu dilakukan pada ketika mediamedia Israel mendakwa bahawa sebuah roket dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza malam sebelumnya ke arah wilayah Israel di kota Asqalan.

Sejauh mana kebenarannya laporan itu menjadi pertikaian berikutan tiada kematian dilaporkan akibat serangan itu.

Tentunya kejadian seumpama itu mendedahkan hakikat sebenar penjajah Zionis yang tidak menghormati hak-hak orang Islam yang menyambut perayaan Aidiladha.

Begitu juga dengan isu penempatan haram Yahudi, nampaknya rejim Zionis masih enggan berundur dari tanah-tanah warga Palestin yang dirampas. Akhbar-akhbar berbahasa Ibrani melaporkan tentang pembinaan lebih 60,000 unit perumahan baru di kota Jerusalem (Al-Quds) dalam tempoh 20 tahun lagi.

Akhbar Maarev keluaran Ahad (6 November) menyatakan dokumen rasmi telah disiapkan oleh pemerintah Israel menunjukkan bahawa 60,718 unit rumah akan dibangun kan di kota Al-Quds sepanjang 20 tahun ke hadapan.

Dalam jumlah tersebut, sebanyak 53,000 unit kediaman akan didirikan di kawasan timur Al-Quds yang didiami oleh penduduk Palestin.

Menurut dokumen itu, sebahagian besar bangunan terletak di kota Al-Quds sebelah timur. Ini menunjukkan bahawa pemerintah Israel sedang memperluaskan penempatan Yahudi dari arah barat kota Al-Quds.

Sebanyak 24,000 unit kediaman telah mendapat kelulusan dari majlis pembangunan dan perancangan bandar, hanya 3,500 unit jumlah yang diluluskan itu terletak di penempatan Yahudi sebelah barat.

Selebihnya akan merampas tanah yang terletak dalam sempadan penduduk Palestin.

Selain itu, sebanyak 13,500 unit perumahan telah diajukan oleh sejumlah pemaju dan masih menunggu kelulusan. Sementara itu, 23,266 unit lagi telah mendapatkan kelulusan namun tidak akan dibangun dalam waktu terdekat.

Menurut data yang dibentangkan, penempatan baru Yahudi itu akan dibina sebelah timur laut kota Al-Quds seperti penempatan Besgat Zeiv, penempatan Nevieh Yacub dan pinggir bandar penduduk Arab seperti Beit Hanian dan Shefat.

Menurut data dalam dokumen perbandaran itu juga, sebanyak 10,934 unit akan dibina dalam tempoh terdekat dan sebahagiannya terletak di daerah Silwan juga kota lama Al-Quds. Ini adalah natijah daripada perkembangan yang berlaku sejak awal tahun 2010, apabila pelampau-pelampau Yahudi berusaha keras mengusir penduduk Arab Palestin dari rumah-rumah dan perkampungan mereka di Silwan.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.