Wednesday, October 12, 2011

PAS bebas dari belenggu individu dan parti politik lain

Oleh Mohd Hashim

MESKIPUN jelas terdapat matlamat dan tujuan PAS, tetapi pemerhatipemerhati politik mengangghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7_c8uUpkH7WCjF6ALEkphmT-Xr3pXPUfccpeIgIQonJaiKHmEcpJG5WwhhmtG13WHX7SXq1sX8vFRXVxUjnDy9cRUSUo5LFGa693GKp-eElZG0Rz2uwPOF1c13GuM2kqDejyot4EE6ys/s210/PAS-elections.jpgap penubuhan serta pengisytiharan PAS sebagai sebuah parti politik baru masih tidak mempunyai alasan kukuh bagi kewujudannya.

Tetapi apa yang jelas, tokohtokoh MATA dan Hizbul Muslimin tetap bersama-sama, sentiasa mengawasi dan mempengaruhinya.

PAS juga menyatakan, ia merupakan sebuah pertubuhan yang bebas dari pengaruh manamana parti politik, terutamanya selepas dua persidangan politik penting yang telah diadakan di Malaya. Persidangan tersebut ialah:

National Conference

Persidangan yang dikenali sebagai National Conference yang dibuat kesimpulan untuk terus tidak dihadiri oleh PAS.

National Conference adalah tajaan dan gagasan yang diketuai Dato’ Onn Jaafar bersama tujuh orang Menteri Besar yang berkrisis dan berpecah dengan Umno.

Lantas beliau menubuhkan parti baru, Parti Negara dan meninggalkan Umno. Parti Negara nama asalnya ialah Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence of Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan pada bulan September 1951. Dikatakan, elemen-elemen Islam atau semangat Islam dalam PAS ini mula terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Di Pertua Agung pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar itu, tetapi tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS. Ramai yang berpendapat, Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Datuk Onn yang juga merupakan rakan karib beliau.

National Convention

Persidangan yang disebut National Convention, walaupun dihadiri oleh PAS tetapi berlaku kekecuhan dan perselisihan.

Wakil PAS keluar majlis dan terus tidak mengikuti pada harihari berikutnya hingga selesai.

National Convention adalah tajaaan Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman, yang mengambil alih kepimpinan Umno peninggalan Dato’ Onn.

Haji Ahmad Badawi (ayah kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang) adalah penyokongnya.

National Convention dianjurkan oleh Umno-MCA atau Parti Perikatan yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman.

MCA adalah singkatan dari Malayan Chinese Association yang asalnya adalah badan kebajikan orang-orang Cina.

Ia diberi kuasa politik oleh Umno yang akhirnya memiliki kuasa politik penentu dan penggugat politik negara di masa-masa mendatang.

Umno-MCA telah menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Gabungan tersebut disertai MIC atau Malayan Indian Congress sebelum pilihan raya 1959.

National Convention bersidang pada 11 Oktober 1953 dihadiri oleh 2 wakil PAS, iaitu Muhammad Hanif dan Muhammad Asri. Persidangan itu meluluskan lapuran jawatan kuasa kecil pilihan raya, perlembagaan dan pilihan raya federal 1954.

Dalam persidangan yang dihadiri PAS (National Convention) itu, PAS membantah dasar Jus Soli. Jus Soli adalah satu dasar meluluskan sebarang bangsa asing yang dilahirkan di Malaya menjadi pengundi dalam pilihan raya, atau sebarang bangsa asing yang tidak lahir di Malaya, tetapi tinggal di Malaya selama 5 tahun.

Dikatakan juga: “Persidangan ini memperlihatkan pertentangan dan perbedaan yang nyata antara PAS dan Umno. Terutama dalam masalah hak mengundi. Muham mad Hanif tidak bersetuju dengan langkah memperluaskan kelayakan hak mengundi.

“Menurutnya, rakyat bukan warganegara federal tidak boleh dijamin kesetiaannya. Hak mengundi hendaklah diberikan kepada rakyat raja-raja Melayu dan warganegara persekutuan sahaja.

“Dr Ismail dari Umno menjawab, bahawa jika hendak menjadikan negara ini demokratik, maka pertama sekali yang mesti dilakukan, ialah memberikan hak-hak demokrasi itu. Kerana perbedaan ini, PAS tidak lagi menghantar wakilnya dalam sesi berikut yang diadakan pada 14 Januari 1954 (kira-kira 3 bulan selepasnya).”

PAS juga membantah kerana adanya wakil-wakil lombong dan ladang getah menghadiri National Convention itu. Kerana itu PAS juga mencadangkan supaya dikhaskan untuk wakil-wakil penanam padi, bukan kerana petani-petani itu orang Melayu, tetapi kerana bidang pertanian itu penting dan patut dikembangkan untuk kepentingan negara.

Namun PAS juga menyokong beberapa isu untuk kebajikan rakyat seperti mendesak pilihan raya umum diadakan cepat pada tahun 1954.

Detik-detik ini juga membuktikan PAS sudah lepas bebas dari pengaruh mana-mana parti politik. Tidak berpihak pada Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman atau Parti Negara pimpinan Dato’ Onn.

PAS tidak mahu individuindividu tertentu cuba menarik PAS menyokong parti-parti tertentu.

Contohnya, seperti yang berlaku kepada Yang Di Pertua Agungnya Tuan Haji Ahmad Fuad Hasan sendiri. Beliau terpaksa melepaskan jawatannya, keluar dari PAS untuk bersamasama Dato’ Onn, dalam satu Perhimpunan Khas pada 26 September 1953 (Ada kalangan menyebutkan pada 23 September 1953) di Tanah Liat Bukit Mertajam, Seberang Prai.

Pada hal baru sebulan lalu 600 ahli PAS telah memberi mandat baru kepada beliau untuk terus memimpin PAS dalam Muktamar Agung PAS ke- 2, yang berlangsung pada 26 Ogos 1953 di Madrasatul Ulum, Bagan Datuk, Perak.

Begitu juga dalam Muktamar Agung PAS ke-1, yang diadakan setahun sebelumnya, di Madrasah Ad-Dairat Al-Maarif, Kepala Batas, Pulau Pinang. Seramai 20 orang AJK eksekutif dan 20 orang dari 11 buah cawangan telah memperbaharui mandat kepada beliau.

Menurut Amaludin Darus yang hadir dalam Perhimpunan Khas di Tanah Liat tersebut: “Cadangan PAS Pasir Mas yang saya sendiri mewakilinya, telah menyebabkan PAS mengambil satu sikap menyokong National Convention, tetapi tidak terikat kepadanya sekiranya langkahlangkah National Convention itu pada pendapat PAS akan merugi kan orang Melayu dan Islam.”

Di sana dengan lantang Ustaz Amaludin Darus berkata: “Kita hendaklah tegak untuk meminpin manusia dan bukan untuk membonceng sesiapa pun jua. Sesungguhnya saya telah melakukan sesuatu bagi mengekalkan PAS sebagai sebuah organisasi Muslimin di negara kita untuk bebas dan berdikiri, yang mana berikutan dengan peristiwa inilah saya telah mencadangkan supaya undang-undang tubuh PAS dipinda bagi menentukan tidak ada orang yang menjadi anggota parti politik lain, dibolehkan untuk dipilih sebagai ahli jawatan kuasa agung PAS dan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan PAS.”

Pindaan ini telah pun diterima di dalam Muktamar Agung Ke-3 berikutnya.

Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS seperti yang disebutkan, sekali lagi menunjukkan kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud, walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.

Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS, walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.

Di sebalik perselisihan dan perbedaan pendapat dalam PAS itu, rupanya ada kebaikankebaikan yang tersembunyi.

Proses pembersihan dari taksub atau fanatik kepada seseorang pemimpin yang rapat dengannya, sehingga membelakangkan kebenaran dan keadilan Islam telah berlaku.

Proses pengikisan sifat-sifat asabiah dalam ertikata bantu membantu atau sokongmenyokong sesama kaum sendiri dalam perkara mungkar dan kezaliman dalam jemaah Islam sudah bermula.

Kekotoran asabiah yang membaluti tubuh perjuangan Islam sudah terhakis dan dikikis, tanda kekilatan cahaya wadah Islam akan mula terpancar.

Tandanya PAS kini sudah lepas bebas tidak lagi dibelenggu oleh mana-mana individu dan organisasi. Tandanya lagi, kebangkitan Islam telah bersama-sama kebangkitan PAS, kerana PAS adalah wadah Islam.

Kebangkitan PAS adalah kebangkitan kebebasan dan kebangkitan Islam.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.